omniture

Akkodis Diiktiraf sebagai Peneraju Global oleh Zinnov untuk Perkhidmatan ER&D dan Kejuruteraan Digitalnya

Akkodis
2023-11-09 16:00 48

Penarafan daripada Zinnov Zones mengiktiraf keupayaan Akkodis dalam beberapa kategori termasuk Perkhidmatan ER&D, Perkhidmatan Kejuruteraan Digital, Perkhidmatan Kejuruteraan Data & AI, Automotif, Aeroangkasa dan Pengelektrikan. 

ZURICH, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Akkodis, sebuah syarikat kejuruteraan digital global dan perniagaan teknologi bagi Adecco Group, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah dinilai sebagai peneraju dalam Penilaian Zinnov Zones 2023 untuk Perkhidmatan Kejuruteraan, Penyelidikan dan Pembangunan (ER&D) dan Kejuruteraan Digital. Zinnov, sebuah firma perunding pengurusan global yang terkemuka telah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap kira-kira 60 penyedia perkhidmatan yang terkemuka sebagai sebahagian daripada penarafan tahunan mereka dengan menilai kehebatan dan kebolehskalaan firma-firma ini di seluruh rantaian nilai ER&D.

Zinnov Zones 2023, Leadership Zone, ER&D and Digital Engineering Services
Zinnov Zones 2023, Leadership Zone, ER&D and Digital Engineering Services

Penarafan ini dianggap sebagai piawaian emas dalam pasaran ER&D dan Kejuruteraan Digital global yang membolehkan pemimpin perniagaan di pelbagai vertikal mengenal pasti rakan kongsi yang kukuh untuk penggunaan inisiatif perkhidmatan diterajui ER&D yang lebih pantas dan cekap di seluruh dunia. Ia memberikan pandangan menyeluruh tentang bidang ER&D global dan penilaian tersebut memperhalusi lagi di pelbagai kategori untuk memberikan pandangan berasaskan pendapat vertikal, horizontal dan geografi.

Dalam Penilaian Zinnov Zones untuk Perkhidamatan ER&D dan Kejuruteraan Digital 2023, Zinnov mengiktiraf Akkodis sebagai peneraju dalam keseluruhan kategori Perkhidmatan Kejuruteraan Digital, kategori Perkhidmatan Kejuruteraan Data & AI serta untuk keupayaan industrinya merentasi bidang Aeroangkasa, Automotif dan Pengelektrikan. Penilaian ini turut mengiktiraf Akkodis sebagai peneraju dalam kategori Perkhidmatan ER&D yang mempamerkan prestasi cemerlang di rantau Eropah.

"Ia merupakan suatu penghormatan mendapat pengiktirafan daripada Zinnov sebagai peneraju global dalam Perkhidmatan ER&D," ujar Jan Gupta, Presiden Akkodis. "Penilaian ini mencerminkan komitmen Akkodis mendayakan organisasi di seluruh dunia mempercepat dan memajukan transformasi digital mereka dengan memanfaatkan kuasa Industri Pintar. Pakar kejuruteraan dan teknologi kami bersemangat untuk bekerjasama secara seiring dengan para pelanggan dan rakan kongsi untuk mencipta bersama penyelesaian dan perkhidmatan pada kadar dan skala yang diperlukan untuk membantu mereka menangani gangguan, meningkatkan prestasi dan menjadi peneraju."

Sidhant Rastogi, Rakan Kongsi Pengurusan Zinnov mengulas, "Komitmen Akkodis terhadap inovasi dan kepakaran mendalam dalam menggabungkan teknologi termaju seperti AI, analisis data dan IoT dalam sektor intensif pembuatan membuatkan mereka berbeza. Rangkaian penghantaran global, penyelesaian hujung ke hujung dalam mobiliti masa depan dan rekod prestasi mereka yang mengagumkan dalam menyampaikan perkhidmatan e-mobiliti berskala besar telah mengukuhkan kedudukan Akkodis sebagai peneraju ER&D Automotif. Pelaburan strategik mereka dalam keselamatan siber, Kenderaan Ditentukan Perisian (Software-Defined Vehicles, SDV) dan teknologi mampan telah meletakkan mereka sebagai pesaing utama yang bertapak kukuh dalam zon penerajuan bagi penilaian ER&D dan Kejuruteraan Digital Zinnov Zones 2023."

Tentang Akkodis 

Akkodis ialah sebuah syarikat kejuruteraan digital global dan peneraju Industri Pintar. Kami membolehkan para pelanggan memajukan transformasi digital mereka dengan perkhidmatan Perundingan, Penyelesaian, Bakat dan Akademi. Beribu pejabat di Switzerland dan sebahagian daripada Adecco Group, Akkodis ialah rakan kongsi teknologi yang dipercayai oleh industri di dunia. Kami mencipta bersama dan mempelopori penyelesaian yang membantu menyelesaikan cabaran utama yang merangkumi mempercepatkan peralihan tenaga bersih dan mobiliti hijau hingga mempertingkatkan tumpuan terhadap pengguna dan pesakit. Diperkasakan oleh budaya keterangkuman dan kepelbagaian, seramai 50,000 orang pakar teknologi kami merentasi 30 buah negara menggabungkan teknologi terbaik dan pengetahuan di pelbagai industri bagi mendorong inovasi bertujuan untuk masa depan yang lebih lestari. Kami berminat dengan Kejuruteraan Masa Depan Yang Lebih Pintar Bersama akkodis.com | LinkedIn | Instagram | Facebook Twitter

Tentang Adecco Group 

Adecco Group ialah sebuah syarikat bakat yang terkemuka di dunia. Matlamat kami adalah menjadikan masa depan yang berfungsi untuk semua orang. Melalui tiga unit perniagaan global kami - Adecco, Akkodis dan LHH - yang merentasi 60 buah negara, kami membolehkan kebolehpasaran yang mampan dan sepanjang hayat untuk individu, menyampaikan penyelesaian digital dan kejuruteraan untuk menggerakkan transformasi Industri Pintar dan memperkasakan organisasi mengoptimumkan tenaga kerja mereka. Adecco Group memimpin melalui teladan dan komited terhadap budaya inklusif, memupuk kebolehpasaran yang mampan serta menyokong ekonomi dan komuniti yang berdaya tahan. Adecco Group AG beribu pejabat di Zurich, Switzerland (ISIN: CH0012138605) dan disenaraikan di SIX Swiss Exchange (ADEN). www.adeccogroup.com

Hubungan media

Rebecca Bleasdale
Naib Presiden Kanan Kumpulan, Ketua Komunikasi, Akkodis
Tel. +41786432613
E-mel rebecca.bleasdale@adeccogroup.com

Lisa Bushka
Naib Presiden, Komunikasi Luaran, Akkodis
Tel. +18604630770
E-mel lisa.bushka@adeccogroup.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2269550/Zinnov_Zones_2023.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2269549/Akkodis_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Akkodis
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Awards Data Analytics Artificial Intelligence