omniture

Syarikat teknologi Dubai EANAN menerajui evolusi dalam mobiliti udara termaju dengan pelancaran armada pesawat tanpa pemandu

EANAN
2023-11-09 17:58 101

EANAN akan memperkenalkan armada operasinya yang terdiri daripada pesawat kargo berat dan eVTOL buatan UAE di Pertunjukan Udara Dubai

DUBAI, EAE, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- EANAN, sebuah syarikat teknologi UAE kini menerajui langkah evolusi seterusnya dalam pengangkutan melalui mobiliti udara termaju (advanced air mobility, AAM) dengan pelancaran pesawat tanpa pemandu pertama Dubai, yang menyasarkan untuk menjadi syarikat mobiliti udara pertama yang beroperasi secara komersial di Dubai.

Dubai technology company EANAN leads evolution in advanced air mobility with the launch of unmanned aircraft fleet
Dubai technology company EANAN leads evolution in advanced air mobility with the launch of unmanned aircraft fleet

Dicipta dan dihasilkan di Dubai, armada pesawat kargo berat sifar pelepasan dan pesawat perlepasan dan pendaratan tegak (eVTOL) EANAN direka untuk mengangkut manusia dan kargo dengan selamat, cekap dan terjamin merentasi mana-mana persekitaran, lokasi dan untuk setiap jenis keperluan.

EANAN menghimpunkan sekumpulan pakar Amiriah dan antarabangsa, untuk menghantar pesawat berbilang kopter dan pesawat sayap terbang berautonomi dari kemudahan pengeluarannya di Mohammed Bin Rashid Aerospace Hub (MBRAH), Dubai Selatan, direka bentuk dan direkayasa untuk memenuhi permintaan ketat dan syarat kawal selia industri penerbangan.

T.Y.T. Rashid Hamdan Bin Khadim Al Nuaimi, Pengerusi EANAN, mengulas, "Visi kami sangat sejajar dengan cita-cita UAE untuk menjadi hab inovasi global. Dubai secara konsisten memperjuangkan kemajuan dan inovasi teknologi, dan pelancaran EANAN adalah bukti kepada visi ini. Apabila industri mobiliti udara berkembang, EANAN berasa bangga berada di barisan hadapan dalam transformasi ini sambil kami memupuk bakat, imaginasi dan kepintaran Amiriah."

Unjuran pertumbuhan pasaran AAM dijangka mencapai nilai $110 bilion yang mengagumkan menjelang 2035.

Ali Al Ameemi, Ketua Pegawai Eksekutif EANAN Aviation, menambah, "Pelancaran EANAN datang pada waktu di mana terdapat permintaan yang lebih besar untuk menjadikan pengangkutan lebih mudah diakses, cekap dan mesra alam. Matlamat kami adalah untuk menjadi syarikat mobiliti udara pertama yang beroperasi secara komersial di bandar ini. Daripada perjalanan tanpa kesesakan kepada penghantaran barangan yang lebih pantas, membantu respons kecemasan, dan memantau kemudahan terpencil, AAM berpotensi untuk mengubah ekonomi dan masyarakat.

"Sebagai entiti yang dibentuk di Dubai, kami berkongsi DNA, tenaga dan keyakinan bandar ini untuk perkara yang dicapai pada hari ini dan esok sambil kami memainkan peranan kami dalam membantu meletakkan UAE sebagai hab inovasi dan peneraju global dalam AAM," tambah Al Ameemi.

EANAN akan mempamerkan pesawat Kargo Berat S-120 dan S-700 miliknya buat kali pertama di ruangan 63 di Pertunjukan Udara Dubai (Dubai Airshow) yang akan berlangsung pada 13 hingga 17 November 2023 di DWC. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://eanan.ae/.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2271197/EANAN.jpg?p=medium600

Source: EANAN
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Transportation Travel New products/services