omniture

CGTN: Bagaimana China memindahkan pasarannya kepada pasaran dikongsi bersama untuk dunia?

CGTN
2023-11-09 20:26 125

BEIJING, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Usahawan Amerika Owen Messick mengimbau kembali dengan gembira pengalaman "mengejutkan" syarikat beliau di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama. "Saya masih ingat dengan baik CIIE yang pertama. Ia memberi impak yang agak besar kepada kami sebagai sebuah syarikat, kepada saya secara peribadi."


Menurut Messick, syarikat beliau, doTERRA, menempah reruai berukuran 9-meter-persegi untuk meninjau pasaran di edisi sulung CIIE dalam tahun 2018. Walau bagaimanapun, reruai yang kecil itu memberikan tawaran tentatif kepada jenama minyak pati Amerika yang bernilai 380 juta yuan ($55.48 juta).

"Bersemangat dengan kesan limpahan ekspo itu, kami menubuhkan ibu pejabat serantau di Shanghai hanya sebulan selepas CIIE pertama dan mula membina sebuah kilang dan makmal luar negara pertama kami di China," kata Messick, yang kini merupakan presiden doTERRA China.

Syarikat tersebut memperluaskan reruainya kepada 200 meter persegi di CIIE keenam yang berlangsung mulai 5 hingga 10 November tahun ini di Shanghai.

Mengimbau kembali CIIE pertama, Messick berkata berasa kagum dengan ucapan yang disampaikan oleh Presiden Cina Xi Jinping pada majlis perasmian.

"Saya rasa pesanan utama yang diberikan oleh beliau ialah, begini, China terbuka kepada dunia, kami terbuka kepada perniagaan yang masuk ke China dan mencapai kejayaan di sini. Jadi, saya rasa keadaan itu benar-benar memberi galakan kepada banyak syarikat, termasuk kami."

Dalam sepucuk surat kepada CIIE keenam, presiden Cina itu menegaskan lagi komitmen China kepada keterbukaan peringkat tinggi, berjanji bahawa China akan benar-benar memajukan keterbukaan standard tinggi dan terus menjadikan globalisasi ekonomi lebih terbuka, inklusif, seimbang dan bermanfaat.

Pasaran Cina, pasaran untuk semua

China memiliki penduduk seramai lebih 1.4 bilion orang dan kumpulan berpendapatan sederhana seramai lebih 400 juta orang, menunjukkan potensi yang sangat besar dari segi permintaan pasaran, kata Perdana Menteri Cina Li Qiang pada hari Ahad dalam ucaptama beliau di majlis perasmian CIIE keenam.

Menurut Li, import barangan dan perkhidmatan China dijangka mencecah $17 trilion secara kumulatif dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mana-mana negara, tanpa mengira saiz dan kekuatannya, boleh memanfaatkan CIIE sebagai peluang untuk mengakses pasaran besar China. Guinea-Bissau, yang terletak di pantai barat Afrika, merupakan satu contoh yang bagus.

Negara berkenaan merupakan salah satu pengeluar terbesar kacang gajus di dunia. Lebih daripada 80 peratus tenaga kerjanya terlibat dalam industri kacang gajus dan kacang gajus membentuk lebih daripada 90 peratus daripada jumlah eksportnya. Justeru itu, kacang gajus bukan sahaja merupakan sumber pendapatan yang amat penting kepada penduduk tempatan, tetapi juga pemacu utama ekonomi negara berkenaan.

Di CIIE kelima tahun lalu, reruai percuma 18-meter-persegi ditawarkan kepada syarikat-syarikat Guinea-Bissau untuk mempamerkan produk mereka bagi membolehkan mereka meneroka pasaran Cina.

Semasa ekspo tahun lalu, banyak perusahaan menunjukkan minat yang tinggi terhadap industri kacang gajus Guinea-Bissau malah ada sesetengahnya yang membuat perancangan untuk melabur dalam negara Afrika, kata Antonio Serifo Embalo, duta Republik Guinea-Bissau ke China.

CIIE keenam sekali lagi menawarkan reruai pameran percuma kepada peserta pameran dari negara-negara kurang maju seperti Guinea-Bissau untuk membantu lebih banyak produk dari negara-negara sedemikian menembusi pasaran Cina.

Pendekatan CIIE menyamai kata-kata Xi. Dalam surat beliau, presiden Cina itu berkata beliau berharap CIIE akan berperanan dengan lebih baik sebagai jendela untuk memupuk corak pembangunan baharu yang mencipta peluang baharu untuk dunia melalui pembangunan China yang selanjutnya, dan sebagai platform keterbukaan standard tinggi yang membolehkan pasaran besar China dikongsi oleh dunia.

Kerjasama saling menguntungkan untuk dunia

Menyedari bahawa pemulihan ekonomi dunia kekurangan momentum dan memerlukan solidariti dan kerjasama daripada semua negara, dalam surat tersebut Xi menyatakan harapan agar CIIE akan memainkan peranan yang lebih besar untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam antarabangsa dikongsi bersama yang memudahkan ekonomi dunia terbuka dan membolehkan dunia mendapat manfaat daripada kerjasama yang saling menguntungkan.

Berucap di Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Jalan ketiga bulan lalu, presiden Cina menekankan bahawa kerjasama yang saling menguntungkan merupakan jalan yang pasti menuju kejayaan.

CIIE telah menjadi platform penting untuk pempamer dari negara-negara rakan kongsi Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) menembusi pasaran China dan mencapai hasil yang saling menguntungkan.

Lebih 1,500 perusahaan dari negara-negara rakan kongsi Jalur dan Jalan menghadiri CIIE keenam, dengan keluasan kawasan pameran mereka berjumlah hampir 80,000 meter persegi, peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding acara tahun lalu.

"Kita sedang menyaksikan tanda-tanda kelembapan dalam proses globalisasi, dengan ketegangan geopolitik, halangan perdagangan dan faktor-faktor lain yang menyebabkan banyak negara lebih memberi tumpuan pada penggunaan domestik," ulas Kevin Kolevar, naib presiden dasar global dan hal ehwal kerajaan di Dow. "Namun begitu, China sentiasa menunjukkan keterbukaan. Sebagai sebuah negara dengan kumpulan pengguna terbesar di dunia, China memiliki potensi yang sangat besar."

Beliau menyatakan bahawa CIIE melambangkan komitmen China dan sokongan kepada globalisasi ekonomi dan kerjasama serta keterbukaan antarabangsa, menambah bahawa ekspo itu bukan sahaja berperanan sebagai platform untuk kerjasama perniagaan global, bahkan turut memudahkan komunikasi dan interaksi antara pemimpin-pemimpin dari wilayah-wilayah berbeza.

https://news.cgtn.com/news/2023-11-05/How-does-China-transfer-its-market-to-a-shared-one-for-world--1otVjhK1Cms/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service