omniture

Jenama Baharu TAILG, TLG Membuat Penampilan Sulung Menakjubkan di EICMA di Milan, Itali

TAILG
2023-11-09 21:02 31

Merasmikan Kehadirannya di Eropah, TLG Perkenalkan Kedai Utama Pertama di Switzerland

MILAN, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Pada 8 November, TAILG mempamerkan jenama baharunya di EICMA, pameran ulung Itali untuk motosikal. Syarikat ini mendedahkan TLG kepada khalayak global dan dalam masa yang sama menandatangani perjanjian untuk membuka kedai utama Eropah pertamanya di Switzerland.


Jenama TLG baharu TAILG membuat penampilan sulung yang menakjubkan

TLG, memanfaatkan kepakaran R&D TAILG selama lebih 20 tahun dalam sektor kenderaan elektrik dua roda dan tiga roda, dicipta untuk memenuhi kehendak perjalanan ulang alik bandar dengan basikal elektrik serta skuter. Merangkumkan etos Try · Love · Go (Cuba · Suka · Mara), jenama ini mengkhusus untuk membentuk gaya hidup perjalanan bandar yang diperibadikan dan pintar.

Empat pengasas TAILG naik ke pentas untuk mendedahkan jenama baharu ini di majlis pelancaran.

Sun Muchai, Naib Presiden Kanan TAILG, mengetengahkan bahawa TLG, disokong oleh kepakaran teknologi luas TAILG dan infrastruktur pembuatan pintar dalam sektor kenderaan elektrik, merangkumikan komitmen kumpulan ini yang tidak berbelah bahagi kepada pasaran global.

TAILG menumpukan perhatian secara konsisten untuk meneroka konsep hijau, rendah karbon dan mesra alam dengan fokus pada pengalaman penunggang di seluruh dunia menggunakan pengangkutan dua roda elektrik. Sebagai rakan kongsi mobiliti elektrik Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), TAILG berkolaborasi secara konsisten dengan UNEP untuk memperjuangkan dengan aktif prinsip-prinsip mobiliti rendah karbon dan penyelesaian mobiliti elektrik di seluruh dunia selama bertahun-tahun.

"TAILG komited untuk menyediakan penyelesaian perjalanan jarak dekat yang pintar kepada pengguna yang merangkumkan kesederhanaan, keanggunan, kecerdasan dan ketangkasan. Kami turut beraspirasi untuk menyampaikan pengalaman jenama dan produk yang canggih dari segi teknologi, bingkas dan berkekalan sambil memberi penekanan yang signifikan pada budaya dan penglibatan komuniti. Kami berharap agar pengguna akan jatuh cinta padanya sejak tunggangan pertama," tambah En. Sun.

Pelbagai produk baharu membuat kemunculan sulung seluruh dunia

Sebagai penetap trend global untuk kenderaan dua roda, keputusan TAILG untuk melancarkan jenama TLG baharu di EICMA adalah sangat penting. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran kenderaan dua roda global telah mengalami pertumbuhan pesat, terutamanya di Eropah, dengan Perancis, Jerman, Itali dan Belanda sebagai peneraju.

Dalam usaha untuk menawarkan penyelesaian perjalanan jarak dekat rendah karbon, mesra alam yang unggul kepada pengguna Eropah, TLG meletakkan kedudukannya secara strategik dalam pasaran pertengahan hingga mewah dan komited untuk menyediakan produk tersuai berdasarkan kepada ciri-ciri serantau tempatan, tabiat pengguna dan segmen pasaran, dengan tumpuan pada E-Basikal dan E-skuter.

Semasa majlis pelancaran, beberapa produk baharu, termasuk GTS, CTS dan TL6 didedahkan.


Dalam masa yang sama, perjanjian kerjasama strategik mengenai kedai utama Eropah pertama TLG ditandatangani secara rasmi oleh TAILG dan rakan niaga. Tempat berkeluasan 400-meter-persegi itu akan dibuka dalam masa terdekat di Switzerland dan menjadi yang pertama di Eropah di mana pengguna tempatan boleh mengalami produk TLG baharu susulan pelancarannya dengan pantas.

Di EICMA 2023, TAILG turut mendedahkan beberapa tawaran TAILG baharu termasuk S1, S2 dan ETS yang sesuai untuk warga kota, serta TY3 dan TY3 PRO, dua model perlumbaan luar-jalan yang direka bentuk khususnya untuk peminat muda. Keluaran ini menyediakan rangkaian pilihan produk yang luas kepada pengguna.

Latar Belakang TAILG 

Ditubuhkan pada tahun 2004 di Shenzhen, China, TAILG ialah sebuah syarikat kumpulan teknologi global yang mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, penjualan, perkongsian serta pengecasan & pertukaran kenderaan elekrik dan servis rantaian industri keseluruhan yang lain. Dengan bergantung pada pusat R&D standard tinggi, TAILG memiliki lebih daripada 1,000 paten nasional dan mengendalikan sembilan pangkalan pengeluaran di China dan memiliki kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak lebih 12 juta kenderaan. Ia juga memiliki lebih daripada 30,000 kedai pengalaman terminal dan mengeksport ke lebih 90 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.tailg.com/.

Source: TAILG
Keywords: Advertising Art Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Transportation Contracts Corporate Social Responsibility New products/services Trade show news Outdoors/Camping/Hiking Cision Influencer List - ESG