omniture

Newgen Diiktiraf oleh Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Aplikasi Kod Rendah Perusahaan buat Kali Keempat Berturut-turut pada Oktober 2023

Newgen Software Technologies Ltd.
2023-11-09 22:00 51

Newgen telah diiktiraf sebagai 'Niche Player' berdasarkan keupayaannya melaksanakan dan melengkapkan wawasan. 

NEW DELHI, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Newgen Software, penyedia global bagi platform transformasi digital, telah diiktiraf dalam laporan Gartner® Magic Quadrant™ 2023 untuk Platform Aplikasi Kod Rendah Perusahaan. Newgen telah dinobatkan sebagai 'Niche Player' untuk kali keempat berturut-turut. Laporan itu telah menganalisis sebanyak 17 buah syarikat penyedia platform aplikasi kod rendah.

Menurut Gartner, "Platform aplikasi kod rendah (LCAP) digunakan untuk membangun dan menjalankan aplikasi tersuai dengan pantas dengan mengeluarkan dan meminimumkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. LCAP Perusahaan merupakan subset pasaran ini yang menyasarkan pelbagai persona pembangun yang lebih luas—terutamanya pembangun perusahaan—dan menyediakan ciri yang penting untuk penyampaian dan penyelenggaraan aplikasi dalam organisasi bersaiz sederhana dan besar. LCAP ialah asas untuk pelbagai jenis aplikasi, komponen aplikasi dan automasi proses."

"Menjadi tangkas dan mengutamakan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Newgen. Kami percaya bahawa pengiktirafan daripada Gartner ini mengesahkan lagi usaha kami yang konsisten untuk memperkasakan organisasi mengautomasi proses perniagaan yang rumit dan mengurus kandungan pada skala yang besar. Newgen telah berada di barisan hadapan dalam memodenkan rangkaian teknologi, memanfaatkan alatan dan rangka kerja inovatif seperti AI Generatif, OpenAPI, perkhidmatan mikro dan antara muka pengguna (UI) yang intuitif. Pelaburan ini telah membolehkan kami menjadikan pembangunan aplikasi lebih pantas dan lebih bijak bagi memenuhi keperluan perniagaan yang semakin berkembang dalam landskap digital yang berubah dengan pantas," kata Virender Jeet, Ketua Pegawai Eksekutif Newgen Software.

Penafian: Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

GARTNER ialah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan Gartner, manakala Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar bagi Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di dalam siaran ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Tentang Newgen Software Technologies Limited

Newgen ialah penyedia platform transformasi digital bersepadu yang terkemuka dengan keupayaan automasi prosesperkhidmatan kandunganpengurusan komunikasi dan AI/ML natif. Di peringkat global, perusahaan yang berjaya bergantung pada platform aplikasi kod rendah Newgen yang diiktiraf dalam industri untuk membangun dan melancarkan aplikasi perniagaan yang kompleks, dipacu kandungan dan melibatkan pelanggan di awan. Daripada penyesuaian tugas kepada permintaan perkhidmatan, pinjaman kepada penajaan jamin dan untuk pelbagai lagi kes penggunaan di seluruh industri, Newgen merungkai keringkasan dengan kelajuan dan ketangkasan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.newgensoft.com

Hubungan Media: swati.srivastava@newgensoft.com

 Logo:https://mma.prnasia.com/media2/1836509/Newgen_Logo_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Newgen Software Technologies Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Survey, Polls & Research