omniture

LXA Mengumpul Dana Berjumlah USD10 juta dalam Pusingan Pembiayaan Permulaan yang Diketuai oleh NEA

LXA
2023-11-09 22:17 52

Bekas Rakan Kongsi Blackstone Asia dan bekas eksekutif Better melancarkan platform teknologi dan pengurusan aset gadai janji di Asia 

SINGAPURA, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- LXA, sebuah syarikat pemula dalam bidang teknologi yang memberi tumpuan kepada pembaharuan ekosistem gadai janji di Asia, hari ini mengumumkan bahawa pusingan pembiayaan permulaan berjumlah USD10 juta yang diketuai oleh New Enterprise Associates, Inc. (NEA), dengan penyertaan dari EDBI dan Openspace Ventures telah selesai. Bermatlamat untuk memadankan kumpulan modal institusi dengan peminjam gadai janji kediaman, platform ini menyasarkan untuk menggunakan teknologi yang serba lengkap bagi memperkemas keseluruhan kitaran hayat gadai janji yang meliputi pengasalan pinjaman dan pemprosesan peminjam hingga perkhidmatan pinjaman.

LXA telah ditubuhkan pada awal tahun 2023 oleh eksekutif berpengalaman daripada industri pengurusan aset, insurans, gadai janji dan teknologi untuk merapatkan jurang antara aset gadai janji dan modal institusi di Asia yang bermula dengan Singapura. Menggabungkan amalan terbaik daripada pasaran Amerika Utara dan Eropah dengan platform teknologi proprietari yang memberi tumpuan kepada keputusan kredit digital dan penyelarasan aliran kerja pintar, LXA menyediakan penyelesaian yang pertama seumpamanya untuk menangani permintaan kukuh daripada syarikat insurans dan peminjam Asia untuk pelbagai produk gadai janji. 

Diasaskan oleh Kishore Moorjani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Shawn Low, Ketua Pegawai Operasi syarikat ini, pasukan LXA membawa bersama pengalaman yang terbukti dalam pelbagai disiplin kepada industri pengurusan aset berasaskan gadai janji. Encik Moorjani mempunyai lebih 25 tahun pengalaman melabur di rantau ini, dan jawatan beliau yang terbaharu ialah sebagai Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Peluang Taktikal di Asia dengan Blackstone. Encik Low pula pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Better, di mana beliau memainkan peranan penting dalam transformasi platform gadai janji daripada hari-hari sebelum hasil hingga mencapai lebih $800 juta hasil dan $150 juta keuntungan.

"Kami mengasaskan LXA untuk mewujudkan sebuah saluran institusi bagi kumpulan modal insurans, dana pencen, dana kerajaan dan endowmen yang besar untuk mengakses kelas aset gadai janji mata wang tempatan yang sangat diingini," kata Kishore Moorjani, Ketua Pegawai Eksekutif LXA. "Platform teknologi kami direka untuk mencipta nilai bagi semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam ekosistem gadai janji. Dengan pasukan eksekutif kami yang bertaraf dunia serta sokongan daripada rakan kongsi pelaburan yang terkemuka dan asas teknologi yang kukuh, kami teruja untuk membawa inovasi ini ke Asia. Selain menjadi perniagaan yang baik dan amat mengutamakan pelanggan, ia berpotensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran di Asia."

Andrew Schoen, Rakan Kongsi NEA berkata, "Kami percaya bahawa pendekatan berwawasan, kepimpinan berpengalaman serta komitmen Kishore dan Shawn terhadap inovasi bagi membangunkan sebuah platform gadai janji yang moden merupakan pengubah keadaan. Sebagai pengurus aset gadai janji moden yang pertama di Asia, pasukan LXA telah memikirkan cara untuk menyelaraskan jaringan yang rumit antara orang ramai, proses dan sistem bagi mencipta perubahan jangka panjang dan mendorong nilai ekonomi yang besar."

Tentang LXA 

LXA ialah sebuah syarikat teknologi kewangan yang berpangakalan di Singapura yang membuka peluang kepada modal bukan deposit untuk pasaran gadai janji Asia. Platform teknologi syarikat ini merevolusikan industri gadai janji dengan menyelaraskan pengasalan pinjaman, pemprosesan, penajajaminan dan perkhidmatan. Diasaskan oleh Kishore Moorjani dan Shawn Low, LXA bersedia untuk membentuk semula landskap gadai janji di seluruh pasaran Asia.

Hubungan:
Asad Hassanali
asad@lxasia.co

Tentang NEA 

New Enterprise Associates, Inc. (NEA) ialah sebuah firma modal usaha niaga global yang memberi tumpuan untuk membantu usahawan membina perniagaan transformasi di pelbagai peringkat, sektor dan geografi. Ditubuhkan pada tahun 1977, NEA mempunyai pengurusan aset bernilai lebih $25 bilion pada 31 Mac 2023 serta melabur dalam syarikat teknologi dan penjagaan kesihatan pada semua peringkat kitaran hayat syarikat daripada peringkat permulaan hingga IPO. Rekod prestasi firma ini yang lama terlibat dalam pelaburan termasuk lebih 270 IPO syarikat portfolio serta lebih 450 penggabungan dan pengambilalihan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nea.com.

Hubungan:
Erica Sunkin
esunkin@nea.com

Tentang EDBI 

Melabur sejak tahun 1991, EDBI ialah sebuah syarikat pelabur global yang berpangkalan di Singapura yang melakukan pelaburan dalam sektor teknologi pertumbuhan tinggi terpilih yang terdiri daripada Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Teknologi Baru Muncul (ET), Penjagaan Kesihatan (HC) dan PKS Singapura yang berpotensi dalam industri strategik. Sebagai pelabur yang mencipta nilai, EDBI membantu syarikat mencapai matlamat mereka yang bercita-cita tinggi dengan memanfaatkan rangkaian, sumber dan kepakaran kami yang meluas. Dengan modal pertumbuhan kami, EDBI membantu syarikat yang ingin berkembang di Asia dan global melalui Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.edbi.com.

Tentang Openspace 

Openspace ialah sebuah firma modal usaha niaga yang terkemuka di Asia Tenggara, yang mencari dan membiayai syarikat yang menghasilkan kesan transformatif pada titik pertembungan antara teknologi dengan kehidupan. Firma ini mempunyai 6 dana dengan modal komited bernilai $800 juta dan mempunyai 39 orang pekerja yang berdedikasi, termasuk pakar sepenuh masa dalam pasukan Kejayaan Portfolio. Ia mempunyai ibu pejabat bersama di Singapura dan Jakarta serta pejabat aktif di Bangkok, Manila dan Bandar Ho Chi Minh. Portfolionya terdiri daripada lebih 40 buah syarikat, termasuk GoTo, Finnomena, Halodoc dan Kredivo Holdings. Sila layari www.openspace.vc.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2271714/LXA_Logo.jpg?p=medium600

Source: LXA
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology