omniture

Magnati bekerjasama dengan TerraPay untuk merevolusikan pembayaran rentas sempadan

TerraPay
2023-11-10 00:15 100

ABU DHABI, UAE, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Magnati, sebuah syarikat pembayaran terkemuka di Timur Tengah, memperkasakan pedagang dengan menambah kaedah pembayaran baharu pada rangkaian produknya melalui kerjasama dengan TerraPay, rangkaian pembayaran rentas sempadan global yang terkemuka yang memiliki jangkauan luas dengan lebih 7.5 bilion akaun bank, lebih 2.1 bilion dompet mudah alih serta 29 lesen dan kelulusan kawal selia di seluruh dunia. Penyepaduan ini membolehkan ramai pelawat dan penduduk Afrika di UAE membuat pembayaran dengan mudah untuk barangan dan perkhidmatan menggunakan dompet digital pilihan mereka. Dengan lebih daripada 50,000 terminal pembayaran menerima dompet dikuasakan TerraPay di Afrika, Magnati akan mendorong inovasi dalam industri pembayaran dari masa ke masa.

Sebagai rakan kongsi global yang terkemuka bagi bank, dompet mudah alih, pengendali pemindahan wang dan institusi kewangan, TerraPay membawa kepakaran yang meluas dan rangkaian yang teguh dalam kerjasama ini. Peranan mereka sebagai pengagregat dompet mudah alih dan digital yang terkemuka membolehkan pemegang Dompet Syarikat Telekomunikasi dari Afrika menikmati pembayaran rentas sempadan yang mudah dan selamat di UAE pada terminal pembayaran Magnati.

Dalam pasaran yang sangat kompetitif ini, tawaran baharu daripada Magnati menjadikannya berbeza berbanding syarikat lain dalam industri ini. Dengan mendayakan dompet dari Afrika melalui kerjasama strategik mereka seperti Airtel, M- PESA dan MTN di terminal pembayaran mereka, Magnati memenuhi keperluan para pelanggan dan pedagang yang pelbagai. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan tetapi turut membuka peluang baharu kepada perniagaan untuk memanfaatkan sektor pelancongan yang semakin berkembang di UAE daripada pasaran Afrika.

Ramana Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Magnati berkata, "Dari masa ke masa, lebih 50,000 Terminal Pembayaran Magnati akan didayakan untuk menerima pembayaran menggunakan dompet popular dari Afrika dalam mata wang tempatan masing-masing. Kerjasama yang menarik dengan TerraPay ini menandakan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian pembayaran yang lancar yang memenuhi permintaan para pelanggan kami yang semakin berkembang serta memupuk hubungan yang lebih kukuh antara UAE dengan Afrika."

Ani Sane, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Perniagaan TerraPay berkata, "Kami benar-benar berbangga untuk mengumumkan kerjasama kami dengan Magnati, sebuah institusi kewangan yang sangat dipercayai di rantau ini. Kerjasama ini melambangkan gabungan yang sempurna antara inovasi teknologi dengan komitmen bersama untuk menjadikan pembayaran boleh diakses dan mudah. Melalui kepakaran kami dalam platform saling kendalian dan penyelesaian pembayaran mudah alih yang canggih, kami bertekad untuk menyampaikan penyelesaian penerimaan yang inovatif kepada pemegang dompet Afrika, dengan memperkemas pembayaran rentas sempadan dan pergerakan wang yang tidak pernah berlaku sebelum ini. TerraPay dan Magnati merevolusikan teknologi dan trend pembayaran secara bersama-sama, sambil mengutamakan keterangkuman kewangan dan kemudahan untuk semua."

Kesimpulannya, kerjasama strategik antara Magnati dengan TerraPay ini menjadikan UAE sebagai sebuah hab pembayaran rentas sempadan. Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara Afrika dengan UAE tetapi juga meletakkan kedua-dua wilayah ini untuk mencapai pertumbuhan pesat dalam landskap pembayaran digital. Kemudahan dan kebolehcapaian yang ditawarkan oleh kaedah pembayaran baharu ini sudah pasti akan memberi manfaat kepada pemain industri, orang ramai, pelanggan dan pedagang.

Tentang Magnati 

Magnati ialah peneraju serantau dalam industri penyelesaian pembayaran yang memberi tumpuan kepada pemerolehan terus, pemprosesan penerbit dan pemprosesan pemerolehan.

Magnati menyediakan platform pembayaran pintar kepada pelanggan kerajaan, pedagang dan institusi dengan menggunakan teknologi generasi seterusnya untuk menyampaikan pengalaman yang lebih baik dan meningkatkan kecekapan. Jenama Magnati dipenuhi dengan tenaga dan potensi serta bersedia untuk mengubah pembayaran menjadi pelbagai peluang.

Beribu pejabat di Abu Dhabi, kepakaran dan perhubungan Magnati menyediakan sebuah platform untuk Magnati menarik rakan kongsi antarabangsa, sambil menetapkan piawaian baharu terhadap inovasi dan penyampaian dalam industri pembayaran.

Sila layari www.magnati.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tentang TerraPay 

TerraPay memudahkan pergerakan wang di mana-mana sahaja – dengan menyediakan satu sambungan ke rangkaian pembayaran rentas sempadan yang paling meluas dan dikawal selia di 29 buah pasaran global serta membolehkan pembayaran kepada lebih 120 buah negara penerima, lebih 210 buah negara penghantar, lebih 7.5 bilion akaun bank dan lebih 2.1 bilion dompet mudah alih. TerraPay mempunyai misi untuk menghubungkan dunia kewangan tanpa sempadan, menjadikan pemindahan wang ke mana-mana sahaja dengan segera, boleh dipercayai, telus dan patuh sepenuhnya. TerraPay mendorong batasan untuk perniagaan global – yang merangkumi bank, teknologi kewangan dan pengendali pemindahan wang hingga perniagaan pelancongan, platform ekonomi pencipta dan pasaran e-dagang – sambil mendorong keterangkuman kewangan walaupun dalam pasaran yang paling tidak boleh diakses. Ditubuhkan pada tahun 2014, TerraPay beribu pejabat di London serta mempunyai pejabat global di Bangalore, Dubai, Miami, Bogota, Dar es Salaam, Kampala, Hague, Dakar, Joburg, Nairobi, Milan, Singapura dan sedang berkembang pesat, setelah menerima pembiayaan daripada pelabur terkemuka termasuk IFC (Bank Dunia), Prime Ventures, Partech Africa dan Visa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.terrapay.com

Hubungan Media 

Juveria Samrin
juveria.n@terrapay.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: TerraPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Financial Technology