PORT VILA, Vanuatu, 23 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets menganjurkan Majlis Makan Malam Gala APAC yang mengagumkan di Bangkok bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-15, menyaksikan suatu pencapaian kejayaan dan perkongsian. Malam berkenaan menghimpunkan pelanggan Vantage, rakan kongsi, penyedia pendidikan dan pasukan APAC bagi meraikan kejayaan dan inovasi bersama.
Diserikan oleh tetamu kehormat Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan Vantage, acara tersebut mencerminkan komitmen Vantage untuk memperkasakan pedagang dan memupuk sebuah komuniti yang kolaboratif. "Sambutan ini menonjolkan pertumbuhan, inovasi dan perkongsian selama 15 tahun lamanya. Ia merupakan bukti kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dan rakan kongsi kepada kami dan kami tetap berdedikasi untuk membentuk masa depan perdagangan," kata Marc dalam ucaptamanya.
Malam tersebut meraikan kecemerlangan dengan penyampaian pelbagai anugerah, bagi memberi penghormatan kepada penyumbang utama kejayaan Vantage:
Anugerah-anugerah ini menonjolkan kolaborasi dan inovasi yang memainkan peranan penting dalam perjalanan Vantage.
Gala berkenaan menampilkan pasangan selebriti berpengaruh Thailand Lydia Sarunrat Deane dan Matthew Deane, sebagai bukti perkongsian Vantage yang berpanjangan. Matthew Deane, pelakon dan pengacara yang terkenal, berkhidmat sebagai pengacara berkarisma pada malam itu. Sementara itu, Lydia Sarunrat Deane, seorang penghibur ternama, menyampaikan persembahan muzikal yang amat mengagumkan dan memukau khalayak. Para hadirin turut diperkenalkan dengan pencapaian terkini pasukan Vantage App, khususnya dalam perdagangan salinan serta pencapaian kempen yang terkini.
Malam itu mencapai kemuncaknya dengan pendedahan istimewa kereta Vantage F1, diiringi tayangan perdana video "Ultimate Trading Machine". Para tetamu juga dihiburkan dengan segmen cabutan bertuah yang menarik, di mana produk Apple dianugerahkan dan hadiah utama—Rolex Submariner 'Starbucks'—menjadi sorotan penting pada malam itu.
Majlis Makan Malam Gala APAC di Bangkok merangkumkan semangat kepimpinan, inovasi dan dedikasi Vantage selama 15 tahun kepada pelanggan dan komunitinya. Tatkala Vantage memandang ke arah masa depan, ia terus memperkasakan pedagang dan memupuk hubungan yang bermakna di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan dan pencapaian Vantage, kunjungi Vantage Markets.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.