omniture

Adamas One Corp. Mengumumkan Pembentukan Adamas Technologies

Adamas One Corp
2023-11-10 02:25 97

Anak syarikat milik penuh ini akan memberi tumpuan kepada R&D, perkongsian dan penggunaan penyelesaian Berlian Buatan Makmal untuk industri teknologi

SCOTTSDALE, Arizona, 10 November 2023 /PRNewswire/ -- Adamas One Corp. (Nasdaq: JEWL) ("Adamas One," "Adamas" atau "Syarikat"), The Original Lab-Grown Diamond Company™, sebuah syarikat berteknologi tinggi yang memanfaatkan teknologi proprietari untuk menghasilkan Berlian Buatan Makmal iaitu kristal tunggal berkualiti tinggi untuk barang kemas dan bahan berlian untuk teknologi dan kegunaan industri lain, hari ini mengumumkan pembentukan anak syarikat milik penuhnya yang baharu, Adamas Technologies.

Adamas Technologies akan bertanggungjawab untuk penyelidikan & pembangunan, perkongsian serta penggunaan penyelesaian berasaskan Berlian Buatan Makmal untuk industri teknologi. Keberkonduktan terma dan ketahanan Berlian Buatan Makmal menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam peranti semikonduktor dalam sektor perindustrian dan teknologi. Teknologi terpaten Adamas memberikan peluang yang besar untuk menangani peningkatan permintaan daripada sektor semikonduktor.

"Pembentukan Adamas Technologies menyusul selepas rancangan kami untuk meningkatkan kehadiran kami dalam sektor semikonduktor yang diumumkan baru-baru ini. Kami ingin memastikan bahawa Adamas One sentiasa berada di barisan hadapan dalam penggunaan Berlian Buatan Makmal di seluruh industri. Kami percaya bahawa teknologi terpaten proprietari kami memberi kelebihan daya saing yang kuat kepada kami dalam kategori tersebut, terutamanya apabila melibatkan penyesuaian Berlian Buatan Makmal dalam sektor teknologi. Adalah Jelas sekali bahawa sifat luar biasa bahan berlian tersebut menawarkan penyelesaian kepada beberapa masalah perindustrian yang sangat sukar," kata Jay Grdina, Ketua Pegawai Eksekutif Adamas One Corp. "Berlian Buatan Makmal menawarkan kebolehulangan, ketekalan dan kebolehpercayaan yang menjadi permintaan penggunaan kedua-dua industri dan teknologi pada kos yang akan dapat menyokong penerimaan pasaran."

Encik Gerald McGuire, Ketua Pegawai Operasi Adamas One Corp., akan memimpin anak syarikat yang baru ditubuhkan ini. Encik McGuire mempunyai hampir 30 tahun pengalaman yang meluas dalam pasaran semikonduktor dengan membawa IC dan litar analog yang inovatif ke pasaran.

"Kami sangat teruja dengan peluang yang ditawarkan dalam pasaran semikonduktor. Terdapat sejumlah besar aktiviti untuk sifat terma dan lain-lain sifat berlian ini bagi meningkatkan kecekapan dan kelajuan perlitaran termaju. Berlian Buatan Makmal baru-baru ini telah mencapai titik kos, kualiti dan kebolehkilangan yang membolehkan ia digunakan dalam penggunaan ini. Bahan Adamas menawarkan proses kimia dan kebolehkilangan yang tepat dalam berlian kristal tunggal menggunakan proses dan resipi proprietari kami," kata Gerald McGuire. "Penggunaan Berlian Buatan Makmal adalah baharu kepada penggunaan semikonduktor ini, dan saya berharap untuk melihat sumbangan pasukan kami ketika pasaran ini muncul," tambah McGuire.

"Sifat fizikal berlian yang luar biasa telah pun diketahui sejak sekian lama. Inovasi yang didayakan oleh keberkonduktan terma, mobiliti pembawa dan celah jalur berlian hanyalah suatu permulaan," simpul McGuire.

Tentang Adamas One Corp. 

Adamas ialah pengeluar berlian buatan makmal yang menghasilkan berlian kristal tunggal yang hampir sempurna untuk batu permata dan penggunaan industri, di kemudahannya yang terletak di Greenville, Carolina Selatan. Syarikat ini mempunyai 36 paten dan menggunakan pemendapan wap kimia (CVD) proprietarinya untuk menghasilkan kristal berlian bersaiz permata dan lebih kecil. Berlian buatan makmal Adamas One™ mempunyai sifat fizikal, kimia dan optik yang sama seperti berlian yang dilombong. Proses pembuatan terkawal Syarikat membolehkannya menghasilkan berlian Jenis IIA iaitu kristal tunggal tidak berwarna, hampir tidak berwarna dan berwarna mewah yang sangat berkualiti tinggi dan berketulenan tinggi untuk disesuaikan dengan pelbagai penggunaan perindustrian dan batu permata. Syarikat berhasrat untuk memasarkan dan menjual berliannya ke dalam pasaran perindustrian dan barang kemas borong. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adamasone.com.

Not Mined. Not Fake. Just sped up perfection. ™

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi "pernyataan berpandangan ke hadapan" mengikut takrifan Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, seperti yang dipinda. Setakat maklumat yang dibentangkan dalam siaran akhbar ini membincangkan unjuran kewangan, maklumat atau jangkaan tentang rancangan perniagaan, hasil operasi, produk atau pasaran kami, atau sebaliknya membuat pernyataan tentang peristiwa masa depan, maka pernyataan sedemikian adalah pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan sedemikian boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti "sepatutnya", "boleh," "bertujuan," "jangka," "percaya," "anggar," "unjur," "ramal," "jangka, " "rancang," dan "cadang." Walaupun kami percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian yang munasabah, namun terdapat beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material berbanding pernyataan berpandangan ke hadapan tersebut. Anda digesa untuk menyemak dengan teliti dan mempertimbangkan sebarang pernyataan amaran dan pendedahan lain, termasuk pernyataan yang dibuat di bawah tajuk "Faktor Risiko" dan di tempat lain dalam dokumen yang kami failkan dari semasa ke semasa kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Pernyataan berpandangan ke hadapan hanya benar pada tarikh dokumen di mana ia terkandung, dan Adamas One Corp. tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Rujukan dan pautan ke laman web telah disediakan sebagai kemudahan, dan maklumat yang terkandung di laman web tersebut tidak digabungkan melalui rujukan ke dalam siaran akhbar ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Perhubungan Pelabur

Perhubungan Media

CORE IR

CORE IR

Scott Arnold, Rakan Kongsi Pengurusan

Jules Abraham

516 222 2560

917 885 7378

ir@adamasone.com


Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2271864/Adamas_One_Corp_HANDOVER_logo_3d_black_ID_ae257b49614b_Logo.jpg?p=medium600

Source: Adamas One Corp
Related Stocks:
NASDAQ:JEWL
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mining/Metals Retail Semiconductors New products/services