omniture

Ministry of Oceans and Fisheries, KOREA FISHERIES ASSOCIATION dan CUCKOO Berkolaborasi untuk Perkenalkan 'K-FISH' ke Malaysia

Korea Fisheries Association
2023-11-10 08:00 27

SEOUL, Korea Selatan, 10 November 2023 /PRNewswire/ -- Agensi kerajaan Korea Selatan, Ministry of Oceans and Fisheries dan KOREA FISHERIES ASSOCIATION mengumumkan satu kolaborasi dengan CUCKOO INTERNATIONAL untuk melancarkan acara 'K·FISH POP UP' di CUCKOO Brand Gallery di Kuching, Malaysia, bermula pada 11 November.

Ministry of Oceans and Fisheries, KOREA FISHERIES ASSOCIATION, and CUCKOO Collaborate to Introduce 'K-FISH' to Malaysia
Ministry of Oceans and Fisheries, KOREA FISHERIES ASSOCIATION, and CUCKOO Collaborate to Introduce 'K-FISH' to Malaysia

CUCKOO Brand Gallery ditubuhkan di Kuching, Malaysia untuk mengukuhkan hubungan bersama pengguna tempatan dan menawarkan pengalaman dan jualan jenama. Melalui perkongsian dengan HWC Coffee, jenama kopi istimewa dari Taiwan, mereka mewujudkan ruang bersantai yang digelar CUCKOO Cafe. Ministry of Oceans and Fisheries dan KOREA FISHERIES ASSOCIATION akan menyediakan reruai bersebelahan dengan CUCKOO Cafe untuk mempromosikan K·FISH.

Kedai timbul ini direka bentuk untuk memperkenalkan produk makanan laut Korea Selatan yang diperakui oleh kerajaan Korea Selatan sebagai "K·FISH - Makanan Laut Korea Selatan Selamat dan Sihat" kepada pengguna tempatan di Malaysia dan untuk mengembangkan eksport.

Dengan konsep 'K-Fresh Journey of Taste' ('Perjalanan Rasa K-Segar'), acara timbul ini merancang untuk mendekati pengguna di 15 negara seluruh dunia dan mempromosikan jenama makanan laut Korea Selatan, K·FISH. Ia telah dianjurkan dengan kerjasama CUCKOO, jenama perkakas rumah yang terkenal dengan kadar pertumbuhan yang tinggi di Malaysia. Produk unggulan CUCKOO, nasi yang baru dimasak menggunakan periuk nasi mereka, digandingkan dengan sempurna bersama produk makanan laut Korea yang popular seperti gim (laver) dan tuna.

Pengunjung ke ruang timbul K·FISH boleh mengalami keseronokan pengembaraan gourmet Korea. Acara ini termasuk aktiviti-aktiviti seperti memasak nasi dengan periuk nasi CUCKOO, menjamah nasi yang baru dimasak dengan makanan ruji Korea seperti tuna dan gim (laver) serta mencuba mini gimbap.

Akan terdapat juga pemberian barangan semasa acara timbul. Pengunjung yang mengambil bahagian dalam tinjauan yang berkaitan dengan K·FISH dan mengikuti akaun Instagram K·FISH POP UP (@kfish_pop_up) rasmi akan menerima hadiah percuma dengan reka bentuk menarik dan imej yang comel.

Acara ini bertujuan untuk memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada pengunjung apabila mereka melihat, merasa dan mengalami sendiri produk K·FISH.

Ruang Timbul K·FISH, dengan kolaborasi KGW(K-Seafood Global Weeks, Minggu K-Makanan Laut Global), ialah acara yang disasarkan untuk mempromosikan eksport produk makanan laut Korea, dengan aktiviti serentak di 17 negara di seluruh dunia. Acara berjalan dari 4 November hingga 26 November.

Source: Korea Fisheries Association
Keywords: Advertising Beverages Food/Beverages Restaurants Retail