omniture

Xinhua Silk Road: Projek baja potasy Asia-potash International disenaraikan dalam kajian kes Jalur dan Jalan

Xinhua Silk Road
2023-11-10 08:32 102

BEIJING, 10 November 2023 /PRNewswire/ -- Projek baja potasy Asia-potash International Investment (Guangzhou) Co., Ltd. di Laos disenaraikan dalam sebuah buku yang menyusun 36 projek kerjasama Jalur dan Jalan yang dijalankan oleh perusahaan Cina.

Photo shows the potash production plant of Asia-potash International Investment (Guangzhou) Co.,Ltd. in Laos.
Photo shows the potash production plant of Asia-potash International Investment (Guangzhou) Co.,Ltd. in Laos.

Komplikasi berkenaan, dihasilkan oleh satu kajian kes yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara Majlis Negeri (SASAC) dan China Economic Information Service (CEIS) dibentangkan semasa Forum Tematik Pertukaran Kumpulan Pemikir Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Jalan yang diadakan sebelum ini di Beijing.

Terletak di wilayah Khammuan di bahagian tengah Laos, projek baja potasy menikmati lokasi yang menguntungkan kerana ia terletak bersebelahan dengan Highway 13, arteri pengangkutan penting yang merentasi Laos dan menghubungkan Kemboja serta Vietnam. Highway 13 turut menghala ke Vientiane di bahagian utara dan menghubungkan projek itu dengan China-Laos Railway.

Asia-potash International memulakan projek pembinaan semula dan pengembangan baja potasy 1 juta tan, yang pertama seumpamanya di Laos pada April 2020 yang telahpun siap selepas 17 bulan.

Ketika ini, syarikat ini memegang hak perlombongan potasy 214.8 kilometer persegi dan hak cari gali potasy 48.5 kilometer persegi di wilayah Khammuan yang boleh ditukarkan kepada 1 bilion tan sumber kalium klorida tulen, menjadikannya yang terbesar di Asia dari segi kiraan sumber potasy.

Syarikat ini berusaha untuk mencapai kapasiti pengeluaran 5 juta tan menjelang tahun 2025 untuk menjadi pembekal potasy bertaraf dunia dan akan terus berkembang kepada kapasiti 7-10 juta tan/tahun pada masa akan datang atas permintaan pasaran.

Syarikat ini turut memulakan sebuah projek iaitu Taman Industri Pintar Asia-Potash International pada tahun 2022 termasuk taman industri baja potasy dan taman industri bukan potasy bagi membantu menggalakkan pengindustrian di Laos.

Taman industri baja potasy dijangka membawakan lebih banyak projek, mencipta sumber pendapatan dan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat manakala taman industri bukan potasy akan menggunakan sumber berkaitan lombong potasy Lao dengan lebih baik, mengintegrasikan sumber-sumber menguntungkan yang lain seperti arang batu dan bauksit serta membantu membangunkan projek-projek kimia lain bagi menggalakkan pengindustrian negara ini.

Bersama-sama pelaburan dan pembinaan projek berkenaan, syarikat ini memenuhi tanggungjawab sosial korporat dengan aktif, menjalankan projek pembasmian kemiskinan, menubuhkan dana pendidikan, membantu pembinaan infrastruktur, membangunkan pertanian moden, antara lain, bagi menyokong pembangunan Lao yang benar-benar diiktiraf oleh kerajaan dan orang ramai.

https://en.imsilkroad.com/p/337004.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Construction/Building Machinery Mining Mining/Metals Publishing/Information Service Transportation Corporate Social Responsibility Not for profit Trade show news