omniture

Ultraviolette Melancarkan F77 Berspesifikasi Antarabangsa untuk Pasaran Eropah di EICMA 2023; F99 Factory Racing Platform membuat Kemunculan Global

Ultraviolette Automotive Pvt Ltd
2023-11-10 10:00 48
  • Penunggang warga Eropah akan dapat menunggang F77 sama ada dengan lesen memandu A1 atau A2 
  • Minat yang mendalam terhadap F99 Factory Racing Platform dapat disaksikan di EICMA 2023 

MILAN, 10 November 2023 /PRNewswire/ -- Ultraviolette, kuasa rintis dalam mobiliti masa depan dan infrastruktur tenaga mendapat perhatian di EICMA 2023 dengan dua pengumuman. Motosikal utama syarikat ini – iaitu F77 membuat penampilan pertamanya di pasaran Eropah bersempena dengan pelancaran global F99 Factory Racing Platform di Pameran Motosikal Milan (Milan Motorcycle Show).

Niraj Rajmohan (CTO) and Narayan Subramaniam (CEO) at EICMA 2023 with Ultraviolette F99 Factory Racing Platform
Niraj Rajmohan (CTO) and Narayan Subramaniam (CEO) at EICMA 2023 with Ultraviolette F99 Factory Racing Platform

Ultraviolette F77 Berspesifikasi Antarabangsa

F77 ialah kenderaan dua roda pertama dari India dengan teknologi bateri terkini dan elektronik kenderaan berinspirasikan avionik.

Ultraviolette melancarkan F77 di Eropah dengan penghantaran bermula pada suku kedua tahun 2024 dengan tiga varian tersendiri - Shadow, Laser dan Airstrike. Model F77 mampu mencapai 100 Nm tork tertinggi yang mengagumkan dan 30 kW (40 kkb) kuasa tertinggi, hasil daripada pek bateri 10.3 kWp termaju.

F77 cemerlang dari segi prestasi, keupayaan, teknologi bateri, keselamatan, keselesaan tunggangan, pengendalian dan estetika serta menawarkan tiga mod tunggangan - Glide, Combat, Ballistic.

F77 akan berharga antara 9,000 hingga 11,000 Euro di Eropah tertakluk kepada insentif dan cukai kerajaan persekutuan / negeri. Ultraviolette akan mula menerima pendaftaran pada laman web rasminya mulai 15 November 2023.

Ultraviolette F99 Factory Racing Platform

Rancangan Ultraviolette melangkaui F77 Berspesifikasi Antarabangsa, dengan tayangan perdana dunia bagi F99 Factory Racing Platform, yang menandakan satu pencapaian penting dalam bidang teknologi motosikal elektrik. Berbeza dengan model generasi pertama, lelaran terkini F99 ialah motosikal dengan reraut penuh serta teknologi bateri termaju dan inovasi pemanduan. 

Salah satu ciri F99 yang paling unik ialah aerodinamiknya yang aktif, mencerminkan prinsip yang diterima pakai daripada jet pejuang supersonik. Motosikal ini menggabungkan gentian karbon dalam pembinaan Aerodinamik Aktif (Active Aerodynamics) termasuk panel dan sayap. Aerodinamik Aktif disepadukan dengan bijak di dua tempat yang penting pada F99 - pada pelindung udara, yang bertindak sebagai cermin depan udara, dan pada dua saluran kowl hadapan, yang menyalurkan udara ke motor yang memampatkan dan melepaskannya melalui ram. Mekanisme ini mengoptimumkan aliran udara ke atas topi keledar penunggang untuk mengurangkan seretan.

Satu lagi inovasi penting yang strategik terkandung dalam Air-Blade, iaitu segmen reraut sisi, menyesuaikan diri dengan sudut condong untuk meningkatkan daya ke bawah semasa mengambil selekoh. Berbilang sayap lawi tambahan diletakkan secara strategik di hadapan dan belakang kenderaan untuk memperhalusi kecekapan aerodinamik. F99 mempunyai kelajuan tertinggi yang mengagumkan iaitu 265 kpj.

Motor dengan cecair sejukan pada F99 menghasilkan kuasa maksimum 120 kkb (90 kW), membolehkan motosikal tersebut mencapai dari 0 kepada 100 kpj dalam masa hanya 3 saat.

Dengan 0.45 pekali seret aerodinamik dan 178 kg berat kerb, F99 Factory Racing Platform dijangka akan mengubah semula peraturan dalam dunia sukan permotoran.

Pelancaran komersil global bagi F99 dijangkakan pada tahun 2025. Ultraviolette terlibat secara aktif dalam perbincangan dengan pengedar dan peniaga dariEropah untuk memberikan pengalaman yang menggembirakan kepada penunggang di seluruh benua.

Untuk maklumat lanjut: https://www.ultraviolette.com/

Hubungan media:

Pradeep Shah pradeep.shah@ultraviolette.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2262197/Ultraviolette_Logo.jpg?p=medium600
Foto 1: https://mma.prnasia.com/media2/2272511/Ultraviolette_F99_Factory_Racing_Platform.jpg?p=medium600
Foto 2: https://mma.prnasia.com/media2/2272512/Ultraviolette_F77_Airstrike.jpg?p=medium600

The Ultraviolette F77 Airstrike variant
The Ultraviolette F77 Airstrike variant

 

 

 

 

 

Source: Ultraviolette Automotive Pvt Ltd
Keywords: Auto Sports Sports Equipment & Accessories Transportation New products/services