omniture

GAC Motor dan Hollywood: Kisah Cinta

GAC MOTOR
2014-07-25 16:11 152

Kisah benar bagaimana filem blokbuster antarabangsa tampil untuk memaparkan kenderaan GAC Motor

GAC Motor melihat kerjasama tersebut sebagai pengajaran penting untuk menggabungkan budaya Timur dan Barat, serta membezakannya secara strategik daripada peletakan jenama yang berasal dari China sebelumnya dalam filem Hollywood.

HONG KONG, 24 Julai 2014 /PRNewswire/ -- GAC Motor ("GAC") tidak pernah membayangkan ia akan terlibat dengan Transformers 4. Tidak semua jenama mempunyai kuasa dan pengaruh untuk meraih kedudukan utama dalam filem blokbuster Hollywood. GAC, sebagai pendatang baharu dalam kalangan jenama proprietari China, tidak pernah terlintas untuk mendapat tempat dalam filem tersebut.

Bagi mendapatkan siaran multimedia penuh, klik di sini: http://en.prnasia.com/pr/2014/07/21/140502111.shtml

GAC terus berkembang mengikut perancangan dan secara rasminya telah melancarkan strategi luar negara pada tahun 2013 bagi meningkatkan kesedaran terhadap jenamanya. Pada Januari 2013, GAC menyediakan cita rasa China untuk Pertunjukan Kenderaan Antarabangsa Amerika Utara dengan tiga kenderaan: kereta sedan hibrid panduan empat roda dikenali sebagai GAC MOTOR, "prototaip" SUV elektrik dikenali sebagai GAC MOTOR GS5 dan juga kereta konsep E-jet hibrid elektrik julat-lanjutan.

GAC telah menarik perhatian penerbit Transformers 4 pada pertunjukan tersebut. Ketika beliau melintasi gerai pameran GAC, beliau memerhatikan model E-jet dan terus berasa positif tentang kebolehan pembuat kereta dari China itu.

"Syarat kerjasama yang dicadangkan oleh pasukan Transformers 4 benar-benar boleh diterima. Memandangkan penayangan filem tersebut berlangsung serentak dengan pelancaran strategi peluasan antarabangsa kami, kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka jika syaratnya menguntungkan kedua-dua pihak. Kerjasama ini pastinya akan menaikkan nama GAC dan akan membantu promosi kami di luar negara," kata Liu Haoyuan, ketua perhubungan awam di GAC.

Dalam jalan cerita filem itu, kenderaan buatan China diperlukan untuk dipandu oleh para pegawai kerajaan Cina dan pegawai tentera. GAC telah terpilih sebagai pembekal berpotensi oleh Kementerian Pusat Pembelian Keselamatan Awam untuk Kelengkapan Polis pada April 2013. Setelah melalui beberapa ujian dan penilaian ketat yang telah dijalankan oleh pihak tentera Cina, GAC berjaya meraih kedudukan No. 1 dalam senarai pembekal.

Pengurus Besar GAC Wu Song menjelaskan, "Kami hanya mempunyai satu keperluan: rakaman kereta kami dimasukkan pada waktu dan tempat yang tepat." GAC yakin "Kualiti adalah segala-galanya." Salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh Wu Song menerusi kerjasama ini ialah mengubah pandangan dunia secara berperingkat tentang jenama yang berasal dari China. Langkah demi langkah, jenama yang berasal dari China akan diterima oleh pengguna antarabangsa apabila mereka dapat mengalaminya sendiri. Jenama dari China akan mempunyai peranan untuk dimainkan dalam pasaran dunia.

Sejarah perkembangan luar negara berkaitan jenama yang berasal dari China dan laluan kerjaya Michael Bay berkongsi suatu perkara yang serupa. Michael Bay mempunyai pengalaman susah senang ketika menjadi pengarah muda. Buat beberapa ketika, segala usaha beliau tidak berjaya; malah DreamWorks Studios langsung tidak memberi peluang kepada beliau. Namun demikian, melalui siri filem Transformers, Michael Bay berjaya mengubah keadaan beliau. Ia bukanlah suatu perkara yang baik untuk seseorang apabila sentiasa bernasib baik dalam semua perkara yang dilakukannya. Begitu juga, jika jenama yang berasal dari China tidak belajar dengan menempuhi kesukaran, mereka mungkin tidak dapat mencetuskan rasa hormat dalam kalangan pengguna yang dikuasai mereka pada hari ini.

Bagi Michael Bay, beliau amat berminat untuk memiliki kereta yang mencerminkan cita rasa beliau sendiri. Kita boleh membayangkan adegan menarik jika Michael Bay turut terlibat dalam mereka bentuk kereta di GAC: ia akan menjadi suatu peristiwa yang benar-benar sensasi seperti mana GAC, sebagai jenama kereta Asia sepenuhnya, telah dipaparkan dalam filem klasik dunia bertemakan kereta Transformers.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Film & Motion Picture Transportation Licensing/marketing agreements