omniture

Beyond2020 Meningkatkan Akses kepada Air Bersih untuk 10,000 Rakyat Malaysia Luar Bandar

Zayed Sustainability Prize
2023-11-10 18:03 41
  • Air pancut yang mampan di 25 kawasan masyarakat luar bandar Malaysia menyediakan air yang bersih dan selamat, sekali gus mengurangkan penyakit bawaan air 

ABU DHABI, UAE, 10 November 2023 /PRNewswire/ -- Beyond2020, inisiatif kemanusiaan yang dipacu oleh UAE telah memasang penapis air di 25 komuniti di wilayah Sabah dan Sarawak di Malaysia, menyediakan air minuman bersih kepada10,000 penduduk.

The UAE's Beyond2020 initiative has delivered safe drinking water to 10,000 Malaysians.
The UAE's Beyond2020 initiative has delivered safe drinking water to 10,000 Malaysians.

Beyond2020 telah dilancarkan oleh Zayed Sustainability Prize pada tahun 2019 dengan kerjasama beberapa organisasi terkemuka dengan tujuan untuk meneruskan legasi kemanusiaan Bapa Pengasas UAE, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, dengan menyediakan teknologi dan penyelesaian yang mampan kepada komuniti yang rentan di seluruh dunia. Malaysia menandakan pelaksanaan ke-17 bagi inisiatif ini, yang akan terus menawarkan campur tangan yang mengubah kehidupan kepada beberapa bilangan penerima yang lebih luas di seluruh dunia, dengan menyediakan teknologi untuk kebaikan dan memupuk pembangunan yang inklusif dan mampan.

Mengulas tentang pemasangan di Malaysia ini, T.Y.T. Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Industri dan Teknologi Termaju UAE, Ketua Pengarah Zayed Sustainability Prize, dan Presiden Lantikan COP28 berkata, "Projek Beyond2020 terbaharu di Malaysia ini mencerminkan komitmen UAE terhadap kemanusiaan dan pembangunan mampan antarabangsa. Kesan iklim yang semakin meningkat menjejaskan keselamatan air dan menjejaskan kehidupan serta mata pencarian di banyak wilayah di dunia, terutamanya di seluruh negara Selatan Global. Semasa UAE bersiap sedia untuk mengalu-alukan dunia di COP28, projek ini menyerlahkan hubungan penting antara air dan perubahan iklim serta menekankan potensi inovasi air untuk meningkatkan komuniti, dan menggalakkan kemakmuran ekonomi.

Pelaksanaan ini menyumbang secara signifikan kepada usaha berterusan Malaysia untuk meningkatkan akses kepada air bersih yang boleh dipercayai. Kami menghargai kerjasama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia dalam melaksanakan inisiatif ini, yang menggariskan hubungan yang berakar umbi antara kedua-dua negara kita."

T.Y.T. Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, berkata: "Menyediakan air minuman yang selamat adalah keutamaan utama bagi Malaysia, sebuah negara yang telah mencapai kemajuan besar dalam menambah baik sistem air dan sanitasinya sejak sedekad lalu. Inisiatif Beyond2020 UAE, yang telah menyampaikan air minuman yang selamat kepada 10,000 rakyat Malaysia, mempamerkan bagaimana penyelesaian inovatif boleh menangani masalah air kami, terutamanya di kawasan luar bandar. Kami menyedari kepentingan meluaskan manfaat ini kepada semua segmen masyarakat, memperkasakan setiap individu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan produktif."

Komuniti yang menerima manfaat daripada penapis air mesra alam yang digunakan baru-baru ini terletak di wilayah Sabah dan Sarawak di Malaysia, di sepanjang Sungai Rajang. Penduduk di sana secara tradisinya bergantung kepada air permukaan dari sungai untuk minum dan kegunaan seharian. Walau bagaimanapun, tanpa teknologi dan sistem yang betul untuk merawat air, penduduk kampung sering mengalami masalah kesihatan. Kanak-kanak kerap mengalami cirit-birit dan disentri, menunjukkan kemungkinan terdapat parasit bawaan air dalam air minuman tersebut.

Campur tangan sumber air adalah perlu untuk memastikan bahawa populasi yang rentan, terutamanya kanak-kanak, wanita dan warga tua, mempunyai akses kepada air minuman bersih.

Mansoor Mohamed Al Hamed, Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Energy, berkata: "Melabur untuk orang ramai dan komuniti yang kami layani sentiasa mwnjadi teras kepada misi kami. Pelaksanaan Beyond2020 yang terbaharu di Malaysia ini menunjukkan dedikasi kami terhadap kemanusiaan serta untuk melaksanakan inovasi yang bertujuan untuk melegakan kesusahan yang dihadapi oleh komuniti yang rentan. Saya berbangga dengan pencapaian ini, yang dapat memenuhi keperluan kritikal untuk menyediakan air bersih kepada mereka yang memerlukan melalui projek pelaburan komuniti kami."

Dengan kerjasama Wateroam – sebuah perusahaan sosial yang pakar dalam mereka bentuk sistem penapisan air yang ringkas, mudah alih, tahan lama dan mampu milik yang khusus untuk bantuan bencana dan pembangunan luar bandar, dan pemenang Zayed Sustainability Prize 2022 dalam kategori Air – Beyond2020 menggunakan penyelesaian penapisan air, yang menyediakan masyarakat dengan akses kepada air minuman yang bersih dan selamat.

Memandangkan saiz komuniti berbeza-beza antara pelbagai kawasan di sepanjang sungai tersebut, Wateroam menyediakan dua penapis air berbeza, yang memenuhi keperluan khusus setiap kumpulan – iaitu CommfilterTM Plus dan ROAMfilterTM Ultra.

Kedua-dua penapis ini mampu membuang lebih 99% bakteria dan virus, namun CommfilterTM Plus menyediakan air minuman yang selamat untuk isi rumah dan komuniti, manakala ROAMfilterTM Ultra direka untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti yang lebih besar dengan kadar aliran yang tinggi. Penapis ini menggunakan aliran graviti semula jadi atau pam watt rendah, yang memerlukan tidak memerlukan atau memerlukan sedikit tenaga elektrik untuk beroperasi. Ia mudah dipasang dan diselenggara, menjadikannya mampan untuk diurus dan digunakan oleh penduduk tempatan dalam jangka panjang.

Malaysia kaya dengan sumber air, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bekalan air mengalami masalah akibat daripada pertumbuhan penduduk, pembandaran, perindustrian dan pengembangan pertanian pengairan. Penggunaan penapis mesra alam yang membolehkan masyarakat memenuhi keperluan air mereka secara mampan menyokong realisasi wawasan air negara Malaysia.

Beyond2020 menghimpunkan beberapa rakan kongsi terkemuka yang merangkumi Abu Dhabi Fund for Development, BNP Paribas, Mubadala Energy dan Masdar.

Sebagai sebahagian daripada impak inisiatif setakat ini, sejumlah 17 pelaksanaan telah dilancarkan, termasuk penyelesaian berkaitan tenaga, kesihatan, air dan makanan, yang mengubah kehidupan lebih 221,800 orang di negara berikut: Nepal, Tanzania, Uganda, Jordan, Mesir, Kemboja, Madagascar, Indonesia, Bangladesh, Filipina, Rwanda, Peru, Lubnan, Sudan, Ethiopia dan Vietnam. Selain Malaysia, 3 negara lagi telah dikenal pasti sebagai tempat pelaksanaan pada masa hadapan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2272484/Beyond2020_Malaysia_Boy_Drinking_Water.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2272485/Beyond2020_Malaysia_Community.jpg?p=medium600

 

The communities located in the Sabah and Sarawak regions of Malaysia traditionally rely on surface water from the river for drinking and subsistence.
The communities located in the Sabah and Sarawak regions of Malaysia traditionally rely on surface water from the river for drinking and subsistence.

 

 

Source: Zayed Sustainability Prize
Keywords: Green Technology Health Care/Hospital Environmental Issues Environmental Policy New products/services Not for profit Cision Influencer List - ESG