omniture

STEPIN, Platform AI Tarian K-Pop, Dilancar di Lebih 170 Negara Seluruh Dunia

Sidewalk Entertainment
2023-11-10 20:26 27

SEOUL, Korea Selatan, 10 November 2023 /PRNewswire/ -- Sidewalk Entertainment, sebuah syarikat pemula AI yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan, melancarkan secara rasmi platform AI tarian K-Pop mereka, STEPIN, merentas lebih daripada 170 negara di seluruh dunia, menandakan penembusan penting mereka ke dalam pasaran antarabangsa.

STEPIN's real-time motion tracking AI technology tracks and scores dance movements using just a smartphone.
STEPIN's real-time motion tracking AI technology tracks and scores dance movements using just a smartphone.

STEPIN ialah platform tarian K-Pop yang menggunakan teknologi AI penjejakan pergerakan masa sebenar. Pengguna boleh bermain dengan memilih antara mod Praktis dan Cabaran, dan platform ini menawarkan fungsi-fungsi seperti pembelajaran tarian, pemarkahan tarian dan ulang tayang analisis pergerakan. Dengan mengintegrasikan media sosial dan permainan, aplikasi ini membolehkan pengguna menikmati tarian K-Pop pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Salah satu ciri yang ditonjolkan pada STEPIN ialah pemarkahannya melalui analisis pergerakan yang jitu, yang membolehkan pengguna bersaing pada kedudukan masa sebenar melalui pemarkahan. STEPIN berbeza daripada permainan tarian konvensional menerusi keupayaannya untuk mengesan pergerakan secara tepat dengan hanya menggunakan telefon pintar, tanpa memerlukan sebarang peralatan tambahan.

Selepas pelancaran perkhidmatan awalnya di Asia Tenggara pada September lalu, fungsian STEPIN ditingkatkan secara konsisten berdasarkan maklum balas daripada pengguna tempatan. Bagi pengguna globalnya pula, kini platform ini menyokong sembilan bahasa termasuk bahasa Inggeris, bahasa Korea, bahasa Jepun, bahasa Sepanyol dan bahasa Indonesia.

STEPIN mengambil bahagian sebagai rakan penaja rasmi dalam acara pertandingan tarian Mnet 'Street Woman Fighter 2'. Dalam episod terakhir yang disiarkan pada 31 Oktober, ahli-ahli kumpulan Mannequeen kelihatan berseronok dalam pertandingan skor tarian pada STEPIN. Susulan pendedahan itu, kadar muat turun aplikasi melonjak sebanyak lebih daripada 184%.

Kibong Kook, Ketua Pegawai Eksekutif Sidewalk Entertainment, menyatakan bahawa "STEPIN ialah bentuk perkhidmatan baharu yang mengaplikasikan teknologi AI canggih kepada tarian K-Pop. Dengan ciri-ciri seperti pemarkahan dan kedudukan, kenikmatan dan keseronokan tarian K-Pop meningkat secara drastik. Kami berhasrat untuk mencetuskan trend baharu untuk sebuah gelombang baharu dalam bidang K-pop seluruh dunia."

Kibong Kook ialah pemain video profesional generasi pertama yang memainkan peranan penting pada peringkat awal industri e-sukan Korea dan beliau telah mengasaskan Sidewalk Entertainment sebagai syarikat pemula berpacukan teknologi AI.

Ketika ini, STEPIN menganjurkan acara cabaran tarian 'Chili' dalam aplikasi tersebut dan merancang untuk melibatkan pengguna secara berterusan di serata dunia melalui pelbagai acara dan kandungan pada masa akan datang.

Hubungan Media:

Nama Syarikat: Sidewalk Entertainment
E-mel: pr@sidewalkplay.com
Tel: 
+82 70-4117-0113
Laman Web Syarikat: https://www.sidewalkplay.com/en
Laman Web Perkhidmatan: 
https://stepin.ai/

 

Source: Sidewalk Entertainment
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Artificial Intelligence