omniture

AIRWAYS AVIATION Lancar Program Asas Latihan Juruterbang Baharu

Airways Aviation Group
2014-07-28 07:00 148

LONDON, 28 Julai 2014 /PRNewswire/ -- AIRWAYS AVIATION mengumumkan pelancaran program tempahan Asas Latihan Juruterbang di United Kingdom, Australia, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Montenegro, Jordan serta Lebanon. 

Kelas teori penerbangan baharu akan bermula hampir serentak di pelbagai lokasi dan memberikan daya saing yang tersendiri kepada pelajar yang berminat untuk memilih peluang kerjaya sebagai juruterbang komersil, selain laluan pengajian awal yang amat penting terutamanya untuk mereka yang memerlukan bantuan & sokongan tambahan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140728/697910-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140728/697910-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140728/697910-c )

Kelas untuk calon juruterbang komersil akan bermula antara 1 September dan 20 Oktober 2014. Kurikulum disesuaikan telah direka secara profesional dan dirangka agar dapat menyediakan pengenalan ringkas untuk bakal pelajar dan pada masa yang sama mengekalkan permulaan yang mantap dan praktikal ke dalam latihan juruterbang komersil. Kurikulum Airways Aviation adalah berdasarkan kedua-dua keperluan Eropah (EASA) dan Australia (CASA) manakala bahan pelajarannya pula merangkumi pengenalan substantif kepada semua bidang utama termasuk Bahasa Inggeris Penerbangan, Aerodinamik, Navigasi, Meteorologi, Prestasi Manusia, Peraturan Penerbangan dan juga Undang-undang Udara, Pengetahuan am serta Operasi Kapal Terbang, Prestasi dan Perancangan.

Bahan kursus dan program latihan praktikal mutakhir terutamanya direka dengan memberi penekanan yang kuat terhadap usaha menyokong unsur khusus Bahasa Inggeris Penerbangan secara berterusan sepanjang keseluruhan program pengajian. Airways Aviation berhasrat untuk menyediakan peluang yang sama untuk memasuki industri penerbangan sebagai juruterbang komersil bagi pelbagai bakal pelajar yang terdiri daripada lelaki & wanita daripada pelbagai bangsa.

"Model latihan & pendidikan kami dirangka untuk membuka peluang kerjaya sebagai juruterbang komersil kepada seberapa ramai bakal pelajar tetapi dengan tumpuan khusus pada mereka yang bercita-cita dan berminat namun sebelumnya merasakan peranan juruterbang adalah di luar kemampuan mereka. Kami telah berjaya merangka program yang memudahkan dan turut memperjelas laluan kerjaya dengan menghuraikan prinsip & konsep teori penting dan kemudiannya menyampaikan kursus tersebut dengan cara yang jelas, tetal serta mudah diuruskan," ujar Romy Hawatt  Ketua Pegawai Eksekutif Airways Aviation Global.

Kursus Asas yang berjaya ditamatkan akan membuka peluang peralihan lebih lanjut bagi para pelajar untuk menyempurnakan teori komersil mereka dan pada masa yang sama menjalani praktikal latihan penerbangan Kapal Terbang dan/atau Helikopter mereka di salah satu pangkalan Airways Aviation di Australia, United Kingdom atau Montenegro. Airways Aviation kini turut mencari peluang peluasan seterusnya ke Jerman, Holland dan Jordan dengan lebih banyak destinasi pengajian & latihan yang akan beroperasi tidak lama lagi.

Dalam tempoh 20 tahun akan datang Boeing & Airbus mengunjurkan permintaan lebih 35,000 kapal terbang kargo & penumpang baharu dengan setiap satu daripadanya memerlukan sebilangan besar anak kapal pesawat dan pelbagai sumber sokongan lain. Melalui peluasan dan penambahbaikan kumpulan kapal terbang syarikat penerbangan pada peringkat global, Airways Aviation menjejaki pertumbuhan dan memantau dengan teliti keperluan industri penerbangan semasa dan keperluan yang diunjurkan sebagai penunjuk utama permintaan juruterbang masa depan.

"Airways Aviation pada dasarnya merupakan kumpulan pendidikan & latihan yang beroperasi pada piawai antarabangsa tertinggi. Kami akan terus berusaha keras untuk mengekalkan dan meningkatkan kelebihan daya saing serta kedudukan global kami dan pada masa yang sama masih lincah serta cepat menyesuaikan diri untuk mampu beroperasi secara setempat dari negara ke negara. Model perniagaan kami adalah tersendiri dan membezakan kami daripada pelbagai segi berbanding pesaing kami. Ini jelas terutamanya melalui cara kami yang lebih mampu menampung keperluan pelajar antarabangsa kami bermula daripada peringkat pengambilan sehinggalah kepada latihan juruterbang & penyempurnaan pengajian. Airways Aviation Group sedang menjejaki mengikut perancangan dan kami akan terus membentuk serta melatih juruterbang komersil dengan piawai tertinggi bagi membantu memenuhi keperluan yang kian meningkat dalam industri penerbangan di seluruh dunia," Romy Hawatt berkata lagi – Ketua Pegawai Eksekutif Airways Aviation Global.

AirwaysAviation.com

Learntofly@airwaysaviation.com

Sumber: Airways Aviation Group

Source: Airways Aviation Group
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Education Passenger Aviation Travel New products/services