omniture

IBPO Group Berhad Melancarkan i-Connect: Program Hubungan Hartanah Terus Anda

IBPO Group
2024-11-25 15:49

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 November 2024 /PRNewswire/ -- IBPO Group Berhad ("IBPO") memperkenalkan i-Connect, satu penyelesaian hartanah dan kewangan yang komprehensif, bertujuan untuk  mentransformasikan cara rakyat Malaysia membeli, menjual, dan menguruskan hartanah kediaman mereka. Berdasarkan kepakaran IBPO dalam penyelesaian kewangan gabungan (fusion finance), i-Connect menghubungkan pembeli dan penjual dengan mudah dan memadankan mereka dengan hartanah yang sesuai — tanpa mengira latar belakang atau situasi kewangan mereka.

Pelancaran program hubungan hartanah terus terkini, i-Connect, bersama Andy Lim, Pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan IBPO Group Berhad (kanan), Nordalina Daut, Ketua Pengurusan Pengalaman Pelanggan (tengah), dan Jason Kwa, Ketua Perunding (kiri).
Pelancaran program hubungan hartanah terus terkini, i-Connect, bersama Andy Lim, Pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan IBPO Group Berhad (kanan), Nordalina Daut, Ketua Pengurusan Pengalaman Pelanggan (tengah), dan Jason Kwa, Ketua Perunding (kiri).

Program i-Connect menawarkan fleksibiliti kepada individu sama ada untuk menjual rumah mereka di samping terus mendiami kediaman tersebut atau membeli rumah baharu dengan perancangan kewangan yang lebih baik dibimbing oleh penasihat kewangan IBPO.

Melalui platform kami yang selamat dan disokong oleh rangkaian pembeli serta penjual yang dipercayai, i-Connect mempromosikan hasil yang menguntungkan bagi semua pihak.

Faedah untuk Menjual Rumah melalui i-Connect:

  • Anda boleh menginap di kediaman asal anda secara percuma selama 3 tahun tanpa membayar sewa bulanan.
  • Melindungi nilai pasaran rumah anda dengan memastikan ia dijual pada harga yang tepat.
  • Menghapuskan komitmen bulanan anda tanpa pembayaran balik.

Faedah untuk Membeli Rumah melalui i-Connect:

  • Nikmati pendapatan sewa terjamin selama 3 tahun tanpa yuran ejen.
  • Memendekkan tempoh pinjaman rumah sehingga 15 tahun.
  • Mengurangkan bayaran bulanan melalui penyatuan kewangan.

"Dalam keadaan pasaran hartanah yang mencabar pada masa ini, kekangan kewangan boleh membebankan pembeli and penjual hartanah, dan ini menghalang mereka daripada membuat keputusan yang tepat. Tetapi mengapa perlu melepaskan peluang apabila ada cara untuk meraih lebih keuntungan? Sejak pra-pelancaran program ini, kami telah menyaksikan beberapa kisah kejayaan," kata Andy Lim, Pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan IBPO Group Berhad.

Katanya lagi, "Dengan i-Connect, kami menghubungkan anda kepada penyelesaian kewangan yang strategik melalui rangkaian pelanggan dan institusi kewangan kami yang dipercayai, memastikan transaksi hartanah anda mampan dari segi kewangan. Kami memudahkan keseluruhan proses – daripada memadankan pembeli dan penjual hingga menguruskan hartanah serta memberikan panduan dalam membuat keputusan kewangan – dengan menyediakan penyelesaian serba lengkap yang fleksibel, di mana setiap langkah diuruskan dengan teliti."

Terokai penyelesaian kewangan dan program kami melalui ANIKA, chatbot perunding kewangan maya berkuasa AI yang pertama di Malaysia. Dengan pengecaman ID Wajah melalui e-KYC, ANIKA adalah 100% selamat dan boleh diakses 24/7 untuk kemudahan anda. Berinteraksi dengan ANIKA di chat.ibpo.com.my.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ibpo.com.my.

Tentang IBPO Group Berhad

IBPO Group Berhad ialah syarikat kewangan 'fusion' yang menyediakan penyelesaian kewangan holistik untuk membantu pelanggan mencapai aspirasi kewangan mereka dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Ditubuhkan pada tahun 2012, IBPO Group Berhad menjadi syarikat awam berhad pada tahun 2020.

Kami menyediakan perkhidmatan perundingan kewangan yang diperibadikan melalui Sistem Kewangan Fusion kami yang canggih, sebuah sistem teknologi kewangan ("fintech") yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan ("AI"), serta diinovasikan melalui penyelidikan dan pembangunan IT dan ANIKA, chatbot perunding kewangan maya berkuasa AI yang pertama di Malaysia.

Program kewangan kami termasuk; i-Refinancing, i-Connect, i-Console Plus, dan Pelaburan Nilai Perumahan ("Housing Value Investment"). Dapatkan penyelesaian yang diperibadikan dan disesuaikan dengan keperluan anda melalui pembiayaan semula rumah, pinjaman dan pembiayaan peribadi, pengurusan hartanah dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.ibpo.com.my.

Ikuti kami di media sosial: Facebook | Instagram | LinkedIn | YouTube @IBPO Group Berhad
Alamat: Level 28, Mercu Aspire, No. 3 Jalan Bangsar, KL Eco City 59200 Kuala Lumpur.
E-mel: contactus@ibpo.com.my 
No. Panggilan Ibu Pejabat: +603 2201 2828

 

Source: IBPO Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Real Estate Residential Real Estate Financial Technology