omniture

DLDwomen 2014: Jadilah Relevan!

Hubert Burda Media
2014-07-28 09:40 175

MUNICH, 28 Julai 2014 /PRNewswire/ --

  • Kira-kira 500 tetamu berkumpul di Haus der Kunst (Rumah Seni) Munich untuk persidangan kali kelima itu
  • Pemimpin pendapat, ahli lembaga dan juga golongan elit digital wanita telah membincangkan topik masa hadapan

Hari ini merupakan hari terakhir persidangan DLDwomen kelima, yang diadakan tahun ini di bawah tema "Relevan!". DLDwomen menerokai perspektif wanita tentang zaman digital dan pengaruhnya ke atas kehidupan dan masyarakat. Persidangan tahun ini memaparkan debat yang menarik serta arahan praktikal yang dibentangkan melalui lebih 15 bengkel.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140723/697920 )

"Kami mahu membuat persidangan itu lebih relevan secara praktikal dengan memperkenalkan bengkel dan topik berkaitan perniagaan, dan konsep ini telah membuahkan hasil sepenuhnya. Permintaan sangat tinggi, manakala penyertaan untuk bengkel pula telah habis ditempah hampir serta-merta. Topik pengekodan adalah sangat popular sehingga kami menawarkan dua sesi tambahan," kata penganjur, Steffi Czerny ketika mengulas tentang persidangan itu.

Acara DLD juga tidak akan sah tanpa sebarang kejutan. Ilse Aigner (CSU), Menteri Teknologi Negara di Bavaria telah muncul tanpa disangka-sangka di atas pentas DLDwomen pada tengah hari hari kedua persidangan itu. Beliau berjanji: Bavaria akan menjadi lebih digital.

Topik lain yang telah dibincangkan di DLDwomen 2014 termasuklah:

Kepimpinan

John Gerosa, Pengarah Jualan Google Jerman, dan Ana-Cristina Grohnert daripada Ernst & Young bercakap tentang masa hadapan pengurusan, bersama Profesor Isabell Welpe daripada TU München. Aspek yang paling penting: pemasukan – terutamanya wanita. "Pasukan bercampur jantina sememangnya akan memberikan hasil kerja yang lebih baik," jelas Gerosa. Rahsia Grohnert: "Fahami apa yang kakitangan anda fikir dan rasa. Itulah yang membantu saya untuk mencapai kedudukan saya sekarang."

Pengekodan

Adakah kita semua akan perlu belajar pengaturcaraan? Kita patut berbuat demikian, kata peserta panel "Segala-galanya tentang pengekodan" - Jocelyn Leavitt, Rachel Swidenbank dan juga Kristen Titus, yang telah dibentangkan oleh Susann Remke, Pengurus Pejabat di Burda di New York dan wartawan asing untuk Focus. Apakah yang boleh saya lakukan dengan pengaturcaraan? Rachel Swidenbank daripada Codecademy mempunyai jawapan yang mudah: "Pengaturcaraan semakin menjadi kelayakan penting." Beliau menceritakan tentang pelanggan yang berjaya menggandakan jumlah gajinya kerana kemahiran baharunya itu.

Keusahawanan / Tempat kerja masa hadapan

"Ramai orang teragak-agak untuk memulakan perniagaan kerana mereka gusar ia akan membawa mereka ke jalan mati," jelas Ann-Kristin Achleitner, Profesor Kewangan di TU München. "Kita jauh ketinggalan di belakang Lembah Silikon." Antonella Mei-Pochtler daripada Boston Consulting Group menegaskan: "Usahawan perlu dibenarkan membuat kesilapan. Kita perlu ajar ini kepada anak-anak kita sejak peringkat awal lagi." Menurut Jaleh Bisharat, zaman berulang-alik semakin menghampiri penghujungnya. Beliau bekerja untuk platform pekerjaan Elance-oDesk, yang menggaji pekerja dari seluruh dunia. Wawasan beliau: kerja tidak perlu lagi bergantung pada lokasi pada masa hadapan. Kerja digital boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan sambungan Internet.

Penjenamaan / E-Dagang

"Kita sememangnya sedang hidup dalam zaman digital," akur Stephanie Phair, ketua platform fesyen digital. Namun begitu, syarikat beliau baru sahaja menerbitkan majalah bercetak. Beliau yakin para pelanggan beliau akan terus menikmati bahan bercetak pada masa hadapan. Miroslava Duma ialah salah seorang penulis blog fesyen pertama yang berjaya mengaut keuntungan daripada blog beliau. "Kami platform pertama di Rusia yang menjual ruang iklan kepada jenama terkenal seperti Armani atau Adidas. Ramai orang tergila-gilakan fesyen baharu. Jenama besar semakin menyedari yang blog boleh memeriahkan kegilaan itu dan kami telah menikmati faedah daripadanya." Duma dan Margherita Missoni (daripada label fesyen nama yang sama) mengakui: "Kami hanya membenarkan orang ramai percaya yang kami sedang memberikan mereka pandangan ke dalam dunia kami melalui media seperti Facebook atau Instagram. Tetapi sebenarnya, kami mengawal dengan tepat cara kami mempersembahkan diri kami di dalam sana."

Mobiliti

Hildegard Wortmann, Pengurus Rekaan di BMW, telah mempersembahkan model daripada rangkaian kereta elektrik baharu, "i". Dunia automotif sudah lama ternanti-nantikan model BMW baharu ini. Para pelanggannya telah menunggu selama dua tahun penuh. "Kami mempunyai 1.3 juta peminat Facebook sebelum sesiapa pun pernah melihat kereta i3 atau kereta i8," jelas Wortmann. "Tesla telah menjadikan mobiliti elektrik perdambaan ramai." Namun begitu: masih ada perbezaan antara penjualan beberapa ribu kereta dengan penjualan seratus ribu kereta.

Sumber Manusia / Pendidikan Lanjut

Gabriele Zedlmayer daripada syarikat gergasi IT HP menjelaskan apa yang belia perlukan pada masa hadapan jika mereka mahu melancarkan kerjaya mereka: "Organisasi berpaksikan masa hadapan kini bukan sekadar menilai ijazah calon semata-mata; mereka menilai ilmu pengetahuan mereka juga." Malah pendidikan juga akan dipengaruhi pendigitalan. "Tidak lama lagi, tablet akan menjadi sebahagian yang penting daripada kurikulum sekolah," dakwa Cornelia Quennet-Thielen, Menteri di Kementerian Pendidikan. Tetapi agar perkara itu dapat berjaya dilaksanakan, "kita perlu pengajar profesional di Eropah yang boleh mengendalikan pelajaran digital."

Ketahui lebih lanjut tentang program ini dan para penceramah di DLDwomen 2014 di sini: http://dld-conference.com/DLDwomen14.

Bahan grafik tentang persidangan itu boleh didapati di http://www.flickr.com/photos/hubertburdamedia. Anda boleh menonton filem tentang DLDwomen 2014 di sini: http://youtu.be/APsKFGsYFbc

Latar Belakang:

Wanita membuat dua pertiga daripada semua keputusan pembelian, semakin melibatkan diri dalam komunikasi digital dan turut mempunyai kemahiran yang sangat berharga dalam ekonomi digital: memahami wanita serta memanfaatkan sepenuhnya peluang mereka adalah sangat relevan bagi organisasi dan jenama. Sebab itulah Hubert Burda Media telah mewujudkan DLDwomen, platform persidangan kewartawanan yang menyediakan suasana pemikiran terbuka dan kreatif bagi membincangkan peranan wanita dalam zaman digital, peralihan pasaran dan juga perubahan sosial melalui perspektif wanita.

DLD ialah platform persidangan dan inovasi antarabangsa yang dianjurkan oleh Hubert Burda Media. DLD Media mengadakan persidangan digital ulung Eropah, DLD dan DLDwomen di samping acara perangkaian antarabangsa di hab seperti Palo Alto, New York, London, Tel Aviv, Istanbul, Rio de Janeiro serta Peking. Selain kandungan persidangan, DLD media turut menerbitkan penerbitan, kajian penyelidikan serta media video dan dalam talian, menawarkan perkhidmatan perundingan kepada syarikat perkongsian, syarikat permulaan, pelabur serta institusi DLD. Pengarah Urusannya ialah Stephanie Czerny, yang telah menubuhkan bersama DLD Conference pada tahun 2005.

Maklumat Lanjut:

Dorothee Stommel
Burda Media
Komunikasi Korporat
Arabellastrasse 23
81925 Munich
Tel.: +49-89-9250-2065
E-mel: dldpress@burda.com

Source: Hubert Burda Media
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Women-related news