omniture

Tinjauan Herbalife Dedahkan Lebih Separuh Pengguna Asia Pasifik Mendapati Kumpulan Sokongan Amat Penting dalam Perjalanan Kesihatan dan Kesejahteraan Mereka

Herbalife Asia Pacific
2023-11-13 12:24 46

Herbalife Run kembali November ini untuk meraikan kuasa komuniti bagi menyokong kehidupan sihat, aktif

HONG KONG, 13 November 2023 /PRNewswire/ -- Herbalife, syarikat dan komuniti kesihatan serta kesejahteraan terulung, hari ini menerbitkan penemuan hasil daripada Asia Pacific Power of Community Survey, yang mendedahkan bahawa lebih separuh daripada responden (51%) mendapati kumpulan sokongan adalah terlalu/sangat penting dalam usaha mencapai matlamat kesihatan dan kesejahteraan mereka. Tinjauan berkenaan turut mendapati 83% responden telahpun melaksanakan matlamat kesihatan dan kesejahteraan yang ditetapkan oleh mereka bagi tahun ini, didorong terutamanya oleh keinginan untuk kekal cergas dan sihat (66%) serta untuk memperbaiki keadaan kesihatan semasa mereka (58%).

Key findings of Herbalife Asia Pacific Power of Community Survey
Key findings of Herbalife Asia Pacific Power of Community Survey

Dijalankan pada Ogos tahun ini bagi membongkar kepentingan sokongan sosial untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif, tinjauan oleh Herbalife meninjau 5,500 responden dalam 11 pasaran Asia Pasifik - Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Tinjauan berkenaan turut memberi pemahaman tentang faedah-faedah yang paling dihargai oleh responden dalam perjalanan kesihatan dan kesejahteraan mereka menerusi penyertaan kumpulan sokongan:

  • Meningkatkan motivasi dan komitmen mereka kepada matlamat kesihatan dan kesejahteraan individu (58%)
  • Meluaskan perspektif kesihatan dan kesejahteraan mereka (56%)
  • Menawarkan jaringan sumber (54%)

"Dapatan daripada tinjauan berkenaan sejajar dengan kepercayaan kami bahawa jaringan sokongan komuniti penting untuk memastikan individu komited mencapai matlamat kesihatan mereka," kata Stephen Conchie, Presiden Serantau untuk Asia Pasifik dan China di Herbalife. "Atas sebab itulah kami mengambil pendekatan berasaskan komuniti bagi membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat bersama-sama pengedar kami. Jaringan sokongan yang disediakan oleh pengedar kami kepada pelanggan mereka adalah sangat penting dalam mencapai hasil yang berkekalan. Ramai daripada mereka yang turut membuka kelab pemakanan dan menjalankan aktiviti kecergasan berkumpulan, bagi mendorong orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, aktif dalam persekitaran sosial yang mesra."

"Bagi meraikan selanjutnya kuasa komuniti dalam mendorong kehidupan yang sihat, aktif, kami mengadakan Herbalife Run untuk tahun keempat berturut-turut. Kami berharap dapat menggalakkan pengguna Asia Pasifik untuk memulakan perjalanan kesihatan mereka melalui aktiviti yang menyeronokkan dan menarik seperti ini, sambil membantu mereka memupuk komuniti yang menyokong sepanjang perjalanan," tambah Conchie.

Keberkesanan bentuk sokongan sosial yang berbeza 

Secara keseluruhan, kedua-dua komuniti bersemuka dan dalam talian dianggap berkesan dalam menyokong matlamat kesihatan dan kecergasan responden, walaupun lebih ramai daripada mereka yang lebih menyukai komuniti bersemuka, terutamanya di Australia dan Malaysia. Hal ini sebahagian besarnya disebabkan oleh manfaat bertemu rakan baharu atau meluaskan lingkungan sosial seseorang, keupayaan untuk memastikan kebertanggungjawaban berhubung tahap kemajuan mereka serta peluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti bersemuka.

Tinjauan berkenaan turut mengenal pasti individu-individu paling penting dalam menyokong kehidupan aktif yang sihat – keluarga, rakan dan rakan sekerja (42%), pengamal penjagaan kesihatan, seperti doktor dan pakar pemakanan (21%) serta individu berfikiran sealiran dengan matlamat yang serupa (19%).

Hasrat untuk menyertai kumpulan pemakanan, kecergasan atau kesejahteraan

Memandangkan sokongan sosial dilihat sebagai faktor penting bagi membantu individu tetap komited terhadap matlamat menjalani kehidupan sihat mereka, 43% responden menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kumpulan sokongan pemakanan, kecergasan atau kesejahteraan dalam 12 bulan akan datang.

Antara kumpulan demografi, Gen Z dan Milenia yang lebih muda lebih cenderung untuk menyertai kumpulan sokongan (51%), berbanding dengan Gen X dan Baby Boomer (34%). Hasrat untuk menyertai kumpulan sokongan juga jelas lebih tinggi di Vietnam (76%), Indonesia (69%) dan Filipina (68%).

Antara mereka yang berminat untuk menyertai kumpulan sokongan, 65% menyasarkan untuk menyertai komuniti kecergasan, 53% sangat berminat dengan kumpulan sokongan kesejahteraan dan 49% berminat dengan komuniti pemakanan. Keutamaan kesihatan tertinggi yang dicari oleh mereka apabila mempertimbangkan untuk menyertai kumpulan sokongan adalah seperti berikut:

  • Sentiasa bersenam untuk kekal aktif dan cergas (66%)
  • Mengekalkan berat badan yang sihat (54%)
  • Menerima lebih banyak tip berkaitan kesihatan dan kecergasan (53%)
  • Membuang tabiat gaya hidup yang negatif (52%)
  • Memperbaiki tabiat pemakanan (52%)

Live Your Best Life Herbalife Run 2023

Bagi membantu pengguna di rantau Asia Pasifik mencapai keutamaan kesihatan mereka, Herbalife mengadakan acara larian tahunannya mulai 1 hingga 30 November di Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Bertajuk Live Your Best Life Herbalife Run, cabaran larian pada tahun ini meraikan kuasa sokongan komuniti melalui aplikasi diperbaharui bagi membantu peserta berinteraksi dengan rakan pelari mereka dan bersorak untuk satu sama lain sepanjang perjalanan mereka menuju kehidupan yang aktif, sihat.

Sebagai aktiviti berasaskan aplikasi yang menarik, Herbalife Run telah mengalu-alukan lebih 54,000 peserta dari seluruh Asia Pasifik sejak tahun 2020, meliputi lebih 3,220,000 kilometer – yang bersamaan dengan mengelilingi Bumi sebanyak lebih 80 kali.

Herbalife Run akan turut menyumbang bagi mengumpul dana untuk menyokong Herbalife Nutrition Foundation dengan menyediakan pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan di Asia Pasifik melalui program Casa Herbalife utamanya.

Latar Belakang Herbalife Ltd. 

Herbalife (NYSE: HLF) ialah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan terulung yang telah mengubah kehidupan orang ramai melalui produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan untuk pengedar bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk yang disokong oleh sains kepada pengguna dalam lebih daripada 90 pasaran melalui pengedar keusahawanan yang menyediakan bimbingan secara individu dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, lebih aktif demi menjalani kehidupan mereka yang terbaik.

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Health Care/Hospital Sporting Events Sports Survey, Polls & Research Fitness/Wellness Cision Influencer List - ESG