omniture

Trickster: Persaingan untuk mendapatkan kedudukan No.1 Krismas bukanlah gurauan

Trickster
2023-11-13 18:15 39

LONDON, 13 November 2023 /PRNewswire/ -- Trickster, penyanyi dan usahawan Austria dari Linz, menerbitkan lagu Krismas klasik yang diberi nafas baharu dan digabungkan, 'Silent Night vs Santa Claus Is Coming To Town' di Trickster Recordings melalui Absolute pada 17 November 2023. Menggabungkan nostalgia dan kehangatan perayaan, lagu ini merupakan 'koktel Krismas' yang anda tidak sedar bahawa anda memerlukannya: seperti memiliki egnog. Trickster ingin membawa kegembiraan kepada setiap rumah!

Trickster
Trickster

 

Difilemkan di Pinewood Studios yang ikonik yang menerbitkan James Bond, video untuk single ini dipenuhi dengan glamor vintaj gaya 1940-an dengan beberapa orang penari terbaik di dunia mencipta semula semangat perayaan daripada pesta Krismas gaya New Orleans yang amat menarik.  Dihasilkan oleh krew yang telah menghasilkan Lord of the Rings, Mission Impossible, Independence Day dan pelbagai lagi, filem blockbuster sempena Krismas ini akan menjadi sebahagian daripada filem penuh Krismas. Lagu Krismas daripada Tricksterdijangka bakal menjadi runut bunyi terhebat untuk musim ini.

Lagu ini diterbitkan sebelum filem dengan judul yang sama daripada John Woo diterbitkan, dan walaupun kisah Tricksterlayak untuk filemnya sendiri, mari kita fokus pada muzik tersebut pada masa ini….

Diterbitkan oleh Richard Flack [Joe Strummer, Florence dan the Machine] dan Trickster sendiri, muzik kegemaran bermusim ini digabungkan dengan lancar di studio lagenda London, Angel dan RAK, dan dicampur di Abbey Road. Penerbit, Guy Chambers [Robbie Williams] juga merupakan bahagian penting dalam projek Trickster ini. Single 'Silent Night' vs 'Santa Claus Is Coming To Town' yang meriah ini menampilkan kumpulan vokal yang telah memenangi Anugerah Grammy®, The Swingles, sebuah kumpulan yang besar, manakala bahagian yang menggunakan alatan muzik bertali disusun dan diatur dengan bijak oleh Callum Au [Quincy Jones, Michael Bublé].

Dicipta dengan menggabungkan Rock, Pop, Swing dan Elektro, Trickster mengambil pendekatan rintis di mana segala-galanya merupakan satu pembaharuan yang segar dan asli. Ia sama dengan apa yang diperkatakan oleh John Woo tentang filem unik daripada beliau, 'Silent Night', "Seluruh filem ini tanpa dialog…. sebaliknya menggunakan muzik dan bukannya bahasa". Begitu juga dengan muzik Tricksteryang berbicara daripada hati. 'Silent Night vs Santa Claus Is Coming To Town' sedang mengikuti dengan hampir di belakang lagu 'Still Kicking', yang sedang meningkat naik di seluruh dunia.

Oleh itu, dapatkan Trickster Christmas untuk diri anda pada tahun ini: ia pastinya tidak membosankan! Trickster juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa album sulung beliau bakal menyusul pada tahun 2024. Pastikan Trickster berada dalam Senarai Krismas anda.

Pra-Simpan: https://slinky.to/SilentNightSantaClaus
Dengarkan Sedutan daripada Single Ini: https://youtu.be/BrzOIV-LGOI?si=_29irV6c6ZryPM5W

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2274135/Trickster.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2274136/Trickster_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Trickster
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Music