omniture

Oprah Winfrey Dicalonkan untuk 'Pet Penny Challenge' Haiwan Peliharaan, Video Kanak-kanak Berbilang Budaya Melaungkan 'Oprah' Bersama-sama Muncul di New York Times Square

XOOX
2023-11-13 22:00 56

Dijangka Membawa kepada Kempen untuk Reformasi Perundangan Berkaitan Haiwan Peliharaan

NEW YORK, 13 November 2023 /PRNewswire/ -- Sambil memegang anjing dan kucing, kanak-kanak merayu kepada Oprah Winfrey, dengan berkata, 'Oprah, tolonglah sertai kami.'

Video tersebut muncul di New York Times Square pada 11 November, yang mempertontonkan kanak-kanak menyampaikan pesanan kepada Oprah Winfrey, telahpun menjadi sensasi. Kanak-kanak meminta agar anjing Oprah Winfrey menyertai aplikasi XOOX, perkhidmatan rangkaian sosial eksklusif-haiwan peliharaan (SNS), dilancarkan pada 11 November, berdasarkan kepada cabaran kandungan bentuk pendek.

XOOX mengendalikan sistem yang mendermakan 1 sen kepada XOOX Foundation selepas pendaftaran aplikasi. Yayasan tersebut merancang untuk menggunakan dana ini untuk kempen-kempen yang memperjuangkan reformasi perundangan berkaitan haiwan peliharaan diseragamkan. Pengerusi XOOX Foundation Keith Kim menyatakan, "Undang-undang berbeza antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain lantaran perbezaan bangsa, agama, politik dan budaya, namun saya percaya bahawa undang-undang untuk melindungi haiwan peneman dapat diseragamkan di seluruh dunia." Beliau menambah, "Memandangkan undang-undang perlindungan haiwan peliharaan masih lagi lemah di banyak negara, melalui kempen, saya berharap agar undang-undang yang lebih baik dapat dicipta."

Oprah Winfrey amat terkenal lantaran kasih sayang beliau yang luar biasa untuk anjing-anjingnya, sehingga ke tahap meninggalkan harta pusaka yang banyak kepada anjing-anjing tersebut. Sebagai pengacara rancangan bual bicara yang berpengaruh di peringkat global, beliau memanfaatkan suara beliau secara konsisten untuk memperjuangkan hak yang sah bagi wanita dan warga Afrika Amerika. Kini, terdapat perhatian yang cukup besar berkaitan sama ada beliau akan memberi respons kepada hajat ikhlas kanak-kanak untuk haiwan peliharaan mereka dengan menyertai aplikasi XOOX dan haiwan yang mungkin dicalonkan oleh beliau sebagai haiwan peliharaan yang seterusnya dalam cabaran haiwan peliharaan akan datang.

XOOX ialah aplikasi yang beroperasi melalui akaun haiwan peliharaan, bukannya manusia. XOOX menyediakan fungsi perkhidmatan yang menganalisis corak di sekeliling kelopak mata dan mata haiwan peliharaan untuk mendaftarkan ID biometrik Pengecaman Wajah dan kemudiannya mengesahkan identifikasi mereka. Melalui XOOX, haiwan peliharaan boleh berkongsi kehidupan harian mereka sebagai watak utama, berinteraksi dengan pengikut dan menjadi pempengaruh dengan mengambil bahagian dalam cabaran. Selain daripada aplikasi kandungan bentuk pendeknya, XOOX memperkenalkan aplikasi haiwan peliharaan khusus, termasuk muzik eksklusif-haiwan peliharaan, kit diagnostik urin dan permainan. Di samping itu, mereka merancang untuk melancarkan aplikasi yang mengintegrasikan DNA dan MBTI haiwan peliharaan, yang dibina berdasarkan pelancaran aplikasi kit diagnostik urin haiwan peliharaan yang dibangunkan dengan kerjasama Medical Cloud, sebuah syarikat analisis genetik global yang berasaskan kepada teknologi NGS.

Syarikat: XOOX LAB,INC
Alamat Laman Web: www.xoox.pet 
 
Individu untuk Dihubungi: Kristen Kim
Alamat emel: Press@xoox.pet

Source: XOOX
Related Stocks:
Korea:035720 Korea:035720.KS
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Telecommunications Animals/Pets New products/services DEI Page