omniture

The Peninsula Boutique Mula Dibuka di Singapura

The Peninsula Boutique
2014-07-29 11:00 212

HONG KONG, 29 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Peninsula Merchandising Limited dan Star Express Merchandising Pte Ltd, pengedar barang dagangan Peninsula dan pengendali The Peninsula Boutique di Singapura, dengan bangganya mengumumkan pembukaan butik pertama mereka di Singapura pada 29 Julai 2014 di ION Orchard – destinasi membeli-belah utama negara ini. The Peninsula Boutique akan menawarkan pilihan juadah terbaik untuk Singapura, termasuklah coklat Switzerland terkenal, teh campuran dan kopi Peninsula yang enak, biskut dan kek yang lazat berserta sos Cili XO yang terkemuka. Pilihan hadiah menarik untuk setiap majlis akan turut disediakan.

The Peninsula Boutique at ION Orchard, Singapore
The Peninsula Boutique at ION Orchard, Singapore

Membawakan barang dagangan eksklusif daripada The Peninsula Hotels, yang menyediakan hospitaliti Timur dan Barat terbaik dalam suasana perkhidmatan yang tiada tandingannya bermula dengan hotel kemegahannya, The Peninsula Hong Kong, pada tahun 1920-an. Kumpulan ini dikhususkan untuk menyediakan keselesaan mewah, kemudahan moden serta teknologi intuitif digabungkan dengan perkhidmatan peribadi yang luar biasa.

Rangkaian The Peninsula Hotels mula menjual barang dagangan terkenal miliknya di Singapura pada tahun 2008 menerusi pelancaran kuih bulan gourmet di beberapa kedai runcit terpilih sepanjang Pesta Pertengahan Musim Luruh. Dengan pembukaan butik baharu ini, para pelanggan kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah di Peninsula sepanjang tahun di Singapura, serta menikmati kuih bulan yang baru tiba di kedai.

Bagi meraikan pembukaan butik baharu ini, The Peninsula Boutique di ION Orchard akan menawarkan hadiah menarik untuk sesiapa yang berbelanja melebihi SGD 50. Hadiah akan ditawarkan pada tiga peringkat bermula pada 7 Ogos 2014 hingga 1 Januari 2015.

Para pemenang hadiah pertama akan menerima pakej hotel untuk dua orang di The Peninsula Hong Kong, The Peninsula Beijing atau The Peninsula Tokyo untuk tempoh berbeza. Hadiah lain termasuk hamper menarik bernilai SGD 300 sehingga SGD 500.

Bagi mendapatkan butiran lanjut tentang penyertaan, sila berkunjung ke The Peninsula Boutique di B1-13 ION Orchard, 2 Orchard Turn, Singapura 238801, telefon +65-6835-9798, atau e-mel peninsulaboutique@starexpress.com.sg.

The Peninsula Boutique turut berada di Hong Kong, tanah besar China, Jepun, Filipina, Taiwan, Thailand serta Amerika Syarikat.

Syarikat subsidiari milik The Hongkong and Shanghai Hotels, Limited, Peninsula Merchandising Limited mengedarkan barang dagangan Peninsula dan lesen The Peninsula Boutique di pintu masuk utama Asia.

Cawangan The Peninsula Boutique terletak di The Peninsula Hong Kong, The Peninsula Beijing, The Peninsula Shanghai, The Peninsula Tokyo, The Peninsula Manila, The Peninsula Bangkok serta The Peninsula Chicago. Barang dagangan Peninsula juga boleh didapati melalui cawangan The Peninsula Boutique di seluruh Asia termasuk Hong Kong, Beijing, Fukuoka, Hiroshima, Osaka, Tokyo, Yokohama, Singapura dan juga Taipei.

Kedai The Peninsula Boutique & Cafe terletak di The Peninsula Tokyo.

Pelbagai pilihan barang dagangan juga boleh dibeli secara dalam talian dan dihantar ke Hong Kong, Jepun, Korea serta Taiwan melalui peninsulaboutique.com.

Setelah ditubuhkan pada tahun 1866 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong (00045), The Hongkong and Shanghai Hotels, Limited merupakan syarikat induk kumpulan yang terlibat dalam pemilikan, pembangunan dan juga pengurusan hotel berprestij serta harta tanah komersil dan kediaman di lokasi utama Asia, Amerika Syarikat dan juga Eropah, selain peruntukan untuk pelancongan dan hiburan, pengurusan kelab serta perkhidmatan lain. Portfolio The Peninsula Hotels terdiri daripada The Peninsula Hong Kong, The Peninsula Shanghai, The Peninsula Beijing, The Peninsula Tokyo, The Peninsula New York, The Peninsula Chicago, The Peninsula Beverly Hills, The Peninsula Bangkok, The Peninsula Manila dan juga The Peninsula Paris (dijangka dibuka pada tahun 2014). Projek yang sedang dibangunkan termasuk The Peninsula London dan The Peninsula Yangon. Portfolio harta tanah kumpulan pula terdiri daripada The Repulse Bay Complex, The Peak Tower, The Peak Tramways serta Bangunan St. John di Hong Kong; The Landmark di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam; Thai Country Club di Bangkok, Thailand, dan juga 21 avenue Kleber di Paris, Perancis.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140722/8521404150

Source: The Peninsula Boutique
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services