omniture

Fasa seterusnya dalam sektor penerbangan muncul apabila Riyadh Air mendedahkan reka bentuk dwi-livery kekal yang kedua di Pertunjukan Udara Dubai

Riyadh Air
2023-11-13 22:24 98

DUBAI, UAE, 13 November 2023 /PRNewswire/ -- Fasa seterusnya dalam sektor penerbangan telah muncul apabila Riyadh Air iaitu syarikat penerbangan baharu Arab Saudi bertaraf dunia yang dimiliki sepenuhnya oleh Public Investment Fund (PIF) yang bakal beroperasi pada tahun 2025, mendedahkan reka bentuk dwi-livery kekal yang kedua di Pertunjukan Udara Dubai 2023.

Riyadh Air Image 1
Riyadh Air Image 1

Livery terkini ini meneruskan tema warna indigo Riyadh Air dengan garisan menarik yang diilhamkan daripada tenda berpintal khemah suku Badwi tradisional dan lekuk kaligrafi Arab yang elegan. Penampilan baharu yang berani ini menampilkan reka bentuk tingkap kokpit yang menyeluruh, dengan tema warna indigo lambangnya yang kontras dengan fiuslaj berwarna-warni lembut yang unik dengan begitu cantik yang mencerminkan kesucian dan wawasan Arab Saudi yang berfokuskan masa depan.

Dengan wawasan untuk membentuk masa depan sektor perjalanan udara, Riyadh Air telah mengumumkan livery pertamanya di Pertunjukan Udara Paris pada bulan Jun tahun ini setelah menerima Kod Penunjuk Syarikat Penerbangan daripada IATA (RX) sebelum ini serta menandatangani sebuah perjanjian besar untuk 90 buah enjin GEnx bagi menguasakan armadanya, susulan pesanan yang besar sebanyak 72 buah pesawat Boeing 787-9 Dreamliners yang dilakukan pada bulan Mac lepas.

Livery kedua yang amat canggih ini akan menyaksikan pesawat Riyadh Air dihiasi dengan cat berwarna lavender dan indigo yang menampilkan reka bentuk seperti bulu berhampiran bahagian belakang fiuslaj dan tulisan 'Riyadh Air' ditulis dalam bahasa Inggeris dan Arab serta logo tanda dagangan syarikat penerbangan ini pada bahagian ekor, enjin dan perut pesawat. Livery kedua menggambarkan cita-cita Arab Saudi yang berfikiran ke hadapan dengan menggunakan warna yang berwarna-warni untuk menambah sentuhan moden kepada reka bentuk yang inovatif tersebut, bersama-sama dengan teks tebal yang berliku-liku yang menjadikan Riyadh Air boleh dikenali dengan serta-merta sama ada di atas tanah atau di langit.

Dilancarkan pada bulan Mac 2023 oleh Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota, Perdana Menteri dan Pengerusi Public Investment Fund (PIF), Riyadh Air bermatlamat untuk menjadi syarikat penerbangan yang paling berfikiran ke hadapan di dunia yang mengamalkan amalan kelestarian terbaik, meningkatkan sektor perjalanan udara dan menetapkan piawaian baharu untuk kebolehpercayaan, keselesaan dan hospitaliti. Sebagai pemangkin untuk Strategi Pengangkutan dan Logistik Kebangsaan yang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan di Arab Saudi yang lebih luas bagi mencapai matlamat Wawasan 2030, Riyadh Air bersedia untuk terbang ke lebih 100 buah destinasi yang bakal menyumbang kepada pertumbuhan KDNK bukan minyak KSA sebanyak USD20 bilion dan mewujudkan lebih 200,000 pekerjaan baharu secara langsung dan tidak langsung di peringkat global dan tempatan.

Tony Douglas, Ketua Pegawai Eksekutif, Riyadh Air menyatakan livery kedua ini merupakan satu lagi pernyataan hasrat daripada syarikat penerbangan baharu tersebut, "Sebagai syarikat pemula terbesar dalam sektor penerbangan komersial dalam beberapa dekad, kami berbesar hati untuk mengumumkan livery kedua Riyadh Air ke dunia yang dapat dikenali dengan serta-merta apabila ia mula beroperasi pada tahun 2025 memandangkan kami menjadi salah sebuah syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang mempunyai dwi-livery kekal pada armada pesawat yang aktif."

"Selepas pelancaran awal kami pada bulan Mac lepas, kami telah mencapai kemajuan luar biasa yang mencecah beberapa pencapaian utama untuk jenama ini melalui pandangan yang obsesif terhadap perincian, pemikiran jati digital dan komitmen untuk mengamalkan amalan terbaik kelestarian industri. Kami telah mendedahkan livery pertama yang mendapat pujian di seluruh dunia, mengumumkan pesanan armada untuk pesawat badan lebar kami dan menandatangani beberapa kerjasama baharu yang hebat. Livery kedua yang ikonik ini merupakan pencapaian terbaharu untuk Riyadh Air ketika kami membentuk dan membawa pembaharuan kepada masa depan sektor perjalanan udara dan penerbangan, dengan banyak lagi pencapaian yang akan dicapai," tambah beliau.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2274812/Riyadh_Air_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2274811/Riyadh_Air_2.jpg?p=medium600

Riyadh Air Image 2
Riyadh Air Image 2

 

Source: Riyadh Air
Keywords: Airlines/Aviation Travel New products/services