omniture

Perusahaan mesti Membayangkan Semula diri sendiri untuk Ekonomi Pengguna Digital

Tata Consultancy Services menggesa perniagaan untuk menerima Pembayangan Semula Digital, berikutan pelancaran Laporan Arah Aliran Global terkini
Tata Consultancy Services
2014-07-29 13:15 140

MUMBAI, India, 29 Julai 2014 /PRNewswire/ --

Penemuan penting:

  • Agar dapat mengelak daripada menerima nasib yang sama seperti sebilangan besar syarikat yang dahulunya berkuasa, firma mesti memulakan Pembayangan Semula Digital; menukar model perniagaan teras mereka, produk dan perkhidmatan, proses perniagaan serta tempat kerja. Lapan peratus mengatakan itu sudah menjadi strategi digital mereka hari ini sementara hampir satu pertiga daripadanya berkata Pembayangan Semula Digital akan dijadikan strategi mereka menjelang tahun 2020
  • Perusahaan merentasi industri dan rantau sedang membuat pelaburan besar dalam inisiatif digital – secara puratanya $113 juta tahun ini – memandangkan 70 peratus pula melihatnya sebagai penting untuk kejayaan perniagaan dekad ini
  • Lima puluh tujuh peratus Pemimpin1 digital telah mempunyai strategi seluruh syarikat yang memandu semua inisiatif digital mereka, yang merupakan apa yang diamalkan dalam hanya 40 peratus daripada Pengikut1 digital

Memandangkan kita memasuki Ekonomi Pengguna Digital, perusahaan sedang mengiktiraf kepentingan inisiatif digital untuk kejayaan mereka. Perniagaan yang melihat pulangan paling hebat daripada inisiatif digital mereka, Pemimpinmempunyai satu strategi bersatu yang memandu semua inisiatif digital mereka, menurut Laporan Arah Aliran Global2 terkini daripada Tata Consultancy Services (BSE: 532540, NSE: TCS), organisasi perkhidmatan IT, khidmat rundingan dan juga penyelesaian perniagaan yang ulung.

Laporan itu yang bertajuk 'Jalan Menuju Pembayangan Semula: Keadaan dan Pertaruhan Tinggi Inisiatif Digital', telah mengkaji selidik lebih 800 syarikat3 global tentang pelaburan mereka dalam aspek digital setakat ini, pulangan pelaburan yang telah mereka saksikan dan juga jangkaan mereka untuk masa hadapan. Memandangkan kita memasuki Ekonomi Pengguna Digital, kajian itu menerokai bagaimana syarikat Global 2000 sedang menggunakan lima teknologi transformatif – Data Besar dan analisis; pengkomputeran awan; pengkomputeran mudah alih dan menyeluruh; media sosial; robotik serta Kecerdasan Buatan (AI) – untuk bergerak ke hadapan menuju Pembayangan Semula Digital; menukar model perniagaan teras mereka, produk dan juga perkhidmatan, proses perniagaan serta tempat kerja.

Setelah diminta untuk memberi komen tentang penemuan itu, N Chandrasekaran (Chandra), Ketua Pegawai Eksekutif Tata Consultancy Services berkata: "Ekonomi dunia sedang mengalami peralihan tektonik daripada Ekonomi Internet menjadi Ekonomi Pengguna Digital. Lima teknologi digital penting sedang memacu peralihan ini; Data Besar dan analisis; pengkomputeran awan; pengkomputeran mudah alih dan menyeluruh; media sosial; robotik serta Kecerdasan Buatan (AI). Secara berasingan, semua teknologi ini sudah tentunya sangat kuat, tetapi apabila ia digabungkan, ia mempunyai potensi untuk mengubah secara asasnya cara perusahaan membangunkan produk, memasarkan diri mereka dan turut melibatkan diri dengan pelanggan merentasi setiap industri utama."

Namun begitu, dengan begitu banyak yang dipertaruhkan, adalah penting untuk perniagaan menumpukan aktiviti mereka dalam ruang ini ke atas objektif perniagaan yang betul. Pendekatan ini jelas merupakan cara yang terbaik untuk memaksimumkan pulangan pelaburan, dan walaupun ini sukar dilakukan, perniagaan yang boleh melaksanakannya dengan baik berada dalam kedudukan yang sempurna untuk terus hidup dan berjaya dalam ekonomi berpandukan digital yang baharu ini."

Antara penemuan penting daripada laporan itu ialah:

Pemimpin Digital mempunyai satu rancangan untuk Ekonomi Pengguna Digital

  • Pemimpin menumpukan usaha digital mereka ke atas bilangan kemampuan perniagaan yang lebih kecil, 57 peratus, sementara Pengikut pula cenderung membahagikan usaha mereka secara menyerpih antara sebilangan besar matlamat perniagaan.
  • Pemimpin telah mencapai kemampuan yang hebat dalam memahami apa yang pelanggan mahukan dalam tiga bidang:
    • Mengenal pasti keperluan pelanggan untuk produk atau perkhidmatan yang baharu sepenuhnya (61 peratus daripada Pemimpin melawan 34 peratus daripada Pengikut telah berbuat demikian.)
    • Memperbaiki ramalan permintaan (33 peratus melawan 18 peratus).
    • Menyuai khusus tawaran menjadi segmen pelanggan yang lebih kecil dan terperinci (30 peratus berbanding 17 peratus).
  • Pemimpin adalah sekali ganda lebih berkemungkinan tinggi telah membawakan tawaran digital yang baharu sepenuhnya ke pasaran berbanding Pengikut (89 peratus daripada Pemimpin telah melakukannya melawan hanya 48 peratus daripada Pengikut).

Menyampaikan maklumat pelanggan dijadikan keutamaan teratas

  • Pemimpin Digital lebih berkemungkinan tinggi untuk menumpukan usaha mereka untuk menggunakan teknologi digital bagi menyampaikan maklumat yang lebih mendalam tentang kelakuan dan jangkaan pelanggan: 74 peratus daripada pemimpin digital bertumpu pada usaha menggunakan inisiatif digital bagi meramal permintaan untuk produk atau perkhidmatan mereka dengan lebih tepat, dengan 66 peratus daripadanya mengutamakan inisiatif yang membenarkan mereka memantau bagaimana para pelanggan sedang menggunakan produk atau perkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan untuk tawaran baharu.
  • Mendapatkan maklumat lebih mendalam dengan menggunakan Data Besar juga merupakan tumpuan terbesar untuk pelaburan yang lebih meluas. Perniagaan dijangka akan membelanjakan lebih daripada belanjawan digital mereka ke atas Data Besar berbanding apa jua teknologi lain. Dalam masa tiga tahun seterusnya, 28 peratus daripada semua pelaburan digital akan dibelanjakan ke atas teknologi Data Besar dibandingkan dengan 20 peratus ke atas media sosial, 20 peratus ke atas mudah alih, 19 peratus ke atas pengkomputeran awan manakala 13 peratus pula ke atas AI dan robotik.
  • Buat masa kini, perniagaan kebanyakannya bergantung ke atas app mudah alih dan analisis media sosial sebagai sumber data tentang pelanggan mereka: kedua-dua teknologi ini digunakan oleh 50 peratus daripada responden. Namun begitu, teknologi boleh pakai dijangka akan menjadi sumber utama untuk data pelanggan dengan 62 peratus perniagaan merancang untuk mengumpul data daripada peranti digital boleh pakai menjelang tahun 2020.

Pembayangan Semula Digital adalah paling genting untuk syarikat dengan keamatan digital tertinggi

  • Perusahaan media dan hiburan; telekomunikasi; teknologi tinggi; perbankan; insurans serta perkhidmatan kewangan mempunyai potensi untuk mendigitkan tawaran teras mereka, proses perniagaan (terutamanya pemasaran, jualan, serta pengedaran), dan pengalaman pelanggan.
  • Mengakui kegentingan bagi keperluan untuk melabur dalam Pembayangan Semula Digital, telekomunikasi, dan perbankan, insurans serta perkhidmatan kewangan sedang melabur paling banyak dalam aktiviti digital, masing-masing sebanyak $189 juta dan $142 juta.

Chandra berkata lagi: "Laporan kami menunjukkan perusahaan mengakui kepentingan inisiatif digital, 70 peratus. Seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin digital yang berbicara dengan kami, perusahaan yang melabur dalam aktiviti digital akan berusaha sebaik-baiknya untuk mengerjakan satu strategi digital tertumpu, menuju ke arah Pembayangan Semula Digital."

Kami telah mengenal pasti Pemimpin sebagai mereka yang mempunyai inisiatif yang telah meningkatkan hasil sepuluh kali lebih banyak berbanding inisiatif digital kumpulan peserta kaji selidik yang kami rujuk sebagai Pengikut

2 

Sebelum penyelidikan ini, bermula pada tahun 2011, TCS telah menjalankan empat Laporan Arah Aliran Global berkenaan teknologi digital berikut:


- Keadaan Penggunaan Aplikasi Awan dalam Perusahaan Besar


- Pengguna Mudah Alih Digital Baharu: Bagaimana Syarikat Besar Memberi Respon


- Pulangan Besar Baru Muncul daripada Data Besar


- Menguasai Maklum Balas Digital: Bagaimana Syarikat Pengguna Terbaik Menggunakan Media Sosial

3 

Sejumlah 820 eksekutif telah dikaji selidik daripada perniagaan besar merentasi 13 industri di Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin serta Asia Pasifik. Hasil tahunan purata untuk perniagaan yang turut serta adalah $25.8 bilion.

Source: Tata Consultancy Services
Related Stocks:
Bombay:532540
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Survey, Polls & Research