omniture

Berkembang Maju dengan Digital, Mempercepatkan Kecerdasan untuk Kuasa Elektrik

Huawei
2023-11-14 04:27 56

David Sun, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Electric Power Digitalization BU Huawei

SHENZHEN, China, 14 November 2023 /PRNewswire/ -- Meningkatkan produktiviti digital memerlukan pembinaan keupayaan teras yang sistematik. Menaik taraf kuasa pengkomputeran dan kapasiti transmisi adalah amat penting khususnya untuk mempercepatkan pembinaan sistem kuasa baharu.

1. Membina sistem kuasa baharu berpusatkan kepada kuasa elektrik dan pengkomputeran

Tenaga baharu akan membuat perubahan besar kepada bentuk, ciri dan mekanisme sistem kuasa tradisional. Integrasi dan pembangunan kolaboratif sistem storan-beban-grid-sumber kuasa meletakkan keperluan yang lebih tinggi kepada kuasa elektrik pintar. Bermula daripada pengkomputeran am hingga pengkomputeran AI dan daripada pengkomputeran titik-tunggal kepada pengkomputeran kolaboratif peranti-pinggir-awan, seni bina pengkomputeran sistematik diperlukan untuk mencapai kecerdasan digital dan meraih hasil. Berdasarkan kepada gaya tadbir urus yang tipikal dengan perusahaan kuasa, kami mencadangkan seni bina Spark dengan sinergi peranti-pinggir-awan. Seni bina ini membantu syarikat kuasa membina HQ profesional dan berorientasikan perkhidmatan, sistem perniagaan terpusat dan tapak tanpa kakitangan/kurang kakitangan.

2. Transmisi berkuasa merupakan jaminan

Transmisi merupakan kunci komunikasi. Kita perlu menyediakan kapasiti transmisi yang lebih maju lebih awal dan bukannya kemudian. Penting untuk kekal selangkah di hadapan persaingan. Dalam masa yang sama, kita perlu mencari teknologi komunikasi yang tepat untuk senario yang berbeza.

Hanya apabila sambungan atas permintaan, selamat dan lancar tersedia dalam setiap aspek, barulah kita dapat mengalami kecerdasan pada hujung jari kita.

3. Inovasi merupakan titik permulaan bagi meningkatkan produktiviti. Inovasi seni bina, inovasi model dan inovasi ekosistem adalah sangat penting

Inovasi seni bina: Bermula daripada seni bina rujukan transformasi digital perusahaan hinggalah seni bina teknikal, termasuk seni bina pengkomputeran dan seni bina rangkaian komunikasi sasaran, inovasi perlu meliputi setiap lapisan.

Inovasi model: Dengan membangunkan model baharu perniagaan dan teknologi digital bersepadu, kita boleh merapatkan jurang antara perniagaan dan teknologi digital, membawa pencapaian yang bersejarah kepada masa depan dan membantu syarikat kuasa menuju digital tatkala mereka berkembang dengan pesat. Kuncinya terletak pada pemerkasaan pakar kuasa dengan maklumat pakar yang terkini, menurunkan ambang untuk pendigitalan serta menggabungkan dan merangsang kreativiti semua pekerja.

Inovasi ekosistem: Mod Costa Rica terbuka yang dicadangkan oleh James Moor adalah lebih sesuai untuk industri ini. Model ekosistem terbuka membolehkan semua orang untuk menyerlahkan dan berkongsi kekuatan masing-masing dan dalam masa yang sama turut berkongsi keupayaan industri dan rentas industri dalam kalangan semua peserta.

Senario digital ditakrifkan secara bersama oleh syarikat kuasa, kumpulan pemikir dan organisasi industri. Pendigitalan ialah projek sistematik yang bukan sahaja memerlukan penyedia dan penyepadu penyelesaian yang berkeupayaan, tetapi juga vendor dan rakan kongsi ICT — kesemuanya mempunyai peranan untuk dimainkan dalam kempen yang mencabar ini.

Huawei komited untuk meletakkan asas buat China Digital dan menyediakan Satu Lagi Pilihan Indah kepada dunia. Kami memberi tumpuan kepada kemahiran kami dalam bidang digital dan bekerjasama dengan pelanggan serta rakan kongsi industri bagi membina masa depan kuasa elektrik pintar yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://e.huawei.com/en/industries/grid.

HUBUNGI: hwebgcomms@huawei.com 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Electrical Utilities Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things