PHILADELPHIA, 14 November 2023 /PRNewswire/ -- Rx-360 dengan sukacitanya mengumumkan bahawa keahlian konsortium yang diketuai oleh ahli utama Kumpulan Kerja Kualiti Pembekal telah mengeluarkan dua kertas kerja baharu pada minggu ini untuk membantu mendorong amalan terbaik dalam integriti rantaian bekalan farmaseutikal dan keselamatan pesakit.
Dua kertas kerja yang telah dikeluarkan ialah "Elemen Kualiti untuk Pembekal Produk atau Perkhidmatan kepada Syarikat Dikawal GMP" dan "Pengurusan Vendor Penting (Versi 2.0)". Kedua-dua kertas kerja ini menandakan pencapaian penting dalam perkembangan berterusan Rx-360 sebagai konsortium bukan untung yang didorong oleh ahli
Jim Fries, Ketua Pegawai Eksekutif Rx-360 mengulas, "Adalah amat membanggakan apabila menyaksikan rakan-rakan industri bekerjasama untuk membangun dan melancarkan penerbitan amalan terbaik. Kita semua tahu bahawa keselamatan pesakit adalah amat penting apabila ia melibatkan pembangunan dan pengkomersialan produk farmaseutikal dan kedua-dua kertas kerja ini menunjukkan komitmen industri terhadap integriti rantaian bekalan."
Kedua-dua kertas kerja ini memberi tumpuan kepada topik-topik seperti mengenal pasti vendor penting, penilaian risiko, menganalisis integriti data dan sepuluh prinsip utama GMP.
Kedua-dua kertas kerja ini boleh dimuat turun dari laman web Rx-360 (www.rx-360.org) atau dengan menghubungi konsortium di info@rx-360.org.
Tentang Rx-360:
Rx-360 ialah sebuah konsortium bukan untung antarabangsa bagi rantaian bekalan farmaseutikal yang telah dibentuk pada tahun 2009 untuk menyokong komitmen seluruh industri demi memastikan keselamatan pesakit dengan meningkatkan kualiti dan ketulenan di seluruh rantaian bekalan. Misi organisasi ini adalah untuk melindungi keselamatan pesakit dengan berkongsi maklumat dan membangunkan proses yang berkaitan dengan integriti rantaian bekalan penjagaan kesihatan dan kualiti bahan dalam rantaian bekalan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rx-360, sila layari http://www.Rx-360.org atau e-mel kepada info@rx-360.org.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/713086/Rx_360_Logo.jpg?p=medium600