omniture

YOTEL MENERUSKAN PERTUMBUHAN DI ASIA DENGAN MENANDATANGANI HOTEL PERTAMA DI MALAYSIA

YOTEL
2023-11-14 11:38 23

Ditetapkan untuk dibuka pada musim panas tahun 2025, YOTEL Kuala Lumpur bakal terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 November 2023 /PRNewswire/ -- YOTEL, melalui kerjasama dengan High Steet Holdings, telah mengumumkan penampilan sulungnya di Malaysia dengan pemeteraian perjanjian YOTEL Kuala Lumpur, sebuah hotel 290 bilik yang terletak di tengah-tengah Daerah Pusat Perniagaan ibu negara ini. Berita mengenai pembukaan ini mengukuhkan komitmen jenama tersebut untuk berkembang di rantau ini dan di seluruh dunia.

YOTEL Kuala Lumpur Exterior
YOTEL Kuala Lumpur Exterior

Diunjurkan bakal dibuka pada musim panas tahun 2025, YOTEL Kuala Lumpur akan terletak di lokasi utama di daerah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), di Segitiga Emas yang terkenal di bandar ini. Terletak di lokasi yang diidamkan untuk para pelancong perniagaan dan percutian, hotel ini hanya beberapa langkah dari Menara Petronas yang ikonik, pejabat KLCC – yang menempatkan syarikat terbesar di Malaysia – dan Pusat Konvensyen KL serta pusat beli-belah. Hotel ini juga akan berada dalam jarak berjalan kaki dari pusat beli-belah dan hiburan Bukit Bintang yang popular. Selain itu, Stesen Monorail Raja Chulan dan Stesen MRT Bukit Bintang terletak berhampiran yang menghubungkan para tetamu dengan lancar dan mudah ke kawasan lain di bandar ini serta menyediakan sambungan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rancangan untuk hotel ini yang akan menjadi sebahagian daripada pembangunan guna campur termasuk sebuah kolam renang dan sebuah bar atas bumbung yang menawarkan pemandangan latar langit bandar ini serta kemudahan istimewa YOTEL, termasuk ruang makan pelbagai fungsi dan ruang kerja bersama, Komyuniti, sebuah pusat kecergasan dan stesen snek Grab + Go.

Daniel Yip, Rakan Kongsi High Street Holdings berkata, "Kami amat berbesar hati dan teruja untuk bekerjasama dengan salah sebuah jenama industri hotel yang paling inovatif. YOTEL telah membuktikan bahawa dengan reka bentuk pintar yang moden dan lestari serta penggunaan teknologi yang kreatif, ia merupakan jenama yang sangat menarik untuk para tetamu dan juga pemilik hartanah.

Kuala Lumpur ialah sebuah bandaraya yang meriah dengan pelbagai pilihan hotel dan penambahan Yotel akan membawa jenis tawaran baharu ke pusat bandaraya ini, yang kami yakin akan menarik tetamu perniagaan dan juga tetamu percutian."

Hubert Viriot, Ketua Pegawai Eksekutif YOTEL mengulas: "Berikutan kejayaan YOTEL Orchard Road dan YOTELAir Changi Airport di Singapura, maka mengembangkan jenama kami di Malaysia merupakan bahagian penting dalam pengembangan kluster operasi, strategi pengedaran dan kesedaran jenama kami di Asia Tenggara. Kami bertuah kerana telah dipilih oleh High Street Holdings untuk mengendalikan hotel baharu ini di Kuala Lumpur, yang akan menjadi lambang sebenar bagi jenama kami dan kami berharap ia menjadi yang pertama daripada banyak lagi hotel kami di seluruh Malaysia.

Asia terus menjadi wilayah utama bagi pertumbuhan kami dan dengan Kuala Lumpur menyertai perancangan tersebut bersama-sama dengan Tokyo dan Bangkok, kami melipatgandakan jejak semasa kami di rantau ini dan berasa teruja untuk meningkatkan lagi portfolio".

Untuk maklumat lanjut tentang YOTEL, sila layari www.yotel.com.

TENTANG YOTEL
Dengan 22 hartanah di lokasi yang diidamkan di seluruh dunia, YOTEL adalah untuk mereka yang sedang dalam perjalanan. Mereka yang mahukan pengalaman, berusaha serta memperoleh pencapaian; Tanpa Henti. Dari bandaraya hingga lapangan terbang yang sibuk, YOTEL diwujudkan untuk mencabar status quo industri hospitaliti dan menawarkan pengalaman yang berbeza kepada para tetamu melalui reka bentuk pintar, teknologi kreatif dan kakitangan yang hebat. YOTEL ialah hentian untuk mereka yang Tidak Pernah Berhenti.

Jenama hospitaliti global ini berpangkalan di London dengan pejabat serantau di AS dan Asia serta mempunyai portfolio tiga jenama: YOTEL (hotel pusat bandaraya), YOTELPAD (pilihan penginapan lanjutan) dan YOTELAIR (hotel lapangan terbang). Syarikat ini mengendalikan empat belas buah hotel pusat bandaraya di New York, Boston, San Francisco, Washington DC, Miami, Singapura, Edinburgh, London (2), Amsterdam, Porto, Glasgow, Manchester dan Park City serta enam buah hotel lapangan terbang di London Gatwick, Amsterdam Schiphol, Paris, Charles de Gaulle, Lapangan Terbang Istanbul (2) dan Changi, Singapura.

Pemegang saham utama YOTEL termasuk ahli gabungan terkawal, Starwood Capital Group, Talal Jassim Al-Bahar Group, United Investment Portugal dan Kuwait Real Estate Company (AQARAT).

YOTEL pada asalnya dicipta oleh pengasas YO!, Simon Woodroffe OBE yang mendapat inspirasi daripada pengalaman perjalanan kelas pertama serta menterjemahkan etos, bahasa dan reka bentuk tersebut kepada bilik-bilik yang kecil tetapi direka bentuk dengan cantik. www.yo.co.uk.

TENTANG HIGH STREET HOLDINGS
High Street Holdings ialah sebuah syarikat pengurusan aset dan pelaburan hartanah butik. Syarikat ini mempunyai lapan buah hartanah di bawah pengurusan/pembangunan di Singapura, Malaysia, Australia dan Jepun pada masa ini. Tumpuan High Street Holdings adalah untuk melabur dalam hotel pertengahan hingga hotel kelas tinggi yang berkualiti dan terletak di lokasi strategik untuk menghasilkan pendapatan jangka panjang yang mampan dan meningkatkan nilai aset melalui inisiatif pengurusan aset yang strategik.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2274853/YOTEL.jpg?p=medium600
Logo -  https://mma.prnasia.com/media2/1861362/Yotel_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: YOTEL
Keywords: Hotels and Resorts Real Estate Travel Corporate Expansion New products/services