omniture

Dengan wafer lebih besar, produk ASTRO N7 Astronergy turunkan kos stesen janakuasa PV ke tahap lebih rendah

Astronergy
2023-11-14 17:00 115

HANGZHOU, China, 14 November 2023 /PRNewswire/ -- Astronergy, perintis bagi modul PV TOPCon jenis-n, mengumumkan bahawa siri produk ASTRO N7 TOPCon syarikat ini menambah barisan produk baharu untuk produk 66-sel segi empat tepat dan bersedia untuk dikeluarkan secara besar-besaran, menawarkan satu lagi pilihan hebat kepada pelanggan untuk menikmati keuntungan yang lebih tinggi dan kos sistem solar yang lebih rendah.

A poster showcases the ASTRO N7 66-cell product with rectangular silicon wafers.
A poster showcases the ASTRO N7 66-cell product with rectangular silicon wafers.

Sebagai lanjutan daripada produk siri ASTRO N7 syarikat ini, produk TOPCon 66-sel masih dikilangkan berdasarkan kepada teknologi sel TOPCon 3.0 Astronergy yang dibangunkan secara bebas dan teknologi pemprosesan sel SMBB termaju yang dapat mengupayakan purata kecekapan sel sebanyak lebih 25.7%.

Salah satu perbezaan utama yang menjadikan produk ini unik ialah wafer silikon segi empat tepat jenis-n 210mm yang digunakan oleh produk ini. Berbanding dengan wafer M10 arus perdana dalam pasaran, ruang wafer 182*210mm meningkat sebanyak lebih 15.6%, supaya ia dapat meningkatkan kecekapan sel dan modul serta mengurangkan kos setiap watt.

Di bawah saiz modul terpiawai yang ditetapkan sebelum ini oleh Astronergy serta para pengusaha industri PV lain yang terkemuka, 66 unit sel segi empat tepat dijangka membolehkan produk 66-sel ASTRO N7 mencapai kuasa melebihi 615W dan kecekapan penukaran lebih 22.8%, yang mana kedua-duanya berada di peringkat teratas dalam industri ini.

Bagi pelanggan sistem solar berskala utiliti, produk 66-sel ASTRO N7 memiliki kos BOS yang lebih rendah berbanding modul wafer persegi 182mm dan ciri-ciri voltan rendah pada produk dapat membawa faedah kepada reka bentuk sistem solar.

Tumpuan untuk menawarkan produk tip kepada pelanggan di seluruh dunia, produk 66-sel turut didayakan dengan kaca kepancaran tinggi yang dimiliki oleh semua ASTRO N7 dan dapat meningkatkan kadar kepancaran sebanyak 0.3%, agar dapat meningkatkan kecekapan modul; dan mengasingkan wap air dengan berkesan serta meningkatkan ketahanan alam sekitar produk.

Didayakan dengan ciri-ciri filem ubah hala cahaya, pekali suhu -0.29%/℃, prestasi LID & LETID yang terkemuka, prestasi penyinaran rendah dan prestasi mekanikal yang hebat, produk 66-sel dapat memastikan sekurang-kurangnya 30 tahun keluaran tetap dengan hanya 0.4% degradasi bagi setiap tahun (tahun ke-2 hingga ke-30).

Sebagai pembekal modul PV 6 terbaik di seluruh dunia bagi penghantaran global, Astronergy berperanan sebagai penggalak teknologi dan pemerhati pasaran yang menyelami dan membangunkan produk yang lebih baik dan boleh disesuaikan untuk pelanggan.

Source: Astronergy
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services Cision Influencer List - ESG