omniture

Jalur Lebar Mudah Alih Yang Benar-benar Menghubungkan

Huawei
2023-11-14 21:23 23

— Jelajah China Unicom & Huawei ke Steppe Mongolia Dalam

SHENZHEN, China, 14 November 2023 /PRNewswire/ -- Di Mongolia Dalam, salah satu daripada lima wilayah berautonomi China, bandar peringkat wilayah Chifeng yang terkenal dengan dataran berumput yang terbentang beberapa batu jauhnya, sungai berlik-liku serta 'yurt' yang bertaburan di padang rumput. Walaupun persekitaran luar bandar ini cukup indah sekali, ia hampir tidak terpencil, kerana ia mendapat akses rangkaian yang mencukupi. Bar isyarat sentiasa penuh di mana-mana sahaja manusia menetap, haiwan ternakan boleh berkeliaran dengan bebas menerusi tag GPS dan pengembala pula boleh menikmati kehidupan nomad mereka sambil kekal terhubung dengan dunia luar.

Kegigihan Bersamaan Dengan Kecemerlangan

Dalam bulan Ogos, taman hutan negara yang indah di kawasan berkenaan menggamit perhatian negara hasil daripada persembahan dalam talian pasukan seni persembahan Mongolia. "Kesemuanya begitu menakjubkan. Penghibur. Pemandangan. Muzik. Kostum." Penonton benar-benar kagum dengan apa yang mereka saksikan semasa siaran langsung. "Kami sering bersiaran langsung seperti ini, namun persembahan kami tidak akan selancar ini tanpa rangkaian yang betul. Kami menggunakan kad SIM China Unicom dan mereka memberikan trafik yang lebih daripada cukup kepada kami," kata seorang penghibur yang menggesek biola berkepala kuda tradisional Mongolia.


China Unicom Mongolia Dalam diiktiraf secara meluas atas kualiti rangkaiannya yang sangat baik. Bekerjasama dengan Huawei dan rakan-rakan kongsi yang lain, ia dianugerahkan gelaran yang jarang diberikan "Operator Cemerlang" sebagai sebahagian daripada penilaian kualiti rangkaian mudah alih kebangsaan 2022 di lokasi-lokasi penting.

Terletak dari segi geografi di sempadan utara China, Mongolia Dalam terbentang sekitar 2,400 kilometer dari timur ke barat. Bentuk muka bumi yang pelbagai, penduduk yang tidak padat dan pengangkutan yang tidak mencukupi kesemuanya menambah kepada kerumitan untuk membina dan menyelenggara rangkaian komunikasi di wilayah tersebut.

Timbalan pengurus besar menjelaskan bahawa, bagi membawa liputan kepada seberapa banyak kawasan yang kurang penduduknya, China Unicom menggunakan kedua-dua stesen utama makro dan mikro yang dapat berfungsi dengan berkesan pada spektrum 900 MHz. Syarikat ini turut memanfaatkan antena arah bagi menangani pelemahan isyarat dalam senario mobiliti berkelajuan tinggi dan amat mementingkan pengoptimuman rangkaian. Pengalaman pengguna menjadi keutamaan tertinggi mereka.

Jauh, Namun Terhubung

"Datarannya terletak begitu jauh dari seluruh pelosok dunia, tetapi penduduknya tidak begitu. Kami boleh membeli dan menjual barang dengan mudah melalui telefon kami. China Unicom telah mengubah kehidupan kami dan kini kami dapat berhubung dengan dunia," kata seorang wanita tuan rumah ladang ternak keluarga.

China Unicom membawa dengan cepat liputan yang luas dan pantas ke kawasan luar bandar dengan menggunakan rangkaian jalur rendah pada 900 MHz. Operator membawa liputan kepada 98.5% kampung pentadbiran, angka yang hanya mencecah 53% pada tahun 2018.

Akses mudah kepada rangkaian andal pada asasnya mengubah cara penduduk menjalani kehidupan di kampung-kampung ini. Wanita tuan rumah itu menambah bahawa beliau dapat menonton televisyen pada bila-bila masa, anak-anak boleh belajar dan berhibur melalui Internet dan pembayaran mudah alih menghapuskan susah-payah membawa wang tunai. Beliau gembira kerana semakin sedikit penduduk tempatan berpindah dan semakin ramai orang datang melawat kawasan itu.

Wanita tuan rumah itu turut berkongsi kegembiraan beliau yang tidak lagi perlu mengejar haiwan ternakan, kerana beliau sentiasa dapat melihat keberadaannya pada telefon beliau. Disokong oleh rangkaian jalur lebar operator yang meluas, pengembala boleh memasukkan haiwan mereka ke dalam sistem GPS, memasang kamera berdefinisi tinggi di kawasan pastoral dan menggunakan sistem air minuman automatik untuk haiwan. Rangkaian melakukan semua tugas rumit, menghapuskan keperluan terhadap banyak kerja manusia yang berulang. Disokong oleh 4G/5G dan teknologi maklumat canggih, pertanian dan perusahaan ternakan di wilayah ini sedang menuju ke arah pembangunan yang lebih mampan.

China Unicom komited untuk menjadikan pengeluaran dan kehidupan lebih mudah untuk penduduk di sini, di kawasan yang benar-benar akan membawa impak yang bermakna, seperti teleperubatan, kaunseling undang-undang dan membeli-belah dalam talian.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications