omniture

TRACE International Menerbitkan Matriks Risiko Rasuah 2023

TRACE International
2023-11-15 00:33 45

ANNAPOLIS, Maryland, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- TRACE, sebuah persatuan perniagaan antarabangsa bukan untung yang mengkhusus kepada antirasuah, pematuhan dan tadbir urus baik, telah menerbitkan Matriks Risiko Rasuah 2023 yang mengukur risiko rasuah perniagaan di 194 bidang kuasa.

Penemuan penting termasuk:

  • Menurut data pada tahun ini, Korea Utara, Turkmenistan, Syria, Guinea Khatulistiwa dan Yaman menunjukkan risiko rasuah komersial tertinggi, manakala Norway, New Zealand, Switzerland, Sweden dan Denmark menunjukkan risiko paling rendah.
  • Markah dan kedudukan agak stabil pada tahun ini dengan purata perubahan markah sebanyak 1.2 mata dan purata perubahan kedudukan sebanyak 3.9. Ini adalah sebahagiannya disebabkan oleh ketersediaan data yang berterusan daripada sumber yang digunakan untuk pengiraan markah pada tahun lepas.
  • Beberapa negara kelihatan terpencil berbanding tahun lepas, dengan perubahan markah melebihi 4 mata. Punca utama perubahan markah yang besar ini disebabkan kedatangan data baharu untuk negara tersebut daripada Tinjauan Perusahaan Bank Dunia, yang sebelum ini telah meninjau negara tersebut lebih lapan tahun yang lalu.
  • Di antara negara-negara bukan terpencil, peningkatan terbesar dalam kedudukan dilihat untuk Kuwait, Sierra Leone, Moldova, Seychelles, dan Bulgaria, manakalan penurunan terbesar dalam kedudukan berlaku untuk Azerbaijan, El Salvador, Kiribati, Eswatini dan Tunisia.

Matriks TRACE yang pada asalnya diterbitkan pada tahun 2014 bagi memenuhi keperluan komuniti perniagaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih dipercayai tentang risiko rasuah di seluruh dunia ini, membantu syarikat meneliti syarat-syarat yang menyokong risiko rasuah perniagaan.

"Komuniti perniagaan memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan rasuah," kata Presiden TRACE, Alexandra Wrage. "Dengan mengekalkan piawaian etika yang tinggi dalam penglibatan langsung mereka dengan penjawat awam dan pemimpin kerajaan, syarikat multinasional boleh membantu negara meningkatkan tadbir urus. Walau bagaimanapun, syarikat perlu memahami sumber dan sifat pelbagai aspek rasuah untuk menyasarkan risiko dengan lebih baik."

Matrix TRACE tersedia kepada umum di TRACEinternational.org/trace-matrix. Akses Matrix Data Browser di matrixbrowser.TRACEinternational.org.

Tentang TRACE
TRACE ialah sebuah persatuan perniagaan antarabangsa bukan untung yang mengkhusus kepada antirasuah, pematuhan dan tadbir urus baik. Diasaskan pada tahun 2001 untuk memudahkan dan menjadikan ia lebih murah bagi syarikat menangani dan mengurangkan risiko rasuah perniagaan, TRACE dihormati kerana mewujudkan piawaian antirasuah yang telah diterima pakai oleh ratusan syarikat di seluruh dunia. Didorong oleh keperluan para ahlinya, TRACE terus membangunkan alat dan sumber yang menguasakan program pematuhan. TRACE beribu pejabat di Amerika Syarikat dan berdaftar di Kanada serta mempunyai kehadiran di empat benua. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.TRACEinternational.org.

 

 

Source: TRACE International
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Not for profit Survey, Polls & Research Public Interest