omniture

Geek+ Memperkenalkan Robot Mudah Alih Tertinggi Dalam Industri untuk mencapai Automasi Gudang Setinggi 12 Meter

Geek+
2023-11-15 00:46 51

SHANGHAI, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Geek+, peneraju global dalam bidang robot mudah alih untuk logistik telah memperkenalkan sistem Mobile ASRS (Penyimpanan dan Pengambilan Semula Automatik Mudah Alih) tertinggi yang direka untuk menyokong automasi gudang berketinggian sehingga 12 meter (40 kaki). Diperkenalkan kepada orang ramai di CeMat Asia bersama-sama portfolio barangan-kepada-orang yang lengkap daripada syarikat ini, penyelesaian robotik baharu itu telah pun dipasang di tapak-tapak di Amerika Utara dan Asia dan sedang digunakan oleh beberapa peruncit global yang utama.

Geek+ Introduces RobotShuttle for up to 12-Meter-High Warehouse Automation at CeMAT 2024
Geek+ Introduces RobotShuttle for up to 12-Meter-High Warehouse Automation at CeMAT 2024

 

Yong Zheng, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Geek+ berkata: "Sebagai perintis awal dalam bidang robotik mudah alih, kami komited terhadap inovasi berterusan untuk mengiringi pelanggan kami dalam perjalanan automasi mereka yang baharu. Penyelesaian RoboShuttle yang telah dipertingkatkan merupakan tambahan penting kepada rangkaian barangan-kepada-orang keluaran syarikat kami dengan menawarkan lebih banyak pilihan kepada peruncit yang mencari penyelesaian yang tepat untuk gudang mereka."

Sistem beg jinjing/kotak-kepada-orang bertindak sebagai sistem Mobile ASRS di mana robot mudah alih melakukan penyimpanan automatik dan mendapatkan semula beg jinjing untuk pengendalian pengambilan, pengeluaran dan pemulangan. Digunakan di lebih 20 buah negara, sistem ini menonjol sebagai penyelesaian penyimpanan tinggi yang paling fleksibel di pasaran, disebabkan robot mudah alih yang beroperasi tanpa peralatan tetap.

Selain itu, sistem ini juga boleh digabungkan dengan sistem Rak-kepada-Orang daripada Geek+, iaitu sebuah tawaran unik yang membolehkan para pelanggan memilih penyelesaian yang sesuai dengan keperluan khusus mereka. Sistem hibrid ini menyokong penyimpanan dan pengambilan item dengan pelbagai saiz pada rak, palet dan beg jinjing dalam susun atur yang sangat fleksibel dan boleh disesuaikan.

"Perkara yang membuatkan penyelesaian kami menonjol ialah keupayaan penyepaduan yang membolehkannya digabungkan dengan lancar. Kami menawarkan pilihan sistem yang terbaik kepada pelanggan kami dan mereka boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri dengan menggunakan pelbagai modul kami. Itulah yang menjadikan Geek+ unik dan ia membolehkan kami menerajui pasaran global secara konsisten selama lima tahun yang lepas," tambah Yong Zheng.

Robot tinggi tersebut beroperasi dalam lorong dan memberi tumpuan kepada penyimpanan dan pengambilan beg jinjing atau kotak secara menegak. Ia kemudiannya memindahkan barangan tersebut kepada robot pemungut yang kecil dan pantas yang bergerak di bawah rak untuk menghantar item tersebut ke stesen pemungutan. Penyelarasan antara robot-robot ini menghasilkan penyelesaian pengambilan dan penyimpanan yang fleksibel dan menjimatkan ruang untuk gudang yang berketinggian sehingga 12 meter. Tambahan terbaharu kepada rangkaian barangan-kepada-orang Geek+ ini menggunakan cawan sedutan, yang mempertingkatkan ketumpatan penyimpanan berbanding dengan penyelesaian lain di pasaran.

Sistem Geek+ diuruskan oleh satu platform perisian yang mengendalikan pelbagai jenis robot untuk perancangan laluan dalam masa nyata, pengurusan trafik yang optimum dan penugasan tugas, yang menjadikannya paling sesuai untuk penggunaan berskala besar. Perisian ini disepadukan dengan sistem pengurusan gudang utama dengan lancar untuk penggunaan dan penyepaduan yang mudah.

Tentang Geek+ 

Geek+ ialah peneraju global dalam penyelesaian robotik untuk logistik. Kami membangunkan penyelesaian Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) bagi merealisasikan automasi yang fleksibel, boleh dipercayai dan sangat cekap untuk pengurusan gudang dan rantaian bekalan. Geek+ dipercayai oleh lebih 1,000 peneraju industri global dan telah diiktiraf sebagai peneraju dunia dalam bidang robot mudah alih autonomi. Diasaskan pada tahun 2015, Geek+ mempunyai lebih 1,500 orang pekerja dan mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Tanah Besar China, Hong Kong SAR dan Singapura. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.geekplus.com/

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2255894/GeekPlus_RobotShuttle.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2014500/4359146/Geek_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Geek+
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation New products/services Supply Chain/Logistics