omniture

Emeli Sandé & Jaguar bakal Menguja London

Jaguar
2014-07-31 16:01 141

LONDON, 31 Julai 2014 /PRNewswire/ --

  • Jaguar menandakan pelancaran kereta sport salun XE baharu dengan FEEL XE
  • Emeli Sandé bakal mempersembahkan projek FEEL XE pertama pada 08 September, pertunjukan audio-visual yang boleh dilihat dan didengari merentasi Sungai Thames
  • Emeli menjemput orang ramai untuk menyumbang kepada lagu baharu istimewa beliau melalui media sosial dengan menggunakan #FEELXE
  • Platform FEEL XE bakal menyatakan perasaan Keterujaan yang berada di teras XE
  • Jaguar akan turut melakukan kolaborasi untuk sesetengah projek bersama Stella McCartney dan Idris Elba untuk FEEL XE

Jaguar hari ini melancarkan FEEL XE, platform yang telah dicipta bagi memanfaatkan semangat kreativiti dan inovasi Britain menggunakan gabungan tokoh penuh berinspirasi daripada dunia muzik, filem dan juga rekaan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140730/699805 )

Jaguar bakal melakukan kolaborasi dengan artis dan personaliti termasuk Emeli Sandé, Stella McCartney serta Idris Elba bagi mencipta pengalaman yang menyatakan 'Keterujaan' yang berada di teras XE, kereta sport salun premium saiz pertengahan baharu jenama itu.

Penyanyi dan penulis lagu Britain yang memenangi berbilang anugerah platinum Emeli Sandé akan mencipta projek FEEL XE yang pertama. Emeli dan Jaguar berpaling kepada orang awam untuk mendapatkan ilham sambil Emeli mula menulis lagu FEEL XE tentang perasaan Keterujaan bagi menyokong pengenalan kereta Jaguar XE. Bagi mendapatkan ilham itu, Emeli dan Jaguar bertanya kepada orang ramai "Apa yang buat anda rasa Teruja?"

Dengan menggunakan #FEELXE orang awam boleh berkongsi kata-kata, gambar, lagu dan juga filem dengan Emeli melalui media sosial (Twitter, Facebook serta Instagram) yang akan melahirkan apa yang membuat mereka rasa Teruja. Memandangkan Keterujaan boleh membawa makna yang berbeza kepada orang yang berlainan, Emeli dan Jaguar menjangkakan pelbagai jenis penyertaan yang bakal diterima nanti.

Merujuk kepada penglibatan beliau dalam projek itu, Emeli berkata: "Saya seronok dapat bekerjasama dengan Jaguar untuk kempen FEEL XE dan dengan jenama Britain yang sangat hebat. XE baharu ini mempunyai rekaan yang inovatif dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan kolaborasi dengan dunia, untuk melihat apa yang mentakrifkan Keterujaan bagi mereka. Acara persembahan perdana lagu itu di London bakal menjadi acara yang benar-benar menakjubkan!"

Lagu FEEL XE Emeli akan dipersembahkan buat kali pertama di lokasi rahsia di tebing Sungai Thames pada 08 September sebagai sebahagian daripada acara audio-visual yang memukau. Kesudahan persembahan ini akan menandakan pengenalan global untuk kereta sport salun premium saiz pertengahan XE baharu Jaguar, sebahagian daripada siri acara promosi dan acara pertunjukan Jaguar XE dramatik yang diadakan merentasi Negara.

Kereta XE ialah kereta sport salun sebenar yang telah direka bentuk, dibina serta dikeluarkan di UK. Dengan rekaan dan inovasi terbaik dalam kelasnya, Jaguar membawakan pengalaman dan prestasi pemanduan yang memecah kebiasaan, nilai yang akan dilahirkan oleh FEEL XE melalui tafsiran kreatif perasaan Keterujaan.

Pelakon British yang dicalonkan untuk anugerah Emmy Idris Elba akan menghasilkan projek FEEL XE dengan syarikat penerbitan beliau Green Door Pictures. Ia akan diilhamkan daripada semangat beliau terhadap kereta dan inovasi, minat yang beliau mula-mula terokai dalam siri BBC2 terkini 'King of Speed'. Komen Idris: "Saya ada hubungan yang peribadi dan bersemangat dengan kereta. Apabila saya memikirkan Keterujaan, saya terus tertarik pada beberapa saat yang mentakrifkan kehidupan saya dan peranan yang telah dimainkan oleh kereta dalam saat sebegitu."

Pereka terkemuka Britain Stella McCartney mempunyai projek FEEL XE yang akan dijalankan berikutan projek Emeli. Beliau telah dipetik sebagai berkata: "Saya sangat meminati rekaan dan inovasi Britain. Saya berbesar hati kerana terlibat dalam kempen FEEL XE Jaguar dan tidak sabar-sabar lagi untuk perkongsian yang sangat menguja ini."

Fiona Pargeter, Pengarah Perhubungan Awam untuk Jaguar Land Rover memberi komen: "XE ialah kereta yang sangat istimewa dan kami mahu memastikan yang ia akan mendapat pelancaran yang istimewa. Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan bakat global yang begitu hebat bagi mencipta pengalaman yang menarik minat dan penglibatan yang boleh kami kongsi di seluruh dunia. Emeli ialah artis yang hebat dan beliau menzahirkan kreativiti dan keanggunan yang berada di teras jenama Jaguar dan XE yang baharu."

Mulai sekarang sehingga 08 September orang ramai boleh melihat bagaimana Emeli Sandé mendapat inspirasi daripada komuniti media sosial melalui laman Facebook Jaguar (http://www.facebook.com/Jaguar) melalui rakaman belakang tabir serta temu bual yang eksklusif. Projek FEEL XE akan datang yang melibatkan Stella McCartney dan Idris Elba akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

NOTA KEPADA EDITOR

LATAR BELAKANG JAGUAR LAND ROVER

Jaguar Land Rover ialah perniagaan pengeluaran automotif premium terbesar di UK, yang dibangunkan daripada dua jenama kereta Britain yang ikonik. Semua kenderaannya direka bentuk dan dibina di Britain. Walaupun ia mempunyai pelan yang bercita-cita tinggi untuk pertumbuhan global, teras perniagaan itu masih kekal dalam UK, dengan berbilion paun dilaburkan dalam kemudahan penghasilan, penyelidikan serta pembangunan yang canggih. Pada tahun 2013, Jaguar Land Rover telah menjual 425,006 kenderaan – meningkat 19 peratus berbanding tahun sebelumnya – di lebih 170 negara. Syarikat itu menggaji 30,000 orang pada peringkat global.

JAGUAR XE DISAHKAN SEBAGAI NAMA BAHARU UNTUK KERETA SPORT SALUN PREMIUM DENGAN KELUARGA ENJIN 'INGENIUM' CANGGIH

  • Jaguar mengumumkan nama untuk kereta sport salun premium saiz pertengahan serba baharu miliknya ialah Jaguar XE
  • Jaguar XE akan menjadi produk monokok aluminium pertama dalam segmen ini dan bakal menjadi kereta sport salun yang paling maju, cekap dan juga diperhalusi dalam kelasnya
  • Ini akan menjadi produk pertama daripada seni bina aluminium maju baharu yang telah dipertunjukkan buat julung kalinya dalam kereta konsep C-X17 semasa Pameran Auto Frankfurt pada tahun 2013
  • Keluarga baharu enjin petrol dan diesel dengan output tinggi dan cekap bahan api akan dinamakan sebagai Ingenium. Jaguar XE akan menjadi kereta pertama yang menggunakan enjin Ingenium dalam jenis petrol dan diesel empat silinder dua liter. Ia akan dibina di Kemudahan Pengeluaran Enjin UK baharu Jaguar Land Rover
  • Rangkaian enjin penuh ini akan membolehkan Jaguar menawarkan kenderaan dengan prestasi yang menerajui dalam kelasnya, termasuk kepantasan tertinggi lebih 300 km/j (186 bsj), serta kadar pembebasan gas kurang 100g karbon dioksida per kilometer

PAKEJ TEKNOLOGI JAGUAR XE BAHARU DIUMUMKAN

  • Tayangan perdana untuk Jaguar XE yang serba baharu akan diadakan di London pada 8 September
  • Model XE bakal menjadi kereta sport salun tulen dengan dinamik, kehalusan serta teknologi yang menerajui kelasnya
  • Pengendalian jitu dan pemanduan berkualiti tinggi dijamin dengan sistem ampaian belakang Penghubung Integral; reka letak yang direka untuk prestasi, keselesaan dan juga kawalan optimum
  • Sistem ampaian hadapan yang diterbitkan daripada F-TYPE yang dipertajam dengan halus memberikan respon yang tepat dan serta-merta
  • Sistem stereng kuasa elektrik canggih memberikan rasa dan respon Jaguar yang terkemuka
  • Sistem Kawalan Kemajuan Semua Permukaan pertama di Dunia memastikan cengkaman pemanduan tayar belakang daripada keadaan pegun walaupun dalam keadaan melampau

JAGUAR XE INTENSIF ALUMINIUM BAHARU: JAGUAR YANG PALING CEKAP BAHAN API YANG PERNAH MENCAPAI LEBIH 75MPG

  • Jaguar XE membawakan tahap baharu kepakaran pembinaan berat ringan intensif aluminium kepada segmen ini
  • Diunjurkan untuk memberikan penjimatan bahan api lebih 75 mpg (batu per gelen)* (kurang 4 liter/100 km) pada kitaran kombinasi EU
  • Badan kereta teguh dan kekuatan tinggi membolehkan dinamik pemanduan bertaraf dunia – dengan pemanduan yang lancar dan pengendalian jitu
  • Seni bina bermodul yang serba baharu dibangunkan daripada teknologi aluminium terikat dan rivet generasi kelima Jaguar
  • Aloi aluminium baharu telah dicipta: RC5754 menggunakan aluminium yang sangat terkitar semula bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan kitar hayat karbon dioksida secara dramatik

*tertakluk kepada pensijilan

MEDIA SOSIAL EMELI SANDE:
Twitter: @emelisande
Facebook: http://www.facebook.com/emelisande
Instagram: http://instagram.com/emelisande

SALURAN JAGUAR:
Facebook: http://www.facebook.com/Jaguar
Twitter: http://twitter.com/Jaguar
Instagram: http://instagram.com/Jaguar
YouTube: http://www.youtube.com/JaguarCars

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Juliet Fairbairn
jfairba4@jaguarlandrover.com
+44-(0)24-76-565-571
Claudia Davies
claudia@thebrooklynbrothers.com
+44-207-292-6200

Sumber: Jaguar

Source: Jaguar
Keywords: Advertising Auto Entertainment Film & Motion Picture Music Transportation