omniture

NEXTGEN Group Revolusikan Perkhidmatan Teknologi Seluruh Asia dengan Model Kolaboratif Unik

NEXTGEN Distribution Pty Ltd
2023-11-15 03:24 62

SYDNEY, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- NEXTGEN Group (NEXTGEN), sebuah syarikat perkhidmatan teknologi Australia yang terkemuka, mentransformasikan industri IT Asia menerusi model perkhidmatan kolaboratifnya yang inovatif.

Tidak seperti firma-firma IT tradisional yang mengasingkan amalan-amalan yang berbeza, NEXTGEN menghimpunkan kepakaran merentas keselamatan siber, awan, kewangan, jualan, pemasaran dan banyak lagi bagi menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian hujung-ke-hujung demi membantu menjamin dan mengembangkan perniagaan mereka.

Pendekatan diterajui Perkhidmatan Saluran

Pendekatan inovatif kumpulan pemenang pelbagai anugerah ini terhadap penjualan dan perkhidmatan perisian memenangi pelanggan dalam pasaran asalnya, Oceania serta semakin merentas Asia tatkala lebih banyak syarikat mengguna pakai perisian berasaskan awan.

NEXTGEN mempelopori pendekatan baharu terhadap pengedaran, pemasaran digital, penjanaan permintaan serta sokongan kemasukan pasaran untuk perisian perusahaan, awan dan vendor infrastruktur sokongan. NEXTGEN oSpace ialah perniagaan kemasukan pasaran dan penjanaan permintaan dengan IP teras disampaikan oleh platform yang dipesan terlebih dahulu dan Pasukan dengan lebih 35 orang merentas Asia Pasifik, sementara Elastic Digital, menyediakan keupayaan pemasaran digital global. Kombinasi unik antara strategi, platform, teknologi, harta intelek dan individu ini kini membantu saluran teknologi meningkatkan kepantasannya meraih hasil dan peluang pertumbuhannya di rantau Asia Pasifik.

Perniagaan keselamatan siber dan kebingkasan data NEXTGEN yang terkenal memanfaatkan bekas pakar-pakar siber ketenteraan Australia yang amat terlatih untuk membantu rakan kongsi mengembangkan perniagaan siber mereka dengan jayanya. CyberLAB ialah perkhidmatan unik yang menyediakan kepada pelanggan dengan latihan dan simulasi keselamatan siber amali. Platform ini menyampaikan pengalaman digamifikasikan, imersif yang membina persekitaran siber untuk memperlihatkan teknologi terbaik daripada kelasnya terhadap persekitaran semasa pelanggan. Di samping itu, ia merupakan platform untuk pengupayaan, latihan dan pensijilan yang dapat membina kemahiran siber dengan pantas.

Dari segi awan, NEXTGEN Optima bekerjasama dengan pelanggan untuk memahami persekitaran perisian semasa mereka dan memberi nasihat untuk mengoptimumkan serta memodenkan, termasuk pengesyoran untuk memindahkan beban kerja ke dalam persekitaran awan. Pendekatan ini menyediakan strategi-strategi penting terhadap tadbir urus, pengurangan kos, ekonomi awan dan penghijrahan awan. Optima Team memiliki kepakaran teknikal yang mendalam dan menjalin kolaborasi erat dengan penyedia persekitaran awan yang terkemuka, termasuk AWS, Azure, Google, IBM dan Oracle.

Kolaborasi bukan persaingan

Visi asal pengasas NEXTGEN, John Walters, telah membentuk pendekatan menuju-ke-pasaran inovatif syarikat ini dan menyatakan bahawa industri pengedaran teknologi sedang berubah daripada model kompetitif kepada berasaskan kolaboratif.

"Dengan kemunculan persekitaran awan dan tsunami teknologi berasaskan SaaS, saya dapat melihat bahawa pasaran ini akan beralih daripada model lebih linear kepada model membawa pengaruh yang akan memerlukan pendekatan perkhidmatan kolaboratif, termasuk pengaturan merentas saluran. Kini kami telah mematangkan model ini dan pendekatan kami membezakan kami dalam pasaran ini," kata John Walters, Ketua Pegawai Eksekutif NEXTGEN Group. "Daripada menyerahkan projek daripada satu pasukan bersumber luar kepada pasukan lain, kami mengumpul skuad silang fungsi yang disesuaikan mengikut keperluan unik setiap pelanggan, yang mana kesemuanya merupakan sumber NEXTGEN dalaman. Ini membolehkan kami menyampaikan kelajuan, penyelarasan dan lebih nilai kepada pelanggan sama ada mereka ingin memanfaatkan kami untuk satu perkhidmatan atau beberapa perkhidmatan."

Pendekatan ini menarik minat jenama-jenama terkemuka seperti AWS, Arista, Crowdstrike, Netskope, Okta, Oracle, dan baru-baru ini, IBM, yang memanfaatkan keupayaan hujung-ke-hujung NEXTGEN bermula daripada menjana permintaan hinggalah pelaksanaan teknikal dan selanjutnya.

"Rakan-rakan kongsi Australia yang berkembang di peringkat global memberi inspirasi kepada rakan kongsi di negara-negara lain untuk "meninggikan standard mereka", dengan satu contoh tempatan iaitu NEXTGEN Group," kata Jeff Kratz, Pengurus Besar Rakan Kongsi Sektor Awam, Program dan Pengaktifan Seluruh Dunia di AWS. "Terdapat pengedar di seluruh dunia yang dapat belajar sesuatu daripada NEXTGEN...inspirasi dan penyampaian praktikal yang saya lihat di sana."

Tatkala permintaan meningkat untuk penyelesaian tertumpu, NEXTGEN menonjol menerusi pendekatan berpusatkan pelanggannya yang bersepadu. Syarikat ini menjangkakan pertumbuhan berterusan yang mantap memandangkan semakin banyak perniagaan tercari-cari rakan kongsi teknologi yang memecahkan silo dan berkolaborasi untuk memacu hasil perniagaan yang lebih baik.

Syarikat ini telahpun menjadi peneraju pasaran bagi siber dan awan, beroperasi di Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Indonesia dan Filipina serta giat mencari peluang pengembangan pasaran yang selanjutnya di seluruh Asia bagi mempercepatkan pertumbuhan untuk vendor dan rakan kongsi.

Latar Belakang NEXTGEN Group

NEXTGEN Group ialah kumpulan perkhidmatan teknologi perintis yang menyokong ekosistem saluran. Kami melaksanakan usaha ini melalui pengurusan aktif portfolio dengan vendor teknologi yang telahpun mantap dan baru muncul, digandingkan dengan perkhidmatan yang inovatif dan unik merentas perisian perusahaan, awan, pengurusan data dan penyelesaian keselamatan siber. Model ini merupakan generasi seterusnya bagi penyelesaian, ilmu, perkhidmatan dan penyampaian IT.

Perniagaan ini merupakan hab kolaborasi dalam saluran yang menjadikannya mudah untuk rakan kongsi teknologi berurus niaga dengan vendor antarabangsa bagi rangkaian produk yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Kombinasi unik dan pemenang anugerah kami menerusi pengetahuan berkepakaran, platform teknologi inovatif dan perkhidmatan pelengkap membolehkan rakan kongsi dan vendor kami kekal relevan dan tetap berada di barisan hadapan dalam persekitaran IT yang dinamik ini.

 

Source: NEXTGEN Distribution Pty Ltd
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Corporate Expansion Cloud Computing / Internet of Things