omniture

ROYAL CANADIAN MINT MENDEDAHKAN UKIRAN WAJAH DULI YANG MAHA MULIA RAJA CHARLES III KANADA

Royal Canadian Mint (RCM)
2023-11-15 03:30 77

Mint juga mencetak syiling edaran pertama yang mengandungi imej Duli Yang Maha Mulia Baginda

WINNIPEG, MB, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Royal Canadian Mint memasuki era baharu dalam sejarah syiling Kanada apabila Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marie Lemay, mendedahkan dan melancarkan syiling edaran pertama Kanada yang mengandungi ukiran wajah Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III di kemudahan pembuatan syiling Mint di Winnipeg, Manitoba. Syiling edaran $1 dengan tarikh tahun 2023 ini menjadi syiling pertama yang memaparkan potret raja baharu dalam tempoh 70 tahun ini, selepas ukiran wajah Ratu Elizabeth II menghiasi syiling Kanada dari 1953 hingga 2023. Potret kontemporari Raja Charles III ini adalah hasil karya artis Kanada Steven Rosati, yang turut mengambil bahagian dalam upacara pembukaan tersebut.

"Sejak ia ditubuhkan pada tahun 1908, Mint telah menampilkan potret raja yang memerintah pada syiling Kanada. Apabila Kerajaan Kanada mengumumkan bahawa ukiran wajah Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III akan muncul pada syiling Kanada, kami berasa bangga kerana sekali lagi dapat menegakkan tradisi Kanada yang telah lama wujud," kata Marie Lemay, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Ramai pekerja kami bekerja sebagai satu pasukan untuk memenuhi cabaran bersejarah ini dan kami berbesar hati dan bersedia untuk pengeluarannya pada hari ulang tahun Duli Yang Maha Mulia Baginda."

"Ukiran Wajah Diraja pada duit syiling kami adalah simbol penting bagi rakyat Kanada," kata Yang Berhormat Chrystia Freeland, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Kanada. "Potret Steven Rosati adalah satu penghormatan yang sesuai, dan Kanada dengan bangganya memperingati hari lahir Duli Yang Maha Mulia Baginda dengan pelancaran syiling edaran pertama ini."

Susulan pengumuman Kerajaan Kanada pada 6 Mei bahawa bahagian hadapan (kepala syiling) bagi syiling Kanada pada masa hadapan akan menampilkan ukiran wajah Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III, Royal Canadian Mint segera melancarkan proses untuk mencipta reka bentuk baharu ini. Ia menjemput pereka syiling dan pengukir Mint yang berpengalaman untuk menyerahkan konsep potret "buatan Kanada" yang menampilkan raja baharu kami. Setelah ramai artis dan pengukir menyahut seruan bersejarah ini, Steven Rosati yang berpangkalan di Montreal berjaya mengatasi para finalis lain yang hebat. 

"Saya berbesar hati dan merasa rendah diri kerana reka bentuk ukiran wajah Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III milik saya telah dipilih untuk detik berprestij dalam sejarah syiling Kanada ini serta sangat teruja dan bangga untuk melihatnya dihasilkan," kata artis Steven Rosati. "Saya juga sangat bersyukur kerana menjadi antara artis berbakat yang telah menghasilkan reka bentuk untuk Royal Canadian Mint."

Encik Rosati ialah artis Kanada ketiga yang telah mereka bentuk ukiran wajah golongan diraja untuk duit syiling Kanada sejak 1990. Beliau mengikuti jejak Dora de Pédery-Hunt (1990-2002) dan Susanna Blunt (2003-2023).

Mint merancang untuk mula mengedarkan sejumlah kecil syiling dalam semua jenis mata wang kecil yang beredar menjelang Disember ini melalui pertukaran syiling awam dan dengan memenuhi permintaan pasaran baharu melalui sistem pengurusan syiling nasional. Penambahan ukiran wajah Duli Yang Maha Mulia Baginda pada bahagian hadapan syiling jongkong dan numismatik juga akan bermula pada Disember 2023 ini.

Produk syiling pengumpul yang berikut dikeluarkan bagi memperingati peristiwa penting ini:

  • Classic Uncirculated Set – First Strikes 2023;
  • Special Wrap Roll Collection – First Strikes 2023; dan
  • 50 Sen Special Wrap Circulation Roll 2023.

Visual bagi kesemua jenis mata wang kecil yang beredar yang menampilkan ukiran wajah baharu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan produk pengumpul yang berkaitan boleh didapati di sini.

Tentang Royal Canadian Mint

Royal Canadian Mint ialah perbadanan Mahkota yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedarkan syiling edaran Kanada. Mint ialah salah satu syarikat tempaan terbesar dan paling serba boleh di dunia, menghasilkan syiling pengumpul yang memenangi anugerah, produk jongkong yang terkemuka di pasaran, serta produk penghormatan tentera dan orang awam Kanada yang berprestij. Sebagai Penapis Good Delivery COMEX dan London yang kukuh, Mint juga menawarkan spektrum penuh bagi perkhidmatan penapisan emas dan perak yang terbaik dalam industri. Sebagai sebuah organisasi yang berusaha untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik, untuk memupuk tempat kerja yang selamat dan inklusif serta untuk memberi kesan positif kepada komuniti tempat ia beroperasi, Mint menyepadukan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam setiap aspek operasinya. 

Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca.  Ikuti Mint pada LinkedIn, Facebook dan Instagram.

Alex Reeves, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment New products/services