omniture

Xinhua Silk Road: Penggalakan pelaburan tambah kevitalan baharu kepada pembangunan berkualiti tinggi bandar Timur China

Xinhua Silk Road
2023-11-15 03:59 41

BEIJING, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Sebuah forum penggalakan dan kerjasama pelaburan telahpun diadakan pada Jumaat di Daerah Xishan, Bandar Wuxi, Wilayah Jiangsu, timur China, menyuntik dorongan baharu kepada usaha tempatan bagi menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi.


Di forum itu, 43 projek perindustrian utama ditandatangani dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih 46.5 bllion yuan (kira-kira 6.38 bilion dolar A.S.), enam projek kerjasama dana ditandatangani dengan jumlah skala 5.3 bilion yuan dan beberapa rakan kongsi pelaburan global dianugerahkan.

Projek-projek yang baru ditandatangani ini mempunyai prospek berskala besar, berkualiti tinggi dan cerah masa depan, kata pegawai kanan kerajaan Daerah Xishan, menyatakan bahawa projek-projek tersebut berguna bukan sahaja bagi meningkatkan rantaian bekalan industri-industri tradisional dan baru muncul, tetapi turut menggalakkan susun atur industri-industri masa depan. Pelaksanaan projek-projek ini akan meletakkan asas lebih kukuh untuk pembentukan produktiviti baharu daerah berkenaan yang dipercepatkan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Xishan memfokuskan pada pembinaan kluster industri serta taman dan zon yang ditampilkan. Dengan pembentukan tenaga baharu, litar bersepadu, bioperubatan dan ekosistem industri lain yang dipercepatkan, berserta persekitaran perniagaannya yang menggalakkan, lokasi yang strategik dan ruang yang besar untuk pembangunan, daerah berkenaan telah menarik minat ramai pelabur.

Sejak forum tahun lalu, daerah berkenaan menganugerahkan tiga kelompok dengan 18 rakan kongsi kerjasama pelaburan global secara berturut-turut, manakala acara pada hari Jumaat menyaksikan majlis penganugerahan untuk kelompok rakan kongsi keempat, yang dijangka memberi sokongan yang bermanfaat kepada Xishan dari segi pelaburan projek, pembangunan industri, pengenalan bakat, penganjuran acara serta publisiti dan promosi.

Semasa acara itu, jaringan kerjasama ekonomi dan perdagangan global dilancarkan secara rasmi, menggabungkan platform perkhidmatan yang komprehensif di peringkat perbandaran dan daerah serta hab perhubungan yang menghubungkan daerah tersebut dengan dunia. Setakat ini, lebih seratus hab perhubungan di Asia, Eropah dan benua Amerika telah ditubuhkan.

Sejak September tahun ini, daerah Xishan telah mengadakan 24 aktiviti penggalakan pelaburan, menonjolkan pelbagai sektor, wilayah dan taman industri.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/337110.html

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Contracts Trade show news