omniture

OIL Umumkan Peningkatan Had Setiap Keterdapatan sehingga $400 Juta

Oil Insurance Limited (OIL)
2014-07-31 16:12 150

HAMILTON, Bermuda, 31 Julai 2014 /PRNewswire/ --

Pada mesyuarat Lembaga Pengarah 23 Julai 2014, Oil Insurance Limited (OIL) telah dipilih untuk menaikkan had bagi setiap keterdapatan daripada $300 juta kepada $400 juta manakala had agregat keterdapatan pula daripada $900 juta kepada $1.2 bilion berkuat kuasa pada 1 Januari 2015. Di samping itu, OIL akan memberi ahlinya tempoh sehingga 1 Januari 2017 untuk beralih kepada had $400 juta bagi memudahkan penggunaan had tambahan $100 juta kepada program insurans mereka. Had Atlantic Named Windstorm (ANWS) akan kekal sama pada $150 juta sebahagian daripada $250 juta dengan had agregat keterdapatan pada $750 juta.

Robert D. Stauffer, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, berkata keputusan untuk menaikkan had tersebut telah disokong oleh majoriti besar ahli yang telah meminta peningkatan tersebut melalui kaji selidik keahlian yang telah dijalankan pada Mei tahun ini. "Ahli kami jelas tentang bagaimana peningkatan had akan membantu usaha mereka untuk mengikut perkembangan pelaburan besar yang mereka sedang lakukan dalam beberapa projek Minyak & Gas di seluruh dunia. Tindakan ahli kami untuk melabur dalam projek bernilai $10-$40 bilion bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa manakala dasar "Semua Risiko" kami pula boleh membawa mereka secara langsung dan lancar melalui fasa pembinaan dan ke dalam operasi tanpa kebimbangan cabaran perlindungan. Matlamat kami di OIL adalah sentiasa mengubah cadangan nilai kami untuk menampung keperluan semasa ahli kami dan peningkatan had ini dapat merealisasikannya. Peningkatan had semasa berlaku berikutan dividen tunai $300 juta pada tahun 2014, kredit premium $100 juta pada tahun 2013 serta peningkatan had sebelumnya sebanyak $50 juta pada tahun 2012."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang perlindungan harta OIL dan nilai berkaitan sila layari http://www.oil.bm.

Oil Insurance Limited (OIL) menginsuranskan lebih dua trilion dolar aset tenaga global untuk lebih lima puluh ahli dengan had harta sehingga $400 juta berjumlah lebih tiga belas bilion dolar bagi jumlah kapasiti harta bertaraf-A. Ahli terdiri daripada syarikat tenaga awam dan persendirian bersaiz sederhana hingga besar dengan sekurang-kurangnya $1 bilion nilai aset harta fizikal dan dengan penarafan gred pelaburan atau setara dengannya. Produk yang ditawarkan termasuklah Harta (Kerosakan Fizikal), Ribut Angin, Pencemaran Bukan Berperingkat, Siber, Kawalan Telaga, Keganasan, Pembinaan serta Kargo. Sektor industri yang dilindungi OIL termasuklah Cari Gali & Pengeluaran Luar Pesisir dan Daratan, Penapisan serta Pemasaran, Petrokimia, Perlombongan, Saluran Paip, Utiliti Elektrik dan lain-lain sektor perniagaan tenaga yang berkaitan.

Sumber: Oil Insurance Limited (OIL)

Source: Oil Insurance Limited (OIL)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Oil/Energy Utilities