omniture

Delixi Electric Dedahkan Panduan Strategi Hijau

DELIXI ELECTRIC
2023-11-15 10:21 79

WUHU, China, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Pada 8 November, Delixi Electric menganjurkan Persidangan Pembangunan Ekologi Hijau di Wuhu, Anhui, mendedahkan Green Sustainable Development Strategy Practice Guide (Panduan Amalan Strategi Pembangunan Mampan Hijau). Persidangan ini menghimpunkan pegawai kerajaan, pakar industri, wartawan berpengaruh dan rakan ekosistem dari seluruh negara ini melalui kedua-dua platform dalam talian dan luar talian, mengetengahkan komitmen Delixi Electric untuk mencapai sifar bersih. Para peserta terkenal termasuk Xinhua Publishing House, Shanghai Electric Apparatus Research Institute, Kantar China, Harvard Business Review China, Emlyon Business School, Eurasian Brand Management Center, Jawatankuasa Keneutralan Karbon (CNC) China Energy Conservation Association (CECA) dan Shanghai Artificial Intelligence Research Institute (SAIRI). Persidangan ini memfokuskan untuk memanfaatkan pembangunan mampan hijau demi masa depan sifar bersih.


Memacu Ke Hadapan Keneutralan Karbon

Strategi Delixi Electric berkisar pada rakyat, keneuralan karbon dan memupuk sebuah ekosistem hijau. Syarikat ini menggabungkan dengan lancar amalan lestari dalam seluruh operasinya, mencakupi reka bentuk, pembuatan dan perkhidmatan mesra alam. Delixi Electric komited sepenuhnya kepada "Pembuatan Pintar + Rendah Karbon Hijau" untuk menubuhkan kilang-kilang sifar karbon. Delixi Electric memimpin industri ini untuk mencapai transformasi rendah karbon hijau. Kemudahan-kemudahannya di Wuhu dan Puyang telah memperoleh pensijilan sifar karbon lima bintang (Jenis I), yang menunjukkan komitmen teguh syarikat ini terhadap amalan lestari.


Dengan mengeluarkan Guide, Delixi Electric bermatlamat untuk menyebarkan prinsip dan pelaksanaan kelestarian hijau merentas ekosistem industri ini. Usaha ini bersedia untuk memupuk pembangunan mampan pada peringkat ekosistem, industri, masyarakat dan kebangsaan.


Kolaborasi Strategik untuk Masa Depan Hijau

Perbincangan meja bulat ini memfokuskan pada "Pembangunan Mampan Hijau: Memperkasa Matlamat Dwi Karbon China" dan berfungsi sebagai dialog peringkat tinggi mengenai strategi ekologi dan amalan hijau.

"Delixi Electric komited untuk memahami keperluan pasaran dan memacu inovasi. Dengan memberi sokongan yang berterusan kepada rakan industri dalam teknologi, produk, perkhidmatan dan rantaian bekalan, Delixi Electric bermatlamat untuk memupuk ekosistem yang bingkas, mengejar masa depan neutral-karbon dan menjamin pembangunan mampan serta kejayaan bersama."—dinyatakan oleh En. Lou Feng, Ketua Pegawai Eksekutif Delixi Electric.

Delixi Electric mengumumkan matlamat bercita-cita tinggi, termasuk mencapai keneutralan karbon operasi menjelang tahun 2025, kesediaan untuk sifar karbon menjelang tahun 2030, keneutralan rantaian nilai menjelang tahun 2040 dan mencapai emisi sifar bersih dalam seluruh rantaian nilai menjelang tahun 2050.

Melangkah ke hadapan, Delixi Electric akan mendukung dengan teguh strategi pembangunan mampan hijaunya iaitu "Rakyat Diutamakan, Keneutralan Karbon dan Membina Komuniti Ekologi Hijau." Dengan berbuat demikian, syarikat ini bermatlamat untuk memberi sumbangan signifikan kepada "Matlamat Dwi Karbon" China.

Source: DELIXI ELECTRIC
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Cision Influencer List - ESG