omniture

CONTEC DAN ATSIGN UMUM PERKONGSIAN LIMA-TAHUN JAMIN DATA IOT DARIPADA SIFAR LAPISAN

CONTEC
2023-11-15 14:30 26

SINGAPURA, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- CONTEC, peneraju dalam teknologi komunikasi IoT/M2M, analitis AI/data pinggir, pengkomputeran terbenam dan automasi industri serta Atsign, penyedia sekuriti data dan teknologi privasi utama bagi teknologi Perangkaian 2.0 sumber terbuka, mengumumkan perkongsian lima tahun untuk menyediakan penyelesaian infrastruktur IoT dan IT terjamin hujung-ke-hujung. Perkongsian ini akan memberi lonjakan ketara dalam sekuriti dan privasi penyelesaian IoT.

Perkongsian ini akan memfokuskan pada:

  • Sekuriti: Teknologi sekuriti dan privasi Atsign akan diintegrasikan ke dalam peranti CONTEC untuk menyediakan kepada pelanggan dengan salah satu penyelesaian paling terjamin yang tersedia dalam pasaran. Ini termasuk sekuriti kepercayaan sifar, permukaan serangan rangkaian sifar dan penyulitan hujung-ke-hujung dengan kekunci dipotong dan diurus pada pinggir.
  • Kebolehskalaan: Teknologi Atsign akan memudahkan pelaksanaan dan pengendalian penyelesaian amat boleh diskala CONTEC, menjimatkan masa dan wang pelanggan.
  • Inovasi: CONTEC dan Atsign akan berkolaborasi berhubung ciri-ciri sekuriti dan privasi baharu untuk IoT dan peranti rangkaian. Ini termasuk kemas kini peranti jarak jauh dan perkongsian data selamat.

Perkongsian ini menggabungkan teknologi sekuriti dan privasi Atsign dengan kepakaran CONTEC dalam IoT dan pendigitan, pembelajaran mesin dan komputer industri bagi menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian yang amat boleh diskala untuk transmisi data terjamin dan pengurusan jarak jauh terjamin untuk peranti, rangkaian dan data IoTnya.

"Teknologi sekuriti Atsign ialah pelengkap yang sempurna kepada penyelesaian peranti IoT kami," kata Kazuyoshi Nishiyama, Pegawai Eksekutif Urusan CONTEC. "Gerbang IoT Pintar CONTEC boleh mengumpul data daripada 'greenfield,' 'brownfield' dan daripada sifar lapisan, contohnya peranti tanpa output, peranti tidak dapat ditangani, sensor serta sistem analog dan menukarkannya kepada protokol dan format data yang dikehendaki. Mengintegrasikan penyelesaian sekuriti Atsign dan produk Pintar CONTEC akan memastikan data dan peranti pelanggan kami terjamin dan dilindungi dengan baik."

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan CONTEC bagi membawakan kepakaran sekuriti dan privasi kami kepada pasaran peranti perindustrian, perubatan dan pengangkutan," kata Barbara Tallent, Ketua Pegawai Eksekutif Atsign. "CONTEC ialah peneraju global dalam inovasi peranti IoT dan kami percaya perkongsian kami akan meningkatkan lagi penyelesaian IoT mereka untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka.

CONTEC dan Atsign mengetengahkan bidang-bidang utama untuk memberi impak: pendidikan kebangsaan, pembangunan sosio-ekonomi dalam masyarakat setempat dan peluang pertumbuhan dalam sektor pembinaan, pembuatan, farmaseutikal, pertanian dan OEM.

Source: CONTEC
Keywords: Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things