NEW YORK dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Tamarind Energy ("Tamarind" atau "Syarikat"), syarikat cari gali dan pengeluaran baharu yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, hari ini telah mengumumkan penubuhannya dengan komitmen daripada Blackstone Energy Partners. Kumpulan Tamarind ini terdiri daripada sejumlah eksekutif kanan dengan pengalaman penting di beberapa lembangan di Asia Tenggara dengan rekod prestasi terbukti dalam menyempurnakan projek rumit dengan selamat, di samping menghasilkan nilai signifikan untuk rakan kongsi korporat dan juga kerajaan tuan rumah. Tamarind akan bertumpu pada usaha memperluas pengeluaran dan simpanan daripada medan pengeluaran minyak dan gas, membangunkan kawasan penemuan dan mempertingkat potensi cari gali dengan cekap di dalam dan sekitar kawasan penting bagi membina portfolio berkualiti tinggi.
Blackstone Energy Partners dan dana gabungannya telah menyediakan komitmen modal sehingga AS$800 juta di samping pengurusan Tamarind, untuk menubuhkan syarikat huluan penting dengan memberi penekanan pada hubungan jangka panjang serta strategik dengan kerajaan tuan rumah, syarikat minyak negara di Asia Tenggara dan juga pihak berkepentingan serantau utama.
Ian Angell, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, "Pasukan Tamarind sentiasa mengalu-alukan peluang untuk membangunkan dan turut mempertingkat prestasi medan yang dianggap sebagai terlalu sukar untuk ditangani. Melalui pendekatan kami, yang bermula dengan perspektif geologi serantau, kami mampu untuk melanjutkan pengurusan kawasan takungan inovatif dengan kemudahan yang lengkap untuk mencari serta membangunkan kawasan simpanan. Kami kemudian menyatukannya dengan penyelesaian komersil kreatif yang dapat menambahkan nilai signifikan untuk rakan kongsi kami serta kerajaan tuan rumah. Kami amat teruja dengan komitmen penting daripada Blackstone serta perkongsian kami yang kian berkembang. Rekod prestasi cemerlang Blackstone membuat pelaburan dalam aset tenaga pada peringkat global dan hubungan industri yang meluas, dengan gabungan pengalaman pasukan Tamarind di Asia Tenggara akan membolehkan kami memanfaatkan peluang dan menjadi rakan pilihan di rantau ini."
Angelo Acconcia, Pengarah Urusan Blackstone Energy Partners yang menyelia pelaburan mereka dalam sektor minyak dan gas berkata, "Kami amat gembira dapat membentuk perkongsian strategik bersama Tamarind yang memanfaatkan tenaga global kami serta pengalaman minyak dan gas berserta pasukan pengurusan terbaik di Tamarind yang mempunyai pengalaman penting di samping rekod prestasi cemerlang sebagai rakan kongsi dipercayai serta bernilai tambahan untuk kerajaan tuan rumah dan juga rakan kongsi korporat. Ian dan pasukan itu memainkan peranan tersendiri dalam menyumbangkan kepakaran teknikal dan operasi mendalam untuk apa jua keadaan setelah berjaya menyiapkan beberapa pembangunan medan luar pesisir yang rumit di rantau itu sebelum ini."
Pengarah Urusan Kanan Blackstone dan Ketua Pegawai Eksekutif Blackstone Energy Partners, David Foley berkata, "Perkongsian kami bersama Tamarind merupakan satu lagi contoh amalan tenaga global berkembang kami dan rekod prestasi yang kami ada dalam mengenal pasti dan menyokong pengurus terbaik untuk membina perniagaan tenaga berskala dunia. Pelaburan ini seterusnya menekankan sokongan dan komitmen padu kami terhadap Asia Tenggara berikutan dengan pembukaan pejabat Blackstone di Singapura pada akhir tahun lalu."