KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Shopee mencapai kenaikan 82 kali ganda pesanan Shopee Live terhadap penjual tempatan ketika 11.11 Jualan Hebat, yang dipacu oleh gabungan strategik peningkatan trafik pengguna baharu, tawaran khas strim langsung, dan sesi strim langsung yang menarik.
Shopee Live menyaksikan peningkatan 14 kali ganda penonton baharu dan merekodkan 40 juta keterlibatan, di mana mereka tertarik dengan tawaran promo menarik termasuk baucar diskaun 90% dan keseronokan menyertai rancangan permainan Kotak Duit Misteri, sambil menonton hos demonstrasi produk.
Lebih 15 kali ganda jenama di Shopee Mall menggunakan Shopee Live berbanding hari biasa, membolehkan mereka berkongsi ilmu produk dan membina kepercayaan dengan pelanggan. Lebih 5,000 jenama Shopee Mall termasuk 70mai, Dessini, Skechers, SKINTIFIC, dan Vinda, menyertai 11.11 Jualan Hebat, menawarkan produk asli dengan Polisi Pemulangan 15-hari dan Jaminan Wang Kembali 8 Kali Ganda.
"Pada hari 11.11, Shopee mencapai hasil pecah rekod AS$1 Bilion dalam jumlah nilai dagangan kasar (GMV) global. Kami amat menghargai rakan jenama, penjual, dan pembeli atas sokongan mereka selama ini di mana tanpa mereka, kami tidak akan mencapai kejayaan ini. Di Malaysia, 11.11 kali ini merupakan jualan terbesar kami!" kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia.
"Kami kekal berdedikasi untuk membawakan pengalaman membeli-belah terbaik dan inovasi berterusan untuk pengguna kami. Pemerkasaan strategik penjual tempatan juga memainkan peranan penting untuk membolehkan kami menyokong dan membolehkan perniagaan berkembang maju dalam ruang digital," tambah Soh.
'Women's shoes,' 'women's blouse,' 'dress,' 'handbag,' dan 'women's sandals' paling banyak dicari, sementara produk penjagaan kulit, bersama pakaian wanita bersaiz besar, dan barangan kemas merupakan barangan fesyen dan kecantikan yang paling banyak terjual. Momentum ini terbukti dengan lebih 1.3 juta produk terjual dalam 2 jam pertama.
Sesi strim langsung dari ELGINI Apparel, Kacang Republika Premium, Kedai Abang Syukor, Panda Eyes, dan SKINTIFIC ditonton paling ramai, di mana hos mempersembahkan kandungan berinformatif yang diterima baik oleh pengguna.
"Shopee amat berbangga dengan kejayaan penjualan tempatan pada 11.11 Jualah Hebat tahun ini, dan kami komited dalam menyokong perniagaan mereka untuk berkembang bersama kami. Kami akan selalu membekalkan penjual dengan sumber dan peralatan perniagaan untuk mereka berjaya dalam ruang ini. Kami akan sentiasa berinovasi dan membawakan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik untuk pengguna," akhiri Soh.