omniture

CHiQ Umum Secara Rasmi Kempen Pemasaran Sukan Baharu Tampilkan Atlet Juara

CHiQ
2023-11-15 16:16 22

BERLIN, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Pada 13 November 2023, CHiQ mengumumkan kolaborasinya dengan FIS World Cup dan penajaan Persatuan Ski Jerman (German Ski Association, DSV), memperkenalkan atlet juara Viktoria Rebensburg sebagai duta jenama baharunya. CHiQ mengadakan majlis penandatanganan di Planegg, Jerman pada jam 3 petang, yang menandakan bab baharu dalam strategi pemasaran sukannya.


FIS Alpine Ski World Cup dan FIS Ski Jumping World Cup merupakan acara-acara bermain ski yang amat berprestij. Acara-acara ini mempunyai kumpulan peminat seramai 33 juta individu di seluruh Eropah dengan anggaran kumpulan penonton TV global mencecah 1.2 bilion. Viktoria Rebensburg, seorang pemain ski Jerman yang terkenal dan pemenang Ski World Cup sebanyak tiga kali membawakan pengalaman memenangi pingat emas beliau dalam slalom gergasi untuk peranan beliau sebagai duta jenama CHiQ.

Kolaborasi ini akan memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan produk rumah pintar CHiQ, termasuk televisyen, peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara dan monitor di seluruh Eropah. Tambahan pula, logo jenama CHiQ akan dipaparkan dengan jelas di tempat-tempat acara bermain ski dan pada lapik dada pemain dalam musim akan datang, bagi meningkatkan profil global jenama ini.

Jerman merupakan pasaran yang penting untuk CHiQ di Eropah. Perkongsian dengan DSV bersedia untuk mengukuhkan lagi kehadiran CHiQ dalam pasaran ini. "CHiQ ialah jenama perkakas rumah baru muncul dengan jejak antarabangsa yang kukuh dan kami berbesar hati dapat menjalin perkongsian bersama mereka," ulas Walter Vogel, Pengarah Urusan DSV Marketing. "Ski World Cup merupakan platform paparan yang menggamit perhatian antarabangsa," tambah Christian Ulmer, Pengarah Kanan Pasukan Sukan Musim Sejuk di SPORTFIVE, agensi pemasaran sukan yang menjadi orang tengah bagi perkongsian ini. "Kami teruja untuk memudahkan kemasukan CHiQ ke dalam arena sukan musim sejuk, mewujudkan situasi yang saling menguntungkan untuk semua pihak yang terlibat."

Di majlis penandatanganan, Viktoria berkongsi pengalaman perlumbaan beliau, menonjolkan semangat bermain ski melalui usaha inovasi, keberanian dan pengembaraan beliau. Beliau menyatakan keyakinan terhadap kejayaan perkongsian baharu ini.

Pemasaran sukan telahpun muncul sebagai pemacu yang sangat penting untuk penembusan CHiQ ke dalam pasaran antarabangsa dan evolusinya menjadi jenama yang terkemuka di dunia. "Sejak lima tahun yang lalu, CHiQ meluaskan jangkauan jenamanya ke negara-negara utama di Eropah dan berjaya mengintegrasikan tabiat pengguna pelanggan Eropah," jelas Jared Yang, Ketua Pegawai Eksekutif CHiQ Europe Electric S.r.o. "Sukan ski melambangkan dedikasi, kehebatan teknikal, kemudaan dan kedinamikan, kesemuanya sejajar dengan proposisi jenama CHiQ. Kami beraspirasi untuk memupuk hubungan emosi yang lebih mendalam bersama pengguna Eropah melalui minat bersama kami terhadap sukan ski."

Source: CHiQ
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Retail Sports Licensing/marketing agreements