UTRECHT, Belanda, 1 Ogos 2014 /PRNewswire/ --
Pemilik Pas Eurail Pilihan & Global Terima Hari Tambahan Percuma untuk Menjelajah Eropah
Bermula pada 1 Ogos hingga 30 September 2014, promosi terkini Eurail 2014 menawarkan tambahan hari perjalanan percuma kepada warga bukan Eropah melalui Pas Berterusan Eurail Global dan Pas Pilihan 4-Negara.
Dengan menawarkan hari perjalanan secara percuma, Eurail berhasrat untuk memaksimumkan pengalaman perjalanan pelanggannya dengan kemungkinan menjelajah Eropah dengan lebih mendalam dengan menggunakan kereta api. Bilangan hari perjalanan tambahan bergantung pada jenis pas: kempen tersebut menawarkan satu hari perjalanan tambahan untuk Pas Pilihan 4-Negara, dua hari perjalanan tambahan untuk Pas Berterusan Global 15-hari, tiga hari perjalanan tambahan untuk Pas Berterusan Global 21-hari dan lima hari perjalanan tambahan untuk Pas Berterusan Global satu bulan. Tawaran istimewa ini adalah sah untuk semua variasi produk bagi kelas pertama dan kelas kedua.
Memandangkan pas boleh didapati dalam tempoh pratempahan enam bulan, para pelanggan Eurail boleh mendapat keuntungan daripada promosi ini sehingga April 2015. Dengan itu, mereka akan terus beroleh manfaat daripada pelbagai kelebihan yang sinonim dengan perjalanan di luar waktu puncak. "Kelebihan landasan lebih pendek di kawasan pelancongan dan harga yang lebih rendah adalah jelas," ujar Silvia Görlach, Pengurus Pemasaran Eurail Group G.I.E. "Melawat Eropah sebaik sahaja sejumlah orang ramai telah meninggalkannya, ialah pengalaman yang benar-benar berbeza, yang membolehkan para pelancong berpeluang untuk menjelajah Eropah, budaya dan penduduknya dalam suasana sebenar dan santai."
Promosi Hari Tambahan Eurail dilakukan bersama promosi "Perayauan Percuma" Eurail, dilancarkan pada 7 Julai, menawarkan 2,500 pelanggan pertama Pas Pilihan dan Global Eurail yang mendaftarkan pembelian pas mereka melalui http://www.eurail-roaming.com dengan Kad SIM Perayauan Percuma Eurail dengan kredit prabayar sebanyak 18 Euro.
Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian Ejen Jualan Am yang Dibenarkan di seluruh dunia. Sila layari http://www.eurailgroup.org/eurail
Setelah diasaskan pada tahun 2001, Eurail Group G.I.E. bertanggungjawab terhadap pemasaran dan pengurusan Pas InterRail dan Eurail yang menyediakan perjalanan kereta api tanpa had di seluruh Eropah. Organisasi ini berpusat di Utrecht (Belanda) dan dimiliki sepenuhnya oleh tiga puluh syarikat kereta api dan perkapalan. Di samping itu, Kumpulan ini mempunyai sejumlah rakan kongsi berkepentingan, termasuk hotel, syarikat pengangkutan dan muzium, yang menyediakan perkhidmatan sama ada pada kadar yang telah dikurangkan atau percuma kepada pemilik pas kereta api.
Sumber: Eurail Group G.I.E.