omniture

Omega Laboratories Menambah Empat Kali Ganda Keupayaan Ujian Dadah Berasaskan Rambut

Omega Laboratories, Inc.
2014-08-04 09:57 306


CLEVELAND, 4 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Omega Laboratories Inc hari ini mengumumkan perluasan makmal ujian dadah mereka kepada lebih 44,000 kaki persegi dengan pelaburan sebanyak 5 juta USD. Keluasan yang baharu ini membolehkan ibu pejabat dan makmal Omega di Amerika Syarikat menambah kapasiti ujian harian sebanyak empat kali ganda daripada kapasiti dahulu. Pelaburan ini dilakukan atas permintaan global yang kian meningkat untuk menguji penyalahgunaan dadah menggunakan teknik analisa rambut. Penambahan baharu ini telah dilengkapi dengan kelengkapan spektrometri jisim yang canggih dan dikendalikan oleh kakitangan Omega yang sangat terlatih dan berpengalaman.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140730/131456

Omega menyifatkan pertumbuhannya yang memberangsangkan ini atas beberapa faktor, termasuk mempunyai tempoh memperoleh keputusan ujian terpantas dalam industri, dan melaporkan keputusan dengan konsisten dalam tempoh 24-72 jam di samping mengekalkan ketepatan keputusan bertahap tinggi. Teknik untuk memperolehi tempoh keputusan dengan cepat dan tepat  ialah hasil daripada kaedah ujian tersendiri,  iaitu sebahagian daripada harta intelek dan kecekapan operasi yang dibangunkan oleh Omega sejak 14 tahun lalu. Ini termasuklah proses mencuci spesimen yang telah diluluskan oleh perbagai agensi akreditasi sebagai kaedah yang berkesan untuk menghapuskan kontaminasi luaran. Omega ialah salah satu daripada tiga makmal ujian rambut di seluruh dunia yang telah memperoleh pelepasan FDA 510(k).

Omega juga diiktiraf dan dihormati dalam komuniti saintifik global dengan menyediakan bantuan kepakaran teknikal berdasarkan fakta yang konsisten dan menyokong piawaian untuk ujian analisa dadah menggunakan rambut pada peringkat global. Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah baru-baru ini mendapatkan kepakaran Omega dalam mengkaji dan mengulas Garis Panduan untuk Ujian Dadah di bawah Kawalan Antarabangsa untuk Rambut, Peluh serta Cecair Oral. Pengiktirafan ini telah diperolehi kerana Omega telah sekian lama terlibat dengan beberapa mesyuarat bersama agensi kerajaan, penasihat politik dan juga jawatankuasa membuat keputusan, termasuk lebih empat puluh mesyuarat bersama ahli Kongres Amerika Syarikat. Menerusi usaha ini, Omega telah diiktiraf sebagai pakar pilihan dalam hal ehwal kawal selia untuk industri ini.

Ujian dadah melalui rambut dan cecair oral Omega menawarkan pelbagai manfaat berbanding ujian air kencing untuk para pelanggan di seluruh dunia. Teknik-teknik yang dipelopori oleh Omega dapat mengenal pasti lebih ramai pengguna dadah, memberi keputusan ujian yang lebih sukar untuk disangkalkan serta proses yang lebih mudah untuk mengumpul dan menghantar sampel rambut untuk dianalisa.

Latar Belakang Omega Laboratories, Inc. – Omega merupakan makmal canggih yang menyediakan ujian rambut dan cecair oral bagi penyalahgunaan dadah untuk lebih 6,000 pelanggan di seluruh dunia. Omega mendapat akreditasi piawaian ISO/IEC 17025 menerusi Khidmat Kualiti Forensik (FQS), memiliki Akreditasi Kolej Patologi Amerika (CAP) untuk Ujian Dadah Forensik, dan pelepasan 510(k) daripada FDA. Reputasi Omega dalam menjalankan ujian yang jitu, tepat pada masanya serta berkesan daripada segi kos, digandingkan dengan reputasi khidmat pelanggan yang cemerlang, telah meletakkan kedudukan Omega sebagai peneraju dalam ujian dadah berasaskan rambut.

HUBUNGI: Mark Freemal, +1-330-628-5748

http://www.omegalabs.net/

 

Source: Omega Laboratories, Inc.
Related Links:
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Medical Equipment Corporate Expansion