omniture

Built by Nature akan menghadiahkan €500,000 bagi hadiah global pertama yang memberi tumpuan kepada bahan binaan berasaskan biologi

Built by Nature
2023-11-16 08:01 47

AMSTERDAM, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Built by Nature, sebuah rangkaian dan dana penyedia geran, telah mengumumkan hadiah global berjumlah €500,000 bagi mengiktiraf inovasi dan merangsang kebolehskalaan dalam penggunaan bahan berasaskan biologi seperti kayu, buluh, hem, jerami, alga dan kulat dalam pembinaan.

 

Persekitaran binaan menghasilkan sehingga 40% daripada gas rumah hijau di seluruh dunia serta peningkatan penggunaan kayu yang diperoleh secara lestari dan bahan berasaskan biologi boleh diperbaharui menawarkan penyelesaian yang realistik dan ketara dalam menangani perubahan iklim melalui penyahkarbonan bandar dan bangunan kita.

Built by Nature Prize (Prize) bermatlamat untuk mengenal pasti dan menarik pengeluar bahan binaan berasaskan biologi dan inovasi mereka yang sedia pasaran dari semua wilayah serta membantu pengeluar tersebut mengatasi halangan kemasukan ke pasaran arus perdana.

"Memandangkan skala besar dalam pembangunan bandar yang tidak dapat dielakkan di seluruh dunia sepanjang dekad akan datang, kita tidak boleh melakukan pembinaan seperti yang telah kita lakukan di kebanyakan tempat di Eropah sejak beberapa ratus tahun yang lalu. Kita perlu dengan segera mencari bahan binaan yang inovatif, boleh diperbaharui dan rendah karbon bagi mengurangkan secara radikal jejak karbon yang terdapat di bangunan baharu dan bandar-bandar," menurut Paul King, Ketua Pegawai Eksekutif Built by Nature. "Sejak pelancaran kami pada bulan Oktober 2021 lepas, Built by Nature telah menyaksikan perkembangan pesat rangkaian kami di Eropah di mana lebih 1,300 komited terhadap transformasi industri pembinaan dan kini Prize ini membolehkan kami meluaskan skop dan memperdalam kesan kami pada peringkat global."

Built by Nature telah menganugerahkan geran berjumlah €3.3 juta sehingga kini dengan pembiayaan bersama tambahan sebanyak €2.2 juta kepada 28 buah projek di seluruh Eropah yang memberi tumpuan dalam pembangunan penyelesaian bagi mengatasi halangan dan merangsang peningkatan pengambilan bahan berasaskan biologi, dengan tumpuan kepada kayu secara besar-besaran.

Bagi mencerminkan skop global Prize tersebut, panel penilai adalah terdiri daripada pakar-pakar terkemuka dari persekitaran binaan, seni bina, kewangan, nilai sosial dan biobahan dari seluruh dunia. Dr. Yasmeen Lari, seorang arkitek wanita pertama dari Pakistan yang terkenal dengan kepemimpinan beliau dalam seni bina dan keadilan sosial, akan berkhidmat sebagai Penasihat Kehormat kepada Built by Nature Prize. Barisan ahli-ahli juri Prize ialah:

  • Arief Rabik – Pengerusi merangkap Pengasas Bamboo Village Trust yang juga Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PT Indobamboo Lestari di Indonesia.
  • Ariel Shtarkman – Rakan Kongsi Pengurusan Undivided Ventures, yang juga Pengasas Orca Capital dan Pengasas Bersama merangkap Pengarah Urusan Atom Assets.
  • Mae-ling Lokko dari Ghana dan Filipina, iaitu Penolong Profesor di Sekolah Seni Bina Universiti Yale, pakar dalam bahan berasaskan biologi dan buangan tani. 
  • Stig Hessellund -- Arkitek merangkap Pengurus Projek Realdania, dengan tumpuan utama kepada pembangunan lestari dalam industri pembinaan.
  • Ana Belizario ialah Ketua Pembangunan Perniagaan Urbem, pengeluar kayu besar-besaran di Brazil.

Pemenang keseluruhan hadiah ini akan menerima hadiah bernilai €250,000 dengan kriteria yang memberi tumpuan kepada potensi yang ditunjukkan terhadap pengurangan pelepasan karbon yang besar serta manfaat kepada alam semula jadi dan komuniti tempatan.

Tiga hadiah naib juara sebanyak €50,000 setiap satu akan turut diberikan berdasarkan kriteria yang sama, dengan dana budi bicara bernilai €100,000 yang dikhaskan untuk projek berpotensi yang dinilai layak mendapat sokongan.

Untuk layak memenangi hadiah tersebut, penyelesaian yang dicadangkan mesti terdiri terutamanya daripada biobahan dengan kegunaan utama yang bertujuan untuk persekitaran binaan; menunjukkan bahawa produk tersebut boleh dihasilkan dan dilaksanakan dengan jaya menggunakan teknologi yang tersedia pada masa ini, dan produk/perkhidmatan tersebut mestilah sudah berada di pasaran, sama ada melalui projek rintis peringkat awal atau tersedia secara terbuka.

Sebagai tambahan kepada wang hadiah tersebut, pendedahan dan peluang bercerita yang berharga, manfaat yang akan diperoleh oleh penerima anugerah termasuk pengenalan di seluruh rangkaian pemenang dan rakan kongsi Built by Nature yang luas untuk sokongan bimbingan, akses kepada pelabur berpotensi dan pasaran baharu serta memudahkan hubungan dengan rakan seangkatan yang menghadapi cabaran serupa dan peluang di seluruh dunia. Dengan mempromosikan kesedaran dan pendidikan awam dan industri mengenai potensi manfaat dan penggunaan penyelesaian bahan, para pemenang akan menyumbang secara langsung kepada visi dan misi Built by Nature.

Tarikh akhir permohonan ialah pada 25 Januari 2024, dengan pemenang akhir akan diumumkan pada 4 Jun. Pemohon yang berminat digalakkan untuk melayari laman web Built by Nature Prize untuk mendapatkan butiran lengkap: https://builtbn.org/prize

Tentang Built by Nature 

Built by Nature (BbN) ialah sebuah rangkaian dan dana penyedia geran – yang dibiayai oleh pembiayaan dermawan - dengan misi untuk mempercepat transformasi bangunan kayu dan visi untuk persekitaran binaan yang berfungsi secara seiring dengan alam semula jadi. BbN menyokong para pemaju rintis sektor persekitaran binaan, arkitek dan jurutera, pemilik dan pengurus aset, pelabur dan syarikat insurans, pemimpin bandar, ahli akademik, penyelidik, badan bukan untung dan penggubal dasar dalam perjalanan mereka untuk melakukan penyahkarbonan terhadap persekitaran binaan kita dan melindungi alam semula jadi. Dana Built by Nature memberi geran kepada pasukan dan penyelesaian yang boleh meningkatkan pengambilan bahan berasaskan biologi dan kayu yang diperoleh secara lestari serta menambah baik kesan iklimnya, sekali gus mengatasi halangan yang paling mencabar. https://builtbn.org/

Video - https://mma.prnasia.com/media2/2275670/Built_by_Nature.mp4
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2276180/Built_by_Nature_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2276195/Built_by_Nature_Prize_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: Built by Nature
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Real Estate Residential Real Estate Awards Environmental Issues