omniture

Suntech Lancarkan Projek 'Off-Grid' 7.5 MW Bekalkan Kuasa untuk Sekolah dan Perkampungan di Malaysia

Projek akan menyediakan penyelesaian mikro grid di kawasan pedalaman negeri Sarawak untuk tahun mendatang
Wuxi Suntech Power Co., Ltd.
2014-08-04 15:37 186

WUXI, China, 4 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Wuxi Suntech, pengeluar terbesar dunia bagi modul PV, telah mengumumkan ia akan menyediakan panel PV untuk 7.5 MW projek 'off-grid' bagi membekalkan kuasa kepada sekolah luar bandar dan perkampungan di Malaysia.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140729/130770

Pengumuman tersebut termasuk di bawah inisiatif kerajaan, Projek Elektrik Hibrid Suria Luar Bandar untuk Perkampungan dan Sekolah dalam Negeri, diselia oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Projek tersebut telah dilancarkan baru-baru ini dan dijangka siap dalam beberapa fasa dan diteruskan sehingga tahun 2017. Fasa pertama akan menyediakan 960 kW untuk membekalkan kuasa kepada tiga sekolah - SK Nanga Metah, SK Nanga Janan dan juga SK Sungai Tunoh – serta 20 kampung di sekitarnya. Pelaksanaan besar-besaran seterusnya bagi projek ini akan mencecah sejumlah 7.5 MW tenaga elektrik untuk sekolah luar bandar dan perkampungan tambahan.

Modul PV akan membentuk sistem mikro grid yang dapat menyediakan tenaga elektrik selama 24 jam untuk tiga sekolah dan 20 kampung di sekitarnya. Sistem tersebut akan melibatkan modul Diuji Kualiti VDE dengan kecekapan tinggi milik Suntech.

"Kami telah bekerja dengan gigih bersama rakan kongsi kami Helios Photovoltaics dan kerajaan Malaysia selama beberapa tahun untuk melancarkan projek revolusioner ini. Kami menggunakan penjana diesel dan pek bateri Jerman untuk menyokong Modul PV Suntech yang terbaik dalam kelasnya dalam sistem ini. Terdapat banyak lokasi di wilayah ini yang hanya boleh diakses melalui bot atau helikopter dan sebelum ini hanya bergantung pada penjanaan diesel untuk mendapatkan kuasa. Sistem mikro grid baharu ini akan membantu mengurangkan kos diesel secara signifikan dan turut mengurangkan sehingga 10,000 tan pelepasan karbon dioksida setiap tahun, lalu menyediakan tenaga yang bersih serta andal untuk sekolah dan perkampungan di Sarawak. Kami amat berbangga dengan hasil kerja kami bersama Helios dan Kerajaan Malaysia yang telah membolehkan kami untuk membuahkan hasil bagi projek ini," kata Samuel Zhang, pengarah jualan untuk APMEA & China di Suntech.

Hasil pengambilalihan baru-baru ini oleh Shunfeng Photovoltaics Ltd. yang berpusat di Hong Kong, Suntech beroleh kunci kira-kira kewangan terbaik dalam industri suria dan sedang mengusahakan strategi perniagaan baharu yang akan menjadikannya penyedia tenaga bersih bersepadu terbesar pada peringkat global. Suntech akan menyediakan akses sehenti kepada rangkaian syarikat Shunfeng dengan keupayaan dalam reka bentuk, kejuruteraan, pembuatan, pembinaan, kewangan, insurans, operasi serta penyelenggaraan, simpanan tenaga, aplikasi dan produk suria.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Suntech sila hubungi: Vera Wu, vwu@apcoworldwide.com, + 852 6809 1723

Latar Belakang Wuxi Suntech Power Co., Ltd.

Wuxi Suntech Power Co., Ltd., syarikat yang diperbadankan di Republik Rakyat China pada Januari 2001, mengeluarkan produk suria yang menerajui industri untuk aplikasi kediaman, komersil, perindustrian serta utiliti. Suntech telah menyampaikan lebih 30 juta panel fotovolta atau 8 GW kapasiti terpasang untuk lebih 1 ribu pelanggan di lebih 80 negara. Penyelidikan & Pembangunan Suntech yang mempelopori ini mencipta inovasi berpaksikan pelanggan yang sedang memacu pariti suria ke grid melawan bahan api fosil. Matlamat Suntech adalah untuk menyediakan capaian yang andal kepada sumber tenaga paling bersih dan paling banyak di alam semula jadi.

9 Jalan Xinhua

Tel: +86 (0) 510.8531.8861

Daerah Baharu, Wuxi

Faks: +86 (0) 510.8534.4214

Jiangsu, China

suntech-power.com

Source: Wuxi Suntech Power Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities