omniture

CARGOBASE PERLUAS JEJAK GLOBAL DENGAN PEJABAT BAHARU DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Cargobase
2023-11-16 10:00 14

SINGAPURA, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Cargobase, platform teknologi logistik global untuk penghantar perusahaan, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan pejabat baharunya di Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian daripada pengembangan strategiknya untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada kumpulan pelanggan yang semakin berkembang.

Pejabat baharu di Kuala Lumpur akan menampung fungsi-fungsi operasi yang penting, seperti pasukan kejuruteraan, produk dan kejayaan pelanggan. Kelebihan utama lokasi Kuala Lumpur ialah akses kepada kumpulan bakat yang bersemangat dan pelbagai tatkala bandar tersebut menjadi semakin terkenal sebagai hab inovasi teknologi baru muncul.

"Banyak syarikat teknologi logistik menghadapi rintangan yang kuat kali ini, namun kami optimis tentang pertumbuhan kami lantaran model perniagaan mampan yang dibina sejak 10 tahun yang lalu, kumpulan pelanggan yang semakin berkembang dan bahagian pasaran yang semakin meningkat dalam segmen kami. Kuala Lumpur ialah hab inovasi teknologi yang sedang meningkat maju yang menawarkan akses kepada bakat yang hebat dan keterhubungan yang sangat baik pada kos yang berpatutan. Menarik minat bakat kejuruteraan terunggul adalah amat penting untuk membangunkan produk perisian logistik terbaik yang serba boleh, berkuasa, namun cukup intuitif untuk digunakan oleh golongan profesional logistik setiap hari," kata Wiebe Helder, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di Cargobase.  

Beribu pejabat di Singapura, Cargobase menyambut ulang tahun ke-10nya sebagai sebuah syarikat perisian logistik pada tahun ini, dengan portfolio penghantar perusahaan dalam industri automotif, elektronik dan semikonduktor serta kumpulan pengguna yang mencakupi 52 negara.

Pada Mac 2023, Cargobase mengumumkan Next UI mereka, antara muka pengguna baharu yang memberikan keterlihatan kepada penghantar perusahaan yang diperlukan oleh mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik. Ciri-ciri melibatkan penjejakan barangan angkut yang lebih baik, pelaporan emisi karbon, analitis termaju dan keupayaan integrasi API yang mudah.

LATAR BELAKANG CARGOBASE

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2013, Cargobase ialah sebuah syarikat perisian logistik global yang mana misinya adalah untuk mempermudah logistik buat semua. Penyelesaiannya: "Perisian Logistik Yang Berfungsi". Cargobase menawarkan TMS Lite, Sistem Pengurusan Pengangkutan (TMS) yang memahami apa yang diinginkan oleh golongan profesional logistik – keserbabolehan untuk mengurus pelbagai aliran rantaian bekalan dari hujung-ke-hujung, digandingkan dengan keterlihatan untuk membuat keputusan lebih baik sejak hari pertama. TMS Lite digunakan di 52 negara oleh syarikat tersenarai dan penghantar perusahaan terkemuka dalam sektor Automotif, Elektronik, Semikonduktor, Fesyen, Minyak & Gas, Penerbangan serta Pertanian.

Source: Cargobase
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Corporate Expansion Supply Chain/Logistics