SINGAPURA, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Digital Realty (NYSE: DLR), penyedia global terbesar bagi penyelesaian kolokasi dan saling hubungan serta pusat data neutral awan dan neutral pembawa, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai 'Peneraju' dalam Penilaian Vendor IDC MarketScape: Operasi dan Pengurusan Pusat Data Asia Pasifik 2023 (IDC MarketScape: Asia Pacific Datacenter Operations and Management 2023 Vendor Assessment) yang pertama (dokumen #AP50445823, November 2023)
Penilaian ini menganalisis pasaran kolokasi dan saling hubungan rantau ini menggunakan model IDC MarketScape. Ia membentangkan pandangan menyeluruh tentang permintaan pasaran, jangkaan keperluan pembeli dan kekuatan daya saing penyedia infrastruktur digital untuk membantu perniagaan mengurus pertukaran data dengan selamat dan cekap.
"Digital Realty telah muncul sebagai Peneraju dalam pasaran Asia/Pasifik dengan menyesuaikan diri dengan trend seperti kolokasi berketumpatan tinggi dan menjadi yang pertama memperkenalkan pusat data yang tersedia dengan NVIDIA DGX H100 untuk mendayakan beban kerja AI yang termaju. Melalui PlatformDIGITAL™, ia menawarkan infrastruktur boleh skala dan kalis masa hadapan untuk perniagaan dipacu data di rantau ini dan di seluruh dunia," kata William Lee, Pengarah Penyelidikan dan Mikhail Jaura, Penganalisis Penyelidikan, Penyelidikan Pusat Data Asia/Pasifik, IDC.
Pusat data terbaharu Digital Realty di Osaka KIX13 dan dua kemudahan di Tokyo NRT10 dan NRT12 adalah tersedia dengan AI, yang telah diperakui oleh NVIDIA sebagai pusat data "Sedia DGX SuperPOD™" yang boleh memuatkan NVIDIA DGX-A100 dan DGX-H100. Pensijilan ini adalah bukti dedikasi Digital Realty untuk menyediakan persekitaran yang berdedikasi, teguh dan berdaya tahan yang dioptimumkan untuk penggunaan sistem pengkomputeran AI yang intensif pada skala yang besar.
Digital Realty mempunyai salah satu jejak infrastruktur digital terluas di dunia dengan liputan yang teguh di seluruh Asia Pasifik. Ini termasuk pasaran teras yang semakin berkembang seperti Osaka dan Tokyo, di mana ia dijangka akan melancarkan kemudahan baharu pada tahun depan. Syarikat ini juga meningkatkan jejaknya ke India, di mana ia telah memperoleh tanah di Mumbai dan akan melancarkan pusat data India pertamanya di Chennai pada awal tahun 2024. Pengembangan yang akan datang bagi usaha sama Digital Realty di India juga akan meningkatkan kesalinghubungan platform globalnya secara strategik ke pusat data dan pertubuhan lain di negara tersebut untuk memenuhi keperluan infrastruktur digital bagi pasaran India yang berkembang pesat.
IDC MarketScape menyatakan, "PlatformDIGITAL Digital Realty ialah penyelesaian yang menarik untuk perniagaan yang dipacu data dalam mencari platform boleh skala dan kalis masa hadapan untuk memenuhi keperluan infrastruktur hibrid dan awan berbilang globalnya. PlatformDIGITAL menawarkan penyelesaian yang selamat dan patuh peraturan yang direka khusus untuk pelbagai industri, sekali gus memastikan tahap perlindungan data yang tertinggi."
Pengiktirafan daripada IDC MarketScape ini adalah susulan daripada satu lagi pengiktirafan terbaru - Digital Realty baru-baru ini dinamakan sebagai Peneraju dalam Penilaian Vendor IDC MarketScape: Perkhidmatan Pusat Data Seluruh Dunia 2023 (IDC MarketScape: Worldwide Datacenter Services 2023 Vendor Assessment) (dokumen # US49435022, Oktober 2023) untuk kali ketiga.
"Kami sangat berbesar hati kerana dinobatkan sebagai Peneraju dalam IDC MarketScape untuk Asia Pasifik. Digital Realty menawarkan platform infrastruktur digital neutral pembawa terbesar di dunia dan sebagai sebuah pengendali pusat data hibrid, kami memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk menggunakan dan menyambung infrastruktur kritikal dengan mudah, pada sebarang kapasiti, untuk sebarang skala yang diingini. Kami komited untuk membina tempat pertemuan global yang selamat dan terbuka yang akan membolehkan berlakunya gelombang transformasi seterusnya di Asia Pasifik dan dunia," kata Serene Nah, Pengarah Urusan merangkap Ketua Asia Pasifik Digital Realty.
Laporan IDC MarketScape terus memperakui Digital Realty atas kekuatannya yang berikut:
Tentang Digital Realty
Digital Realty menyatukan syarikat dan data dengan menyampaikan spektrum penuh penyelesaian pusat data, kolokasi dan saling hubungan. PlatformDIGITAL®, platform pusat data global syarikat ini, menyediakan pelanggan dengan "tempat pertemuan" data yang selamat dan metodologi penyelesaian Seni Bina Pusat Data Pervasif (PDx®) yang terbukti untuk menjana inovasi dan mengurus cabaran Graviti Data dengan cekap. Digital Realty memberikan pelanggannya akses kepada komuniti terhubung yang penting kepadanya dengan jejak pusat data global sebanyak lebih 300 kemudahan di lebih 50 metro merentasi 28 negara di enam benua. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Digital Realty, sila layari digitalrealty.com atau ikuti kami di LinkedIn dan X.
Tentang IDC MarketScape:
Model penilaian vendor IDC MarketScape direka bentuk untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang kecergasan kompetitif pembekal ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam pasaran tertentu. Metodologi penyelidikan ini menggunakan metodologi pemarkahan yang ketat berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan satu ilustrasi grafik bagi kedudukan setiap vendor dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan rangka kerja yang jelas dengan tawaran produk dan perkhidmatan, keupayaan dan strategi serta faktor kejayaan pasaran semasa dan akan datang bagi vendor IT dan telekomunikasi yang boleh dibandingkan dengan bermakna. Rangka kerja ini juga menyediakan pembeli teknologi dengan penilaian 360 darjah tentang kekuatan dan kelemahan vendor semasa dan prospektif.
Untuk Maklumat Tambahan
Hubungan Media
Sin Huay Ho
Digital Realty
+65 8125 8380
shho@digitalrealty.com
Eugene Wee/ Trisha Koh
Archetype
+65 6603 9000
digitalrealty-sin@archetype.co
Perhubungan Pelabur
Jordan Sadler / Jim Huseby
Digital Realty
+1 737 281 0101
InvestorRelations@digitalrealty.com
Pernyataan Berpandangan ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan yang berdasarkan kepada jangkaan semasa, ramalan dan andaian yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza secara material, termasuk pernyataan yang berkaitan dengan IDC MarketScape, inisiatif kemapanan kami, permintaan pelanggan, PlatformDIGITAL® dan pasaran serta strategi kami dalam APAC. Untuk mendapatkan senarai dan penerangan tentang risiko dan ketidakpastian, sila lihat laporan dan pemfailan lain yang dibuat oleh syarikat ini kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. Syarikat ini menafikan sebarang niat atau kewajiban untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1930428/Digital_Realty_Black_Logo.jpg?p=medium600