PHILADELPHIA, 4 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- FMC Corporation (NYSE: FMC) dan Actagro®, LLC telah mengumumkan hari ini kedua-dua syarikat tersebut telah memeterai perjanjian Pembangunan Teknikal dan Pengedaran bagi FMC untuk menjadi pemasar eksklusif serta pengedar produk nutrisi kesihatan tanaman dan tanah berasaskan Actagro Organic Acid® di rantau Asia Pasifik. FMC akan menambahkan penyelesaian teknologi Actagro ke dalam portfolio miliknya yang sudah pun besar di rantau ini.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20111101/NE97440LOGO
Actagro akan menyediakan keseluruhan barisan sokongan teknikal produk semasa untuk FMC agar dapat memperkenalkan dengan berkesan teknologi Asid Organik Actagro serta kelebihannya kepada para petani dan pengedar di rantau tersebut. Di samping itu, FMC dan Actagro akan bekerja rapat untuk menghasilkan produk baharu yang diperlukan bagi memenuhi keperluan tanah dan tanaman tempatan.
"Pengenalan produk Actagro kepada pasaran Asia akan meningkatkan keupayaan para penanam tempatan untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi dan lebih baik dengan penyelesaian produk nutrisi tanaman dan pinda tanah serta nutrisi yang disahkan secara saintifik," ujar Robert Trogele, presiden, FMC Asia Pasifik. "Teknologi dan barisan produk tersendiri yang dibawakan oleh Actagro merupakan tambahan sinergi untuk portfolio produk serta perkhidmatan FMC. Kami amat teruja untuk bermula dengan barisan produk semasa ini dan bekerja bersama-sama untuk membangunkan produk tambahan."
"Actagro berbesar hati untuk bekerjasama dengan FMC Asia Pasifik bagi membawakan teknologi Asid Organik Actagro ke rantau baharu di dunia untuk kami," kata Monty Bayer, presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Actagro®, LLC. "Rangkaian pengedaran dan portfolio meluas FMC, berserta hubungan pelanggan yang utuh serta telah mantap dan juga usaha pemasaran yang berpengaruh di rantau ini, akan membantu perkembangan perkongsian ini dengan signifikan."
Latar Belakang Actagro, LLC
Actagro® LLC ialah pembangun, pengeluar dan juga pemasar ulung bagi penyelesaian teknologi kesihatan tanaman dan tanah yang mesra alam dan mampan yang dapat meningkatkan nilai untuk para pelanggan kami pada peringkat global.
Latar Belakang FMC
FMC Corporation ialah syarikat bahan kimia pelbagai yang menyediakan perkhidmatan untuk pasaran pertanian, perindustrian dan pelanggan pada peringkat global selama lebih satu abad melalui penyelesaian yang inovatif, aplikasi serta produk berkualiti. Pada tahun 2013, FMC mempunyai jualan tahunan sebanyak kira-kira $3.9 bilion. Syarikat ini juga menggaji hampir 5,600 individu dari seluruh dunia, dan mengendalikan perniagaannya dalam tiga segmen: Penyelesaian Pertanian FMC, Kesihatan dan Pemakanan FMC, serta Mineral FMC. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.FMC.com.