SINGAPURA, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, TerraPay dan Maya mengumumkan kerjasama global transformatif di Festival Teknologi Kewangan Singapura (Singapore Fintech Festival).
Memandangkan permintaan untuk penyelesaian pembayaran rentas sempadan yang cekap terus meningkat, TerraPay, rangkaian pembayaran rentas sempadan global yang terkemuka, teruja untuk mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan Maya, ekosistem teknologi kewangan nombor 1 di Filipina yang menawarkan bank digital termaju, aplikasi kewangan pengguna bertaraf tinggi serta perniagaan pemerolehan dan pemprosesan pembayaran pedagang terkemuka. Kerjasama ini bertujuan untuk menjadikan kiriman wang antarabangsa lebih senang diakses, memudahkan dan selamat untuk rakyat Filipina di seluruh dunia.
Dengan adanya kerjasama ini, pengguna aplikasi Maya kini boleh membuat pemindahan wang yang lancar dari Korea, Amerika Syarikat, Singapura dan Timur Tengah melalui rangkaian global TerraPay yang luas. Bersama-sama, kedua-dua syarikat ini menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sambil memastikan keselamatan transaksi yang terbaik, menawarkan masa pemindahan yang lebih pantas, kadar pertukaran yang kompetitif dan pilihan pembayaran tanpa sempadan yang berpatutan.
Mengulas mengenai kerjasama ini, Ani Sane, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Perniagaan TerraPay berkata, "Kerjasama ini sejajar dengan misi TerraPay untuk memacu keterangkuman kewangan dan merevolusikan pembayaran global tanpa sempadan. Dengan kerjasama bersama Maya, kami dapat memberi perkhidmatan kepada pelanggan di Filipina dengan penyelesaian yang inovatif, memperkasakan mereka dengan pilihan pembayaran rentas sempadan yang pantas dan berpatutan. Kami kekal komited untuk menjadikan transaksi digital lebih selamat dan lebih pantas untuk penghantar dan pelanggan di Filipina."
Khurram Malik, Ketua Pegawai Operasi Maya berkata, "Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan TerraPay untuk menjadikan kiriman wang antarabangsa lebih senang diakses dan memudahkan untuk pelanggan kami. Pembayaran rentas sempadan adalah penting kepada rakyat Filipina yang semakin global yang mempunyai keluarga atau peluang pekerjaan maya di luar negara. Dengan memanfaatkan kelancaran aplikasi Maya, kami memudahkannya untuk mereka menerima wang, menyimpan dan berbelanja dengan bijak."
TerraPay dan Maya didorong oleh visi yang dikongsi bersama untuk mewujudkan ekosistem inklusif yang dikuasakan oleh pengalaman pelanggan yang unggul. Dengan memanfaatkan teknologi pembayaran TerraPay yang selamat dan boleh disesuaikan, Maya mengembangkan rangkaian pelanggannya yang berkembang maju, mempromosikan kesalingoperasian dan keterangkuman kewangan global, sambil membuka saluran baharu untuk pelanggan mengakses penyelesaian pembayaran yang mudah dan selamat merentasi sempadan.
Filipina, yang berada pada kedudukan 5 teratas negara untuk kiriman wang, menyaksikan aliran masuk kiriman wang yang mengejutkan sebanyak USD 38 bilion pada tahun 2022,1 dan nilai transaksi dalam pasaran kiriman wang digital diunjurkan untuk mencecah USD 1.12 bilion pada tahun 20232. Statistik ini menekankan kepentingan kerjasama antara TerraPay dan Maya dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan pengiriman wang yang cekap dan mudah di Filipina.
Tentang TerraPay
TerraPay memudahkan pergerakan wang di mana-mana sahaja – dengan menyediakan satu sambungan ke rangkaian pembayaran rentas sempadan yang paling meluas dan dikawal selia di 29 buah pasaran global serta membolehkan pembayaran kepada lebih 120 buah negara penerima, lebih 210 buah negara penghantar, lebih 7.5 bilion akaun bank dan lebih 2.1 bilion dompet mudah alih. TerraPay mempunyai misi untuk menghubungkan dunia kewangan tanpa sempadan, menjadikan pemindahan wang ke mana-mana sahaja dengan segera, boleh dipercayai, telus dan patuh sepenuhnya. TerraPay menjangkaui sempadan bagi perniagaan global – daripada bank, teknologi kewangan dan pengendali pemindahan wang kepada perniagaan pelancongan, platform ekonomi pencipta dan pasaran e-dagang – sambil memacu keterangkuman kewangan walaupun dalam pasaran yang paling tidak boleh diakses. Ditubuhkan pada tahun 2014, TerraPay beribu pejabat di London, dengan pejabat global di Bangalore, Dubai, Miami, Bogota, Dar es Salaam, Kampala, Hague, Dakar, Joburg, Nairobi, Milan, Singapura dan berkembang dengan pesat, setelah menerima pembiayaan dana daripada pelabur terkemuka, termasuk IFC (World Bank), Prime Ventures, Partech Africa dan Visa.
Untuk maklumat lanjut, sila layari terrapay.com
Tentang Maya Philippines Inc:
Maya ialah ekosistem teknologi kewangan #1 di Filipina, yang mempunyai bank digital termaju. Ia dikuasakan oleh perniagaan pemerolehan dan pemprosesan pembayaran pedagang #1, aplikasi kewangan pengguna yang dinilai sebagai #1 dan juga bank digital #1.
Ia membawa berjuta-juta rakyat Filipina — pengguna, perniagaan, komuniti dan agensi kerajaan — ke dalam ekonomi digital yang lebih inklusif, telus dan memperkasakan.
Maya didayakan oleh satu-satunya syarikat pembayaran digital serba lengkap negara ini, iaitu Maya Philippines, Inc, dan Maya Bank, Inc., untuk perkhidmatan perbankan digital. Untuk butiran lanjut, sila layari maya.ph dan mayabank.ph.
Rujukan
1 https://blogs.worldbank.org/peoplemove/remittances-east-asia-and-pacific
Hubungan Media:
Juveria Samrin
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600