omniture

Microland Diiktiraf sebagai Peneraju untuk Tahun Keempat Berturut-turut dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus 2023

Microland
2023-11-16 20:10 43

BENGALURU, India, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Microland telah menjajarkan semula fokusnya untuk menyampaikan pengalaman digital dan pertumbuhan perniagaan yang tidak berbelah bahagi melalui rangka kerja Intelligent Network Experience untuk perkhidmatan rangkaian. Rangka Kerja Microland Intelligent Network Experience memberi tumpuan dalam meningkatkan pengalaman, produktiviti dan keselamatan pengguna melalui penyampaian perkhidmatan berpandukan platform dengan memanfaatkan Kebolehcerapan Rangkaian dan AIOps, Automasi, NetDevOps serta Prestasi Rangkaian dan Analisis UX.

Microland Recognized as a Leader for the Fourth Consecutive Year in the 2023 Gartner® Magic Quadrant™ for Managed Network Services
Microland Recognized as a Leader for the Fourth Consecutive Year in the 2023 Gartner® Magic Quadrant™ for Managed Network Services


Rangka kerja Microland Intelligent Network Experience menyediakan perkhidmatan rangkaian hujung ke hujung yang berpusatkan pengguna yang meliputi perundingan dan penilaian hingga perkhidmatan transformasi serta perkhidmatan terurus merentasi teknologi rangkaian tradisional dan generasi seterusnya termasuk SD-WAN, SD-LAN dan Wi-Fi 6, SASE, SDN untuk Pusat Data, Rangkaian Awan, Rangkaian OT dan 5GPersendirian kepada perniagaan. Microland menggunakan platform Intelligent NetOps untuk memanfaatkan kuasa analisis, automasi dan AIOps bagi membuka potensi sebenar rangkaian perusahaan.

Microland percaya bahawa tumpuan yang berterusan dalam menyampaikan pengalaman pengguna yang tidak berbelah bahagi melalui penyelesaian dan pelaburan dalam inovasi berpandukan platform di bawah Rangka Kerja Microland Intelligent Network Experience telah menghasilkan peningkatan kepuasan dan pertumbuhan pelanggan. Faktor-faktor ini telah membolehkan kami dinobatkan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus 2023.

Robert Wysocki, Naib Presiden Kanan dan Ketua Penyelesaian Pelanggan Global - Rangkaian & Keselamatan Siber Microland berkata, "Kami berasa teruja kerana mendapat pengiktirafan ini untuk tahun keempat berturut-turut! Saya percaya pengiktirafan ini dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus 2023 merupakan bukti komitmen Microland yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dalam rangkaian."

"Perjalanan kami ke puncak adalah didorong oleh inovasi, dedikasi dan usaha tanpa henti dalam menyampaikan penyelesaian yang tiada tandingan. Kami tidak hanya menetapkan penanda aras; malah kami turut memperbaharuinya. Ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada para pelanggan kami yang luar biasa atas kepercayaan dan kerjasama mereka—cabaran anda memberi inspirasi kepada inovasi kami dan kejayaan anda mendorong semangat kami terhadap kecemerlangan."

Pradeep Kar, Pengasas merangkap Pengerusi dan Pengarah Urusan Microland dengan bangganya menyatakan, "Kami berasa terharu dan berbesar hati kerana diiktiraf sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus 2023 untuk tahun keempat berturut-turut. Kami percaya kedudukan ini mencerminkan tumpuan utama Microland yang berterusan terhadap inovasi teknologi dan automasi dalam perkhidmatan rangkaian memastikan kami menyampaikan penyelesaian transformatif kepada para pelanggan kami. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan keyakinan mereka dan kami percaya pengiktirafan ini membuatkan kami memperbaharui komitmen kami terhadap para pelanggan dan akan berusaha dengan lebih kuat untuk meningkatkan nilai dan pengalaman yang akan kami sampaikan kepada mereka."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengiktirafan ini, sila layari: https://www.microland.com/analyst-insights/leader-gartner-magic-quadrant-for-managed-network-services-2023

Penafian Gartner 

Gartner, Magic Quadrant untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus, Ted Corbett, Bjarne Munch, 8 November 2023

GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner, manakala Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar bagi Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di AS dan di peringkat antarabangsa serta digunakan dalam siaran ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi Penyelidikan & Penasihat Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Microland 

Komitmen Microland terhadap "Merealisasikan Digital" ("Making Digital Happen") membolehkan teknologi melakukan lebih banyak perkara serta mengurangkan gangguan. Kami memudahkan syarikat-syarikat untuk beralih kepada infrastruktur digital generasi seterusnya melalui portfolio perkhidmatan kami yang luas termasuk pusat-pusat Awan dan Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan Internet Benda Perindustrian. Kami memastikan bahawa penggunaan perkhidmatan digital ini boleh diramal, boleh dipercayai dan stabil.

Microland merealisasikan digital untuk syarikat perusahaan dengan fokus utamanya tertumpu kepada perkhidmatan yang lebih berkaitan dengan para pelanggan dan prospek kami berbanding sebelum ini, sekali gus menjamin hasil perniagaan. Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru, India, Microland mempunyai lebih 4,600 orang pakar digital di seluruh pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Sila baca lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2278771/Microland_Gartner.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343841/Microland_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Microland
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards Data Analytics Cloud Computing / Internet of Things